• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Soal Jawab SAKA Siri 1

Kami mendapat pelbagai soalan berkenaan saka. Secara ringkas, jawapannya adalah seperti berikut :

1. Apa itu saka?
=> Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang daripada keturunannya.

2. Dari manakah asal usul saka?
=> Saka adalah berkait rapat dengan jin. Kerana jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. Jin tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Dalam masyrakat Melayu, jin-jin ini dikenali dengan nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan pelbagai nama lagi. Namun hakikatnya sama iaitu makhluk Allah yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

3. Adakah dalil yang menceritakan mengenai saka ini?
=> Bentuk persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk khadam ini yang akhirnya boleh diperturunkan antara satu keturunan ke satu keturunan dan dari satu generasi ke satu generasi dinyatakan di dalam Al Quran. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud:

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindunagn (1523) kepada beberapa orang lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

(1523) Ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, maka mereka minta perlindungankepada jin yang mereka anggap berkuasa di tempat itu.
( Surah Al-Jin 72:6)

6. Tanda-tanda seseorang mempunyai saka?
=> Klik sini

7. Saya mempunyai kebolehan mengubat orang secara semulajadi. Adakah ini satu anugerah atau bagaimana?
=> Secara umumnya orang-orang yang memiliki saka akan mempunyai kepandaian kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariatnya. Antaranya :
  • Kebanyakan mempunyai kebolehan berubat dengan kaedah 'menurun'. Bentuknya adalah jin terebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar para waliyullah dan orang-orang soleh. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka. Sesungguhnya syaitan bis amenyerupai sesiapa sahaja kecuali Sayyiduna Rasulillah SAW.b.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang tidak dapat diketahui atau difahami maksudnya.
  • Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
8. Apa yang perlu dilakukan apabila memiliki saka?
=> Saka perlulah dibuang kerana ia melibatkan keturunan. Selagi tidak dibuang, ia akan diwarisi kepada generasi seterusnya sama ada secara diketahui ataupun tidak.

9. Boleh nyatakan kesan/akibat jika memiliki saka?
=> Banyak antaranya :
  • Sukar untuk mendapat anak
  • Penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden
  • Kehidupan tidak ceria dan sentiasa tegang
  • Anak cucu suka melawan cakap ibu bapa
  • Banyak perkara ganjil berlaku dalam kehidupan
11. Adakah saka yang baik atau boleh dimiliki?
=> Sebenarnya tidak terdapat pun sebarang saka yang baik. Walaupun ia berkaitan dengan kebolehan mengubat yang diwarisi secara keturunan. Kebolehan ini terus terang membawa keburukan kerana campur tangan jin dan perbuatan syirik yang bercanggah dengan syariat Islam. Sesungguhnya, di dalam Islam, "matlamat tidak menghalalkan cara". Justeru tiada istilah saka yang baik dan boleh dimiliki.

*** Jawapan di atas diambil daripada kertas kerja Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Suhaimi At-Tobibi sendiri.

DR : Untuk penerangan lebih terperinci, boleh mengikuti SEMINAR PERUBATAN ISLAM yang akan dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah (PRI DR). Klik sini.

Baca Seterusnya.. »

Panduan Mengesan Makhluk Halus



VCD TERBARU!!!!

(Dunia Jin & Panduan Mengesan Makhluk Halus)


SEM. M'SIA : RM 19.90
BORNEO : RM 22.90


Berminat, sila hubungi :
Boleh Dapatkannya Di
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
Yang Berdekatan

Baca Seterusnya.. »

Dunia Jin




VCD TERBARU!!!!

(Dunia Jin & Panduan Mengesan Makhluk Halus)


SEM. M'SIA : RM 19.90
BORNEO : RM 22.90


Berminat, sila hubungi :
Boleh Dapatkannya Di
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
Yang Berdekatan

Baca Seterusnya.. »

Produk DR

** Harga Minyak Kasturi bagi gred yang lebih baik ialah RM50. Berminat, boleh beli melalui Ustaz Suhaimi sendiri

Baca Seterusnya.. »

Perisai Kebal.....

Buku ini dikarang oleh salah seorang Guru Perubatan Islam kepada Ust Suhaimi b Rozali (pengasas Pusat Rawatan Islam DR) iaitu Syeikh Wahid Abdul Salam Bali.

Buku ini pernah digunakan ketika kuliah Ust Suhaimi bersama anak murid dan pesakitnya. Ketika itu, kuliah dijalankan pada pukul 11 malam. Kuliah yang luar biasa waktunya, sukar ditemui di tempat lain (bak kata Ust... =)). Salah satu bab dalam buku ini juga telah didiskusikan oleh beberapa orang anak murid ust merangkap mu'alij muda di sini.

Buku ini sangat sesuai dijadikan salah satu rujukan untuk mengetahui dan mendalami ilmu perubatan Islami. Karya aslinya dalam Bahasa Arab dan sudah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu/Indonesia.

Baca Seterusnya.. »

SEMINAR PERUBATAN ISLAM


"KE ARAH MELAHIRKAN
MU'ALLIJ/PERAWAT MUDA"

ANJURAN :
PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

TARIKH :
13 JUN 2010 (AHAD)

MASA :
8.30 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT :
PUSAT BELIA ANTARABANGSA,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK
(DEPAN HUKM)

TEMA :
MERAWAT MELALUI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

LATAR BELAKANG PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah merupakan satu pertubuhan yang bertindak sebagai klinik, dengan memberikan rawatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Pusat rawatan ini menggunakan terapi al-Quran dan bertindak sebagai suatu alternatif untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ditubuhkan dengan hasrat memenuhi tuntutan Syarak sepertimana yang telah diperintahkan dalam al-Quran dan al-Hadis, dalam memberikan khidmat tenaga dan kepakaran ilmu dan kemahiran yang ada dalam membimbing masyarakat dengan rawatan Islam kepada ajaran dan akidah yang sebenar.

Penubuhan pusat rawatan ini juga adalah bertujuan melahirkan perawat-perawat muda yang mampu memikul amanah sebagai da’ei iaitu pendakwah untuk meneruskan agenda perjuangan yang telah ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi S.A.W dan para sahabat serta sarjana-sarjana Islam terdahulu khususnya dalam bidang rawatan Islam.

OBJEKTIF SEMINAR

- Memberi pendedahan awal berkenaan penubuhan Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
- Memberi pededahan awal berkenaan pengenalan kepada perubatan Islam dan perbezaannya dengan perubatan tradisional yang diharamkan di sisi syarak berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.
- Memberi taklimat awal berkenaan gambaran perjalanan bengkel dan latihan (sila klik untuk maklumat lanjut) yang akan dijalankan.

JUSTIFIKASI SEMINAR

- Melahirkan perawat-perawat muda, disebabkan kurangnya perawat yang sanggup untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang rawatan Islam
- Meningkatnya kes-kes gangguan seperti rasuk, saka, santau, susuk dan pelbagai lagi dari tahun ke tahun
- Meningkatnya pusat rawatan tradisional yang tidak berpandukan kepada kaedah rawatan yang dituntut oleh syarak

KERTAS KERJA

Sesi 1 : Persediaan menjadi Perawat
Sesi 2 : Panduan mengenal Makhluk Halus

***Bonus : Rawatan 'scan' secara PERCUMA

SYARAT PENYERTAAN
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Sekiranya berminat, sila emelkan nama penuh, IC, alamat, no telefon kepada alsalsabil@hotmail.com
  • Yuran sebanyak RM 50 (termasuk minum pagi, buku ruqiyyah dan kertas kerja).
  • Sila bank in ke akaun Darul Ruqiyyah Enterprise (Maybank - 502120114453). Sila simpan dan kemukakan slip/resit semasa hari pendaftaran.
  • Untuk pengesahan pendaftaran, sila sms pada no 0173727252 setelah pembayaran dibuat.
  • Tarikh tutup penyertaan pada 6 Jun 2010
  • Terhad kepada 100 orang sahaja.

Baca Seterusnya.. »

Bahana Saka


Part 3
23 Februari 2010

Baca Seterusnya.. »

Bahana Saka




Part 2
23 Februari 2010

Baca Seterusnya.. »

Bahana Saka




Part 1
23 Februari 2010

Baca Seterusnya.. »

Rasuk : Antara Realiti dan Fantasi


Part 2

Wanita Hari Ini (WHI) 9 Februari 2010

Sila klik butang 'Play' untuk melihat video

Baca Seterusnya.. »

Biodata Ringkas Ust Suhaimi At-Tobibi


Nama penuh : Ustaz Mohamad Suhaimi bin Rozali

Asal : Kg. Panjang Bukit Jenun, Pendang, Kedah Darul Aman.

Pendidikan Awal : Sek Men Agama At-Taufiqiah Al-Khairiah Al-Hilmiah, Batu 16, Padang Lumut, Kedah (Pondok Pak Ya)

Status : Sudah berkahwin (3 orang anak)

Kelulusan :
- Diploma Pengajian Syariah (University Malaya) Bidang Pengajian Syariah Islamiah 
- B.A (Hons) University Al-Azhar,Mesir. Bidang Pengajian Syariah Islamiah
- B.A University Putra Malaysia Bidang Komunikasi Bahasa
- M.A University Terbuka Malaysia (OUM) Pengajian Islam.
- Ph.D Candidate USM Bidang Pengurusan Pembanggunan Islam. Center For Islamic development management studies (ISDEV),School Of Social Sciences. University Sains Malaysia.

Guru Perubatan Islam :
- Syeikh Wahid Abdul Salam Bali
Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
- Guru-Guru Pondok

Pendedahan :
-  60 episod dalam Rancangan Wanita Hari Ini TV3
-  Panorama TV1
-  Expose Mistik Astro Prima
-  Biz Malaysia (TV1)
-  Buletin Utama (TV3)
-  TV ALHIJRAH

Pengalaman :
 
1)         15 tahun dalam bidang perniagaan  makanan 
2)         10 tahun dalam pendidikan
3)         8  tahun dalam Perubatan Islam (dari tahun 2006)
4)         3 tahun dalam bidang produk

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini