• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Rawatan melalui wahyu

Apa itu rawatan melalui wahyu?

Kaedah rawatan melalui wahyu adalah satu kaedah yang terbaik kepada umat Islam khususnya orang-orang yang beriman. Kaedah rawatan wahyu bermaksud kaedah yang hanya diambil melalui apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Kaedah rawatan ini memerlukan kepada beberapa kriteria tertentu:-

1. Iman yang mantap
2. Menepati Syarak
3. Keikhlasan
4. Gabungan perawat dan pesakit.

Kaedah Pertama (Ruqiyah)

Melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa mathurat.

Kaedah Kedua (Melalui Bahan)

1. Madu
2. Air zam-zam
3. Habdatussaudak
4. Bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan

Kaedah Ketiga (Solat-solat sunat)

1.Solat berjemaah
2. Solat taubat
3.Solat hajat
4.Solat tasbih
5.Solat tahajjud
6.Solat Dhuha
7.Solat Witir

Baca Seterusnya.. »

Aluan oleh Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Ya Allah segala puji-pujian Tuhan , pentadbir seluruh jagatraya , dengan tidak terhingga dan terkata lagi terhadap keizinan Mu untuk kami diberi peluang untuk membina Pusat Rawatan Perubatan Islam yang diberi nama

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH (DR).

Ku kirimkan salam selawat dan salam untuk mu , Ya Rasulullah sallallahu alaihi wa salam , penghulu umat dan rasul bongsu. Sesungguhnya kami amat terhutang budi kepadamu.Kerana berkatmu kami dapat beragama dan tatkala ini berhempas pulas menegakkannya .Tidak pula juga kami berselawat dan berkirim salam kepada keluargamu dan sekalian sahabatmu yang jejaknya kami susuli dengan penuh ketabahan.

Sejak akhir ini menggamit perhatian kita akan pelbagai kejadian gangguan makhluk halus dalam kehidupan manusia di era globalisasi .Ternyata penyakit misteri dan gangguan ganjil terjadi dan sentiasa sahaja berlaku di depan mata kita.Ia bukannya satu mitos tetapi realiti yang tidak dapat disangkal lagi.

Menyedari hakikat ini saya rasa terpanggil untuk menubuhkan Pusat Perubatan Islam Darul Ruqiyyah untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah tersebut.

Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang ikhlas bertungkus lumus membantu sehingga tercapainya hasrat tertubuhnya Pusat Rawatan tersebut.

Moga-moga usaha kecil ini dapat menjadi panduan kepada para mualij muda dan bakal muallij serta menjadi asbab hidayah kepada para muslimin dan muslimat khususnya di Malaysia dan umumnya di segenap alam.Moga-moga pandangan dalam kertas cadangan ini menjadi peritis perubatan islam dan kepada sekalian sahabat seperjuangan di dalam usaha yang gigih berjuang menyelamatkan insane yang terseksa dan menderita tanpa henti sehingga mengenepikan segala risiko yang ada demi kesejahteraan umat Muhammad saw yang lain Syabas!.

Moga-moga dinilai Rabbul Jalil sebagai persembahan amal soleh yang tulus ikhlas depannya dari hamba yang amay hina lagi banyak dosa lai tidak berguna ini.Amin.

ALLAH HU AKHBAR ! Hidayah seluruh Alam!!!

Baca Seterusnya.. »

Pengenalan


PUSAT PERUBATAN ISLAM
DARUL RUQIYYAH

Mengesan Dan Merawat Pelbagai Jenis Penyakit Melalui Quran Dengan Al-Quran

OLEH:
USTAZ SUHAIMI B. ROHANI@ROZALI
·
PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DAN PENCERAMAH BEBAS
·
BERPENGALAMAN MENGADAKAN SEMINAR DAN KURSUS PERUBATAN ISLAM

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini