• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Life Is A Test "Dunia adalah medan ujian. "




Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk menerima ujian-Nya. Allah SWT akan menguji manusia dari semasa ke semasa tanpa diketahui masa dan bagaimana bentuknya. Ujian adalah latihan, pendidikan dan tarbiyah daripada Allah SWT yang tidak diperolehi dari mana-mana Universiti terhebat di dunia. Sama ada suka atau tidak setiap individu perlu bersiap sedia untuk menerima ujian daripada Allah SWT ini.

Firman Allah SWT ,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(2)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3)

Ibarat mereka yang menduduki peperiksaan akademik, tentu ada yang lulus dan gagal dalam peperiksaannya. Demikian juga ujian Allah SWT, ada yang berjaya melulusinya dan ada yang gagal melepasinya.

Bagi mereka yang lulus peperiksaan akademik, mereka akan ditawarkan ke universiti untuk belajar bersama orang-orang yang bijak dan pandai. Sama juga jika seseorang itu berjaya dalam menghadapi ujian Allah SWT, mereka akan diganjari syurga tempat golongan yang baik-baik di akhirat kelak.

Ujian yang Allah SWT turunkan kepada manusia wujud dalam pelbagai keadaan. Ada yang berbentuk ketakutan terhadap musuh (dalam peperangan), kelaparan, kemiskinan, kekurangan harta dan kehilangan jiwa orang-orang yang tersayang.

Firman Allah SWT,
end typing
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. (Surah al-Baqarah : 155)

Allah SWT juga menguji manusia bukan untuk menganiayai manusia. Dia menguji manusia untuk melihat sejauh mana kesabaran manusia. Kesabaran adalah penting untuk mencapai kejayaan. Tanpa kesabaran hidup manusia akan huru hara dengan segala kepincangan. Tanpa kesabaran segala-galanya mahu dilakukan dengan segera, cepat, gelojoh, rakus sehingga menimbulkan bencana dalam kehidupan. Hanya mereka yang memiliki kesabaran pasti akan beroleh kejayaan, kesejahteraan, kebahagiaan dan menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti.

Allah SWT menguji manusia supaya mereka sedar bahawa dunia dan segala kekayaannya adalah milik Allah SWT yang mutlak. Jika Dia mengurniakan harta kekayaan, ia bukanlah sesuatu yang kekal untuk dimiliki oleh manusia selama-lamanya. Sebaliknya ia adalah milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia hanya sementara dan boleh diambil oleh-Nya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Ia juga menyedarkan manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, dhaif, serba kekurangan dan amat memerlukan pertolongan daripada Tuhan yang Maha Perkasa.

Perlu disedari bahawa setiap ujian yang Allah SWT beri adalah sesuai dengan batas kemampuan manusia itu sendiri. Allah SWT yang Maha Mengetahui sifat kekurangan manusia sama sekali tidak menurunkan ujian yang manusia tidak boleh menghadapinya.

Firman Allah SWT,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”(Surah al-Baqarah : 286)

Oleh itu apa sahaja ujian sama ada kemiskinan, kesusahan, kesakitan dan kematian adalah sesuatu yang boleh ditanggung dan dihadapi oleh manusia. Bagi mereka yang beriman ujian-ujian seperti ini memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan amal, memantapkan iman, menguatkan akidah, tidak berputus asa serta sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah SWT.

Orang yang beriman hendaklah bersangka baik dengan setiap ujian yang mereka perolehi kerana ia sebenarnya telah ditentukan oleh-Nya sejak azali lagi. Mereka hendaklah redha dan berlapang dada dengan ketetapan itu. Mungkin ada ujian itu tidak gemari oleh mereka tetapi itulah yang terbaik di sisi Allah SWT.

Firman-Nya,

“....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan soleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah al-Baqarah:216)

Sabda Rasulullah SAW,

“Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya”. (Hadis riwayat Muslim)

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
posted : http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »

Senarai Kereta Paling Jimat Minyak


Anda bercadang untuk membeli kereta? Berminat nak tahu kereta mana yang paling menjimatkan minyak? Baiklah, saya bagitau kepada anda di bawah ini. Ranking kereta paling jimat minyak ni ditentukan berdasarkan Fuel Efficiency Awards
Maklumat ini sangat penting untuk anda untuk menentukan kenderaan mana yang paling sesuai untuk anda supaya dapat menjimatkan kos untuk minyak kereta bulanan. sebab harga minyak tidak menentu sentiasa akan naik.. dah naik susah pulak nak turun..

end typing
Kategori: Compact City Cars
Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)
Kategori: Compact Premium Cars
Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)
Kategori: Small Family Cars
Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km)
Honda City 6.8 (litre/100km)
Kategori: Luxury Family Cars
Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)
Kategori: Premium Family Cars
Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)
Kategori: Executive Cars
BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)
Kategori: Premium Executive Cars
Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)
Kategori: Super Saloons
Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Cars
Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)
Kategori: Super Sport Convertibles
Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)
Kategori: Performance Cars
Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)
Kategori: Pickup Trucks
Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)
Kategori: Compact MPV’s
Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)
Kategori: Luxury MPV’s
Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)
Kategori: Compact SUV’s
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)
Kategori: Luxury SUV’s
Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)
Kategori: Hybrids
Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Baca Seterusnya.. »

Jadual Waktu Solat 2012 Untuk Handphone


Solat handphone
Sedikit pesanan, pastikan HP anda di OFF atau silentkannya apabila masuk ke dalam Masjid takut2 nanti mengganggu jemaah yang sedang solat. TIADA PANGGILAN SEPENTING PANGGILAN ILAHI
Berikut adalah langkah demi langkah untuk install perisian Jadual Waktu Solat 2012 ni dalam handphone . Apa pun lihat kepada kesusaian handphone anda.
1. Download Sofware Waktu solat
2. On bluetooth dan send ke hp.

3. Install
4. Pilih negeri dan kawasan
Dan sedia untuk digunakan..
Jadi.. bolehlah solat pada awal waktu dan lebih baik berjemaah ya..selamat mencuba..
untuk mendownload software berkenaan sila klik di bawah

end typing
–>>>> WAKTU SOLAT HANDPHONE <<<

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
 
Posted @ www.isuhangat.net.

Baca Seterusnya.. »

Pengenalan Kepada Darul Ruqiyyah.10 Gambar


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang
Ya Allah segala puji-pujian Tuhan , pentadbir seluruh jagatraya , dengan tidak terhingga dan terkata lagi terhadap keizinan Mu untuk kami diberi peluang untuk membina Pusat Rawatan Perubatan Islam
Ku kirimkan salam selawat dan salam untuk mu , Ya Rasulullah sallallahu alaihi wa salam, penghulu umat dan rasul bongsu. Sesungguhnya kami amat terhutang budi kepadamu.Kerana berkatmu kami dapat beragama dan tatkala ini berhempas pulas menegakkannya .Tidak pula juga kami berselawat dan berkirim salam kepada keluargamu dan sekalian sahabatmu yang jejaknya kami susuli dengan penuh ketabahan.

Mutakhir ini, aspek kesihatan menjadi satu isu hangat yang diperdebatkan dalam pelbagai lapisan masyarakat melalui media massa yang sedia ada. Menelusuri penyakit-penyakit yang menyerang jutaan umat manusia seperti kanser, AIDS, H1N1, nyanyuk (Dermentia), gila, sawan dan sebagainya, pakar-pakar dalam bidang perubatan moden secara praktikalnya telah berjaya memberikan rawatan yang terbaik kepada masyarakat yang menghidapi penyakit tersebut. Namun, terdapat juga beberapa kes penyakit yang masih belum ditemui tentang puncanya dan ramuan ubat yang boleh mengubati penyakit ini. Namun, Allah S.W.T telah menukilkan dalam kitab suci-Nya, al-Quran bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya, “Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” (Surah al-Isra’ : 82).

end typing

Di Malaysia sahaja, masyarakat telah lama menerima sistem perubatan alternatif sebagai amalan perubatan mereka. Rawatan alternatif seperti terapi rawatan Islam, terapi urutan, homeopati, penggunaan herba-herba terpilih dan lain-lain yang muncul sejak 15 tahun lalu telah mendapat perhatian masyarakat dunia. Mereka juga berani menyatakan bahawa perubatan alopati atau moden sekarang ini sudah tidak mendapat tempat di hati masyarakat keseluruhannya.. Kini, dianggarkan hampir 7 juta penduduk telah mula mengamalkan perubatan alternatif sama ada menggunakan perkhidmatan rawatan terapi Islam, bomoh, khasiat akar-akar kayu (herba), terapi akupuntur, ubat-ubatan sinseh, ubat-ubatan India ataupun ubat-ubatan homeopati yang berasal daripada Jerman untuk menyembuhkan penyakit mereka.
Namun, baru-baru ini perubatan alternatif melalui terapi rawatan Islam mula berkembang dengan cepatnya bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pendekatan rawatan dengan menggunakan terapi ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis yang dikenali sebagai ruqyah atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai jampi, merupakan kaedah rawatan yang diguna pakai untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu sama ada fizikal mahupun spiritual. Satu peristiwa yang boleh diambil dalam hadis Sahih berkenaan rawatan ini adalah dari Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata : Bahawasanya Jibril ‘Alaihis Salam datang kepada Nabi S.A.W lalu berkata : Ya Muhammad! Sakitkah engkau? Nabi berkata : ‘Ya’. Maka Jibril A.S berkat : Dengan nama Allah, aku mohonkan Ruqiyyah untukmu dari setiap penyakit yang menimpamu dan juga dari setiap jiwa mahupun mata orang yang dengki, Allah akan menyembuhkan engkau. Dengan nama Allah, aku akan melakukan Ruqyah untukmu”. (H.R. Muslim). Dalam peristiwa lain pula Ali bin Abi Thalib pernah berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : “Sebaik-baik perubatan adalah (dengan) al-Quran”. (H.R. Ibnu Majah).
Menyedari hakikat ini Pusat Perubatan Islam yang diuruskan oleh 3 buah syarikat ditubuhkan untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah tersebut seterusnya mengembalikan akidah kepada landasan yang betul tanpa unsur-unsur khurafat mahupun syirik kepada Allah dalam memenuhi tuntutan fardu kifayah masyarakat moden. Pusat rawatan yang diasaskan oleh Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali digerakkan oleh 3 buah syarikat iaitu Darul Ruqyah Sdn. Bhd., Darul Ruqiyyah Enterprise, dan D’ruqyah Solution yang mana ketiga-tiga buah syarikat mempunyai misi dan visi yang sama tetapi skop tugasan yang berbeza.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang ikhlas bertungkus lumus membantu sehingga tercapainya hasrat tertubuhnya Pusat Rawatan ini. Moga-moga usaha kecil ini dapat menjadi panduan kepada para mualij muda dan bakal muallij serta menjadi asbab hidayah kepada para muslimin dan muslimat khususnya di Malaysia dan umumnya di segenap alam. Moga-moga dengan penubuhan pusat rawatan ini menjadi peritis perubatan Islam dan kepada sekalian sahabat seperjuangan di dalam usaha yang gigih berjuang menyelamatkan insan yang terseksa dan menderita tanpa henti sehingga mengenepikan segala risiko yang ada demi kesejahteraan umat Nabi Muhammad s.a.w yang lain. Moga-moga usaha yang sekecil ini dinilai Rabbul Jalil sebagai persembahan amal soleh yang tulus ikhlas depannya dari hamba yang amat hina lagi banyak dosa laqi tidak berguna ini.Amin.






PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Baca Seterusnya.. »

Pelik.!! Gambar Pokok Yang Jarang Korang Tengok *6 Gambar*

Berikut adalah beberapa pokok-pokok yang benar-benar pelik dari seluruh dunia yang indah ini pelik. Dari atas ke bawah anda boleh lihat: Tree Bike, Pokok Lemak, Pokok Fork, Six Cawangan Pokok, Smiley Tree dan Pohon Ular.
end typing





Fat Tree

Fork Tree

Six Branches Tree

Smiley Tree

Snake Tree
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Baca Seterusnya.. »


Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam.. 
 
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam?   Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab…
end typing
Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman...

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”...
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi...

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak…

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?...

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....Merah padam muka Missionary menahan marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum...

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone...

Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....


Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

sumber

Baca Seterusnya.. »

Video.. Apa Yang Ada Di Dalam Kaabah??



PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

end typing
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.


Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah ustaz Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.


PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.


Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber

Baca Seterusnya.. »

Jururawat Ditumbuk Suami Pesakit Kerana Cuba Buka Purdah Isteri




SEORANG lelaki menerima hukuman penjara kerana menumbuk seorang jururawat yang cuba membuka burqa isterinya semasa isterinya bersalin di Perancis.


Nassim Mimoune, 24, terpaksa diusir keluar dari bilik bersalin apabila mengherdik kasar doktor perbidanan dan memanggilnya 'perogol' ketika doktor itu menjalankan pemeriksaan pada kemaluan isterinya .
end typing
Dia kemudiannya melihat melalui tingkap dan mendapati seorang jururawat cuba membuka pakaian purdah isterinya kerana wanita itu telah sampai tempoh melahirkan anak.

Lelaki itu memecahkan pintu yang dikunci dan memukul jururawat itu di muka dan menuntutnya menggantikan purdah itu sepenuhnya.

Selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki, Mimoune diusir dari bangunan itu oleh pengawal keselamatan dari hospital di Marseille dan kemudiannya ditangkap oleh pihak polis kerana menyerang jururawat itu.

Seorang hakim di selatan Perancis mengarahkan Mimoune di penjarakan selama enam bulan pada bermula Rabu lalu dan memberitahunya bahawa nilai-nilai agama tidak boleh melawan undang-undang republik itu.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Baca Seterusnya.. »

Sebab Rokok Jadi Syirik


“Saya tak sanggup hidup mewah hasil bantuan syaitan dan tak sangka suami menyara keluarga dengan duit daripada amalan khurafat,” kata seorang isteri selepas mengesan suaminya menggunakan ‘rokok tolak bala’ berharga RM15,000 sekotak bagi menjamin keuntungan dalam perniagaannya.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 29, itu berkata dia pelik dengan sikap suaminya kerana lelaki itu bukan perokok, namun dia hanya menghisap rokok pada setiap malam Jumaat dan membuka pintu rumah seluas-luasnya.

“Bau asap rokok itu sangat busuk seperti bau bangkai menyebabkan saya bertambah curiga dengan perlakuannya,” katanya.
Menurutnya, suaminya yang juga ahli perniagaan mula berkelakuan seperti itu selepas hampir muflis setahun lalu akibat gagal melangsaikan hutang.

Bagaimanapun, selepas mula melakukan amalan menghisap rokok pada setiap malam Jumaat, lelaki itu memperoleh keuntungan sekelip mata dalam perniagaannya.

Wahida berkata, apabila dia bertanya suami berhubung tingkah laku peliknya dia dimarahi selain diminta tidak mencampuri urusannya.
end typing
“Selepas dia mula taksub dengan rokok itu, dia langsung tidak menunaikan solat. Saya pernah mengajaknya solat berjemaah, namun dia berang dan memarahi saya,” katanya ketika ditemui.

Akibat tidak tahan dengan bau busuk asap rokok termasuk kelakuan pelik suaminya itu, Wahida memberanikan diri memeriksa beberapa rokok yang disimpan di dalam almari suaminya.
“Selepas saya patahkan sebatang rokok, saya terkejut apabila mendapati kandungan ia dicampur dengan kemenyan yang sudah dihancurkan. “Berikutan itu, saya mendesak suami untuk memberi penjelasan dan suami memberitahu dia mendapatkan rokok itu daripada seorang bomoh di utara tanah air sebagai pelaris perniagaan,” katanya.

Wahida berkata, suaminya memberitahu rokok itu dikenali sebagai ‘rokok tolak bala’ dan sesiapa yang memiliki serta menggunakannya seperti disyaratkan dikatakan boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam bidang perniagaan.

“Suami turut memaklumkan dia mengeluarkan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sekotak rokok berkenaan yang mengandungi 20 batang, namun menyifatkan kos itu berbaloi kerana dia mendapat untung berlipat ganda dalam bidang perniagaan sehingga mampu membeli rumah mewah serta beberapa kereta,” katanya.

Selain itu, katanya, suaminya disyaratkan memberikan wang kepada bomoh terbabit setiap bulan RM1,500 bagi memastikan pelaris dipakainya kekal berdampingan dengannya dan jika enggan pelaris itu akan hilang. “Saya cuba menasihatkannya untuk kembali ke pangkal jalan dan saya tidak kisah hidup susah asalkan wang diperoleh dari sumber halal tanpa bantuan syaitan, namun dia tidak menghiraukannya.

“Saya juga hairan kerana setiap kali mendapatkan bantuan ustaz untuk memulihkan suami, dia pasti tahu dan memarahi saya,” katanya.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber

Baca Seterusnya.. »

Coca Cola Menghina Islam Di Dalam Iklannya


Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.

Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku. Cuba Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi

end typing
'' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH. 

Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam. 

Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
 
sumber

Baca Seterusnya.. »

Air Sungai Di Cina Bertukar Merah Darah

Awal minggu ini, Sungai Jian yang merentasi bandar Luoyang, Henan wilayah di bahagian utara China menggemparkan orang ramai apabila bertukar warna merah berdarah.

Media tempatan mula menerima panggilan telefon panik daripada rakyat pada pagi Selasa mengatakan bahawa air Sungai Jian berhampiran kejiranan mereka bertukar menjadi merah darah semalaman.

Pemandangan sungai yang agak mengerikan itu berterusan selama hampir dua hari sebelum pegawai-pegawai kerajaan tempatan berjaya mengesan punca warna air sungai itu berubah.

Ia disebabkan
end typing pencemaran dari bengkel haram yang menyalurkan pewarna merah ke dalam punca rangkaian paip bandar yang berhubung dengan sungai.

Biro Perlindungan Alam Sekitar Bandar Luoyang memotong bekalan kuasa bengkel itu dengan segera dan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh, agensi berita Xinhua melaporkan.

Pekerja di bengek itu berkata: pada 12 Disember, mereka telah membilas beberapa lambakan beg plastik merah untuk kitar semula tetapi tidak menjangka akibatnya seperti itu," kata akhbar Xinhua.

Beg plastik yang dibilas itu dikesan dihantar berhampiran Mengjin County ke sebuah bangunan kecil pemprosesan kimia. Loji kimia itu telah dituduh secara haram mengeluarkan pewarna merah untuk digunakan sebagai pembalut bunga api untuk Tahun Baru Cina yang akan datang.

Keputusan makmal dari Biro Perlindungan Alam Sekitar menunjukkan bahawa walaupun warna merah itu mengerikan seperti "air berdarah" tetapi ia tidak mengandungi sebarang logam berat atau organik, atau unsur-unsur beracun.

Air sungai kepada warna biasa pada malam Khamis, menurut laporan Xinhua.

Penduduk Luoyang berkata: "perubahan warna Sungai Jian kerap berlaku kerana pelbagai pencemaran dan sampah domestik kerap dibuang di dalam atau di sepanjang sungai. Ia pernah bertukar menjadi warna hijau tua sebelum ini."

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
 

Baca Seterusnya.. »

Batin Merana Disihir Oleh Isteri Tua..Eksklusif.!!!!

jiwa terseksa, batin merana. Mungkin itu ungkapan tepat bagi menyelami penderitaan ditanggung Rafidah, 30, selepas hampir dua tahun menghidap penyakit ganjil akibat disihir madunya kerana dendam dan cemburu.
Lebih memburukkan keadaan, Rafidah turut mengalami masalah membuatkan dirinya berbau busuk ketika hendak mengadakan hubungan kelamin dengan suami iaitu kontraktor yang beristeri dan ada tiga cahaya mata.
Derita ini terpaksa ditanggung Rafidah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga pada 2008.
Rafidah menyedari, hidup bermadu bukan mudah dilalui selepas dia nekad mengambil keputusan untuk hidup berpoligami. Namun, sedetik pun dia tidak menyangka, madu yang berkongsi hidup dengannya sanggup menggunakan ilmu hitam dipanggil sihir najis, semata-mata mahu meleraikan hubungannya bersama suami.
Perbuatan melampau madunya terbongkar apabila Rafidah yang mendapatkan khidmat rawatan perubatan secara Islam daripada Ustaz Mohd Suhaimi Rozali di Darul Ruqiyyah (DR), Gombak, dekat sini, .
“SEJAK terkena sihir madu, suami bukan saja enggan menyentuh saya lagi, malah
end typing
hubungan kami menjadi dingin dan dia seolah-olah membenci.
Ada masanya saya menjadi sangat tertekan dan ingin berpisah dengan suami, tetapi pada masa sama saya masih sayang serta tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan berpisah (bercerai).
Tambahan pula, kini saya tahu suami berbuat demikian angkara perbuatan jahat madu saya, Zaleha, oleh itu perpisahan bukan jalan penyelesaiannya.
Pada mulanya saya sering mengalami gangguan dan kesukaran tidur di waktu malam, kemudian apabila ingin bersama suami, badan mengeluarkan bau kurang menyenangkan ketika kami bersama.
Sekarang lagi teruk, dengan berlendir dan mengeluarkan cecair putih berbau busuk, saya tidak selesa, dan suami pula rimas dengan keadaan saya.
Kini dia jarang bersama saya lagi. Boleh katakan, dalam tempoh sebulan kami hanya berjumpa seminggu. Peliknya, semua ini hanya berlaku apabila bersama suami. Apabila kami berjauhan saya menjadi normal kembali.
Kebelakangan ini kelakuan suami juga banyak berubah dan sering marah tanpa sebab walaupun hanya membabitkan perkara remeh.
Adakalanya dia seperti ingin berjauhan dengan saya. Dia pernah berkata tinggal bersama isteri tuanya lebih aman berbanding tinggal dengan saya.
Saya sedih, isteri mana tidak kecewa jika diperlakukan begitu. Namun saya juga akur bagaimana hendak bersamanya jika keadaan saya begini.
Saya mengesyaki madu tergamak melakukan perbuatan sebegitu rupa untuk memisahkan kami.
Sihir itu dipanggil sihir najis iaitu benda najis daripada darah haid yang dijampi, kemudian dimasukkan ke dalam makanan, minuman atau minyak wangi yang dipakai dan suami.
Ia menyebabkan suami tidak boleh menyetubuhi isteri. Itu yang berlaku kepada saya. Suami juga kadangkala melihat saya dengan pandangan hodoh dan tidak berupa manusia seperti lazimnya.
Madu saya terlalu kuat cemburu dan tidak suka jika suami lebih banyak menghabiskan masa bersama saya.
Sedangkan ketika mula berkahwin dulu suami bahagikan masa dengan adil, tetapi Zaleha tidak bersetuju dan mahu masa lebih diluangkan kepadanya kerana dia isteri tua dan mempunyai anak. Itupun saya sudah mengalah.
Dia (Zaleha) sebenarnya tidak merestui hubungi kami tetapi terpaksa akur dengan keputusan suami yang ingin berkahwin dengan saya.
Sebab itu, apa saja yang saya lakukan bersama suami, dia pasti buat perangai.
Demi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan ingin berbaik dengan Zaleha, saya pernah mengajak madu duduk sebumbung, tetapi pelawaan saya ditolak.
Madu menuduh saya menyimpan niat jahat untuk tinggal bersama dan mengarahkan suami untuk tidak mengendahkan permintaan saya.
Banyak lagi perkara remeh diungkit Zaleha untuk mengeruhkan keadaan. Dia tidak senang kerana saya memiliki perniagaan, saya pernah dituduh cuba menggoda lelaki ketika menguruskan perniagaan.
Saya tidak mahu berdendam dan akan memaafkan Zaleha. Yang saya inginkan sekarang hanyalah suami, saya mahu rumah tangga yang saya dirikan ini diselamatkan.”

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
 

Baca Seterusnya.. »

Membongkar Rahsia Keajaiban tubuh manusia *16 Gambar*

 
Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 jari tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

end typing
seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia



Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.




"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
 

Baca Seterusnya.. »

Bolehkah roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup?

Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor. Jawapan:
Puan,

end typing
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Wallahu a’lam.
Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

sumber

Baca Seterusnya.. »

Maksud Disebalik "Idol"

Tahukah anda bahawa maksud perkataan 'Idol' yang sering digunakan oleh rancangan realiti TV seperti American Idol, Malaysian Idol, Asian Idol & Arab Idol merujuk kepada maksud berhala? Seperti yang kita tahu 'Idol' membawa makna sesuatu yang menjadi pujaan atau idola. Maksud yang kita fahami itu samalah juga dengan berhala yang menjadi pujaan kaum2 kafir. Adakah kita semua sudah terkena perangkap Yahudi Zionis tanpa kita sedari? Jika diterjemahkan American Idol tu kepada maksud yang sebenarnya, ianya akan berbunyi seperti Berhala Rakyat Amerika atau Malaysian Idol kepada maksud Berhala Rakyat Malaysia.

Berikut adalah petikan berita dari laman web negara jiran kita:

end typing
Dianggap Promosikan "Berhala", Acara "Arab Idol" Menuai Kecaman
"Arab Idol", nama sebuah ajang mencari bakat yang disiarkan di saluran televisi MBC1, tiba-tiba telah memicu kontroversi akibat interpretasi yang berbeda dari kalimat "Idol" yang berfokus pada kata konotasi keagamaan sehingga muncul kampanye sengit menentang saluran TV tersebut.
Klip yang diposting di situs berbagi video YouTube dan artikel online telah mengecam saluran MBC1 yang menggunakan kalimat "Idol" dalam judul dari salah satu program mereka dan menjelaskan arti kata yang dianggap kontradiksi dengan prinsip-prinsip Islam karena mengacu pada Tuhan yang disembah oleh orang "kafir." "Idol" sendiri bisa diterjemahkan menjadi "berhala" atau "idola", Arab Idol dikonotasikan sebagai "berhala Arab."
Kampanye penentangan ini, yang dianggap sengaja mengabaikan berbagai arti lain dari kata serta sifat kalimat tersebut, dipandang sebagai rencana untuk memfitnah saluran TV MBC1 dan pada gilirannya umat Muslim akan menentang program ini.
Ketika ditempatkan dalam konteks yang tepat dan melihat dari sudut pandang profesional industri hiburan, menjadi jelas bahwa kata "Idol" bisa berarti banyak hal seperti "pujaan," "idola," atau yang lainnya, selain dari "berhala".
Program ajang mencari bakat ini, bertujuan menunjuk seseorang yang paling populer di kalangan masyarakat Arab dan bukan orang yang akan disembah oleh mereka. Dengan cara ini, kata "Idol" ini bertujuan untuk menunjukkan bakat orang dan cara menentukan popularitas-nya. Namun tetap saja ajang seperti tidak bermanfaat dalam kaca mata ajaran Islam

 PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Sumber

Baca Seterusnya.. »

Betul Ker Ni Gambar Hantu???

Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya
end typing
menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

sumber

Baca Seterusnya.. »

Amalan Pertama Manusia Dihitung Pada Hari Akhirat???

IMAM Ahmad menyatakan, jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan solat. Di dalam riwayat At-Tabrani pula “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir nyata.” Tidak seperti ibadah lain, Allah memfardukan ibadah solat secara langsung kepada Rasulullah dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Antara kelebihan dan kepentingan solat dalam hidup kita ialah berpeluang berinteraksi dengan Allah.
Solat memelihara serta membentuk hubungan antara seseorang hamba dengan Tuhan-Nya melalui kemanisan bermunajat dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

Seperti yang diajarkan Rasulullah, solat bermula dengan berdiri, rukuk, ‘iktidal, sujud dan berakhir dengan salam.


Semua itu dilakukan bertujuan membesarkan Allah atas segala nikmat kurniaan kehidupan di dunia ini seperti kesihatan yang baik, zuriat, pasangan suami isteri, ibu bapa dan keluarga.

Maka perbanyakkanlah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada segala bahaya dan tipu daya syaitan.

Solat memberi manusia peluang menggandakan pahala serta menghapuskan segala dosa. Kita perlu mengucapkan rasa kesyukuran tidak terhingga kerana Allah memberikan banyak kelebihan kepada umat Nabi Muhammad yang tidak terdapat pada umat sebelumnya.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: 
end typing
“Bahawasanya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bertanya kepada sahabatnya, adakah kamu percaya bahawa kekotoran masih melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di hadapan rumahnya?” Lalu baginda bersabda: Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan rahmat Allah ia dapat menghapuskan segala dosa” (Muttafaq Alaih).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.

Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114).

Malah rahsia solat juga tersingkap 1,001 makna kerana ia memberi riadah kepada tubuh badan harian selain memberikan kerehatan jiwa.

Maka solat menjadi salah satu cara merawat kegelisahan dan gundah gulana dalam diri manusia.

Menurut riwayat Ahmad, apabila Rasulullah mengalami satu perkara yang mendukacitakan, Baginda mengatakan: “Berdirilah Wahai Bilal, damaikan kami dengan sembahyang.”

Meninggalkan solat pula menjadikan hati manusia jauh untuk melakukan amal kebaikan malah buruk akhlaknya.

Malah amalan yang mula-mula sekali dihitung pada hari pembalasan kelak ialah solat. Jika sempurna solatnya maka baiklah seluruh amalannya.

Kewajipan menunaikan solat lima kali sehari semalam tidak membataskan manusia walau di mana atau dalam apa juga keadaan sekalipun.

Ia perlu dilaksanakan sama ada dalam keadaan sihat, sakit, dalam peperangan, sedang bermusafir dan tidak mengira golongan sama ada kaya atau miskin.

Solat tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu kepada kesabaran dan kekuatan dalaman yang kuat.

Malah seseorang yang inginkan diri mereka sentiasa menjaga serta memelihara solat perlu ada rasa tanggungjawab tinggi untuk melakukan amalan itu hanya kerana Allah.

Tidak boleh sesekali seseorang menggunakan cara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti memakai susuk atau ilmu sihir bagi mendorong mereka ‘rajin’ beribadah.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini