Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Dengan Melihat Kuku Boleh Tahu Penyakit Apa Yang Anda Hidapi (11 Gambar)

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:

Pucat :

end typing
Very pale nails can sometimes be a sign of serious illness, such as:
  • Anemia
  • Congestive heart failure
  • Liver disease
  • Malnutrition


White Nails

If the nails are mostly white with darker rims, this can indicate liver problems, such as hepatitis. In this image, you can see the fingers are also jaundiced, another sign of liver trouble.

Yellow Nails

One of the most common causes of yellow nails is a fungal infection. As the infection worsens, the nail bed may retract, and nails may thicken and crumble. In rare cases, yellow nails can indicate a more serious condition such as severe thyroid disease, lung disease, diabetes or psoriasis.


Bluish Nails

Nails with a bluish tint can mean the body isn't getting enough oxygen. This could indicate an infection in the lungs, such as pneumonia. Some heart problems can be associated with bluish nails


Rippled Nails

If the nail surface is rippled or pitted, this may be an early sign of psoriasis or inflammatory arthritis. Discoloration of the nail is common; the skin under the nail can seem reddish-brown. Psoriasis is a skin condition that starts in the nails 10% of the time.

Cracked or Split Nails

Dry, brittle nails that frequently crack or split have been linked to thyroid disease. Cracking or splitting combined with a yellowish hue is more likely due to a fungal infection.

Puffy Nail Fold

If the skin around the nail appears red and puffy, this is known as inflammation of the nail fold. It may be the result of lupus or another connective tissue disorder. Infection can also cause redness and inflammation of the nail fold

Gnawed Nails

Biting your nails may be nothing more than an old habit, but in some cases it's a sign of persistent anxiety that could benefit from treatment. Nail biting or picking has also been linked to obsessive-compulsive disorder. If you can't stop, it's worth discussing with your doctor.

Nails Are Only Part of the Puzzle

Though nail changes accompany many conditions, these changes are rarely the first sign. And many nail abnormalities are harmless -- not everyone with white nails has hepatitis. If you're concerned about the appearance of your nails, see a dermatologist.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

 



Baca Seterusnya.. »

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

dikongsi oleh : mohd_khairuddin@jabil.com
Setiap perkara di dunia ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak dan macam macam lagi.Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu:

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
 
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
end typing
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.


Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.


Petang

1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.



Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am

Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia. Tak pasti pula sejauh mana kebenarannya tetapi bolehlah jadikan sebagai panduan am kehidupan seharian.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »

AWAS!! Berjoging Boleh Bahayakan Diri Anda

Di kongsi Oleh : mohd_khairuddin@jabil.com
Biasanya orang akan memilih untuk berjoging apabila doktor memberitahu mereka supaya mula bersenam selepas mendapati tahap kolestrol mereka meningkat namun banyak yang tidak tahu senaman popular ini boleh menambah kesakitan pada tubuh seseorang dalam jangka panjang.

Seorang ahli fisioterapi, Bhalwant Singh Bains memberitahu peserta Persidangan Kebangsaan Persatuan Fisioterapi Malaysia 2007 di sini semalam bahawa berjoging boleh menyebabkan kecederaan kepada
end typing
banyak orang.

Menerusi pemerhatian dan kajiannya, beliau berkata tidak banyak orang yang mempunyai bentuk serta keseimbangan yang betul pada keseluruhan tubuh mereka untuk berlari dan mereka yang ingin berlari perlu mendapatkan nasihat ahli fisioterapi sebelum berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, sebab itulah hanya orang tertentu sahaja yang boleh menjadi pelari yang baik di dunia misalnya legenda pelari pecut Amerika Syarikat, Carl Lewis atau pelari Kanada yang menimbulkan kontroversi, Ben Johnson.

Ketika ditanya faktor yang dapat menentukan sama ada seseorang itu boleh berlari atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu ditentukan oleh sudut kuadrisep (Q-Angle) yang diukur antara pinggang dan lutut.

Bains berkata bagi seorang lelaki, dia boleh menjadi pelari yang baik sekiranya Q-Angle berada pada 14 darjah, manakala bagi wanita pula adalah 17 darjah.

"Q-Angle Lewis dan Johnson berada dalam lingkungan itu dan kaki mereka agak lurus," katanya.

Justeru, beliau berkata input daripada seorang ahli fisioterapi amat penting untuk menyesuaikan otot seseorang pelari supaya dia akan mempunyai postur badan yang betul untuk melakukan tugas itu.

Beliau juga berkata program kurikulum di sekolah seperti merentas desa perlu dikaji oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Kesihatan memandangkan tidak banyak kanak-kanak yang mempunyai postur badan yang betul untuk berlari.

Selain itu, kanak-kanak terbabit mungkin tidak bersedia sepenuhnya untuk perlumbaan lari jarak jauh memandangkan mereka mungkin tidak memanaskan otot mereka dengan betul dan sesetengahnya mungkin tidakpun bersarapan, katanya.

Bains berkata menerusi kajiannya selama dua tahun terhadap 100 kanak-kanak berumur antara lapan dan 15 tahun, beliau mendapati hanya lima orang yang mempunyai stuktur tubuh sempurna untuk berlari.

Oleh itu, katanya, ahli fisioterapi diperlukan bagi menyaring keupayaan kanak-kanak untuk berlari agar kecederaan di kalangan kanak-kanak yang menjalani aktiviti kokurikulum dapat diminimumkan, begitu juga dengan latihan Khidmat Negara yang memasukkan larian sebagai satu daripada latihan di kem berkenaan.

Beliau berkata badan manusia direka untuk berjalan di atas pasir dan sebarang aktiviti berjalan atau berlari di atas permukaan yang keras akan menjejaskan buku lali, sendi malah tulang belakang dalam jangka panjang  


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »

Haiwan Pelik Ditemui Di Negara China 3 Gambar

Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.
Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.
Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu kemudian bertindak
end typing
memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.
Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.
Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.
Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.
Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.
“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya.


Baca Seterusnya.. »

50 juta perokok mati dalam sedekad

AHAD minggu lalu, Kementerian Kesihatan bercadang mengurangkan kandungan nikotin sebanyak 50 peratus dalam setiap batang rokok bagi mengekang ketagihan merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.
Apa tidaknya, lebih 10,000 rakyat negara ini meninggal dunia akibat tabiat itu. Sebanyak 30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, pangkal rahim, usus dan perut.
Sebanyak 50 peratus perokok lain mati disebabkan penyakit jantung manakala baki 20 peratus lagi kematian disahkan berpunca daripada strok.
Dalam setahun, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).
Realitinya, tabiat tidak sihat ini bukan sahaja mengundang pelbagai penyakit bahkan negara turut mengalami kerugian kira-kira
end typing
RM20 bilion setahun kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran tentang bahaya merokok dijalankan di seluruh dunia, ia seakan-akan gagal menyekat ketagihan nikotin ini.
Angka kematian akibat merokok pula terus meningkat.
Meneliti laporan terbaharu yang dikeluarkan Yayasan Paru-Paru Dunia (WLF), kematian yang disebabkan tabiat merokok melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
WLF dan Persatuan Kanser Amerika mengatakan, jika kecenderungan ini berlarutan, maka satu bilion manusia akan hilang nyawa pada abad ini akibat penggunaan tembakau.
Negara miskin
Gambaran mudahnya, dalam setiap enam saat, satu nyawa akan melayang akibat merokok.
Satu kajian antarabangsa yang dimuatkan dalam laman www.tobaccoatlas.org mendedahkan, tembakau telah meragut 50 juta nyawa dalam 10 tahun terakhir.
Turut dinyatakan, lebih 15 peratus daripada seluruh kematian yang melibatkan lelaki di dunia disebabkan oleh merokok manakala tujuh peratus daripada kematian wanita turut berpunca daripada sebab yang sama.
Di China, tembakau merupakan pembunuh utama di negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia itu.
Lebih 1.2 juta rakyatnya meninggal dunia setiap tahun akibat merokok. Angka tersebut dijangka meningkat kepada 3.5 juta kematian setahun menjelang 2030.
Pengarah Institut Kesihatan Awam Universiti Georgia, Amerika Syarikat (AS), Dr. Michael Eriksen berkata, trend merokok dalam kalangan rakyat negara maju semakin menurun manakala di negara miskin adalah sebaliknya.
"Jika kita tidak bertindak, keadaan akan menjadi lebih buruk terutamanya di Asia dan Afrika," ujarnya.
Eriksen menambah, hampir 80 peratus kematian yang dikaitkan dengan tembakau berlaku di negara yang mempunyai ramai penduduk berpendapatan sederhana dan rendah.
Di Turki misalnya, 38 peratus kematian dalam kalangan lelaki dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Bagaimanapun, bagi negara maju seperti AS, rokok masih menjadi pembunuh utama wanita di sana.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WLF, Peter Baldini menuduh industri rokok hanya memikirkan keuntungan tanpa mempedulikan bahaya yang ditanggung perokok dan orang sekeliling

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
 

Baca Seterusnya.. »

Boleh Jadi Syirik Khafi Percaya Kepada Ubat Tu Boleh Sembuh Penyakit

“UBAT tu memang bagus, kalau engkau makan, sekejap saja pening engkau tu hilang.” Itu antara dialog yang biasa kita dengar dalam perbualan kita bersama orang sekeliling.
Tidak kurang juga mengagumi seorang bomoh atau doktor yang disifatkan ‘pakar’ merawat penyakit tertentu. Lalu terkeluar pula ayat: “Aku dengan orang lain tak berapa serasi, bomoh tu saja yang faham penyakit aku.”

Dalam situasi lain, seorang lelaki ditinggalkan kekasih hatinya. Lalu terdetik di hatinya dan terungkap melalui kata-katanya: “Aku tak boleh teruskan hidup tanpa si dia. Aku lebih rela mati daripada melihat si dia berpacaran dengan lelaki lain.”

Lebih malang lagi apabila si lelaki tadi mengamalkan apa yang dilafazkannya dengan membunuh diri. Sudahlah berdosa mensyirikkan Allah, kemudian melakukan dosa besar dengan membunuh diri pula.Mungkin juga kita pernah mengungkapkan dialog di atas secara sedar atau tidak apabila berdepan situasi sebegini. Kedengaran seperti tiada apa salah silapnya, mungkin juga ia hanya perkara remeh yang tidak perlu dibincangkan

Namun hakikatnya, perkara yang sering dipandang remeh inilah kadangkala menggoncang
end typing
iman kita secara sedar atau tidak. Daripada sekecil-kecil bintik hitam, lama-kelamaan ia bertukar menjadi barah kepada iman dan akidah.

Kebanyakan daripada kita memang menjaga perkara yang boleh mendatangkan syirik jali (syirik jelas). Kita sedaya upaya mengesakan Allah dengan tidak menyembah berhala yang zahir.

Namun bagaimana pula penyembahan kepada ‘berhala ghaib’ yang mungkin kita lakukan secara tidak sedar dalam kehidupan seharian kita. Ini yang dinamakan sebagai syirik khafi atau dalam bahasa Melayunya disebut syirik tersembunyi.

Penyembahan kepada berhala ghaib sebenarnya dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti kebergantungan kepada sesuatu selain daripada Allah.

Contoh mudah adalah dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa kesihatannya bergantung dengan ubat-ubatan. Jika tiada ubat, sakitlah dia.

Tidak dinafikan, mencari ubat terbaik adalah satu ikhtiar dan usaha baik. Namun, perlu disematkan dalam hati bahawa ubat hanya wasilah dan ikhtiar untuk sembuh daripada penyakit, tetapi kepercayaan kepada yang menyembuhkan harus diiktikad kepada Allah SWT.

Kerana itu, apabila bercerita mengenai kehebatan sesuatu ubat kepada seseorang, jangan lupa lafazkan insya-Allah.

Sama juga seperti dalam kes seseorang yang baru putus cinta. Merasakan hidupnya tidak lagi bermakna selepas ditinggalkan kekasihnya, padahal ramai lagi wanita dan lelaki yang jauh lebih baik di luar sana.

Ahli ibadah juga adakala tidak terlepas daripada ‘penyembahan’ kepada berhala ghaib. Penyakit sangat ditakuti menyerang secara tidak sedar ini tidak lain dan tidak bukan adalah sifat riak.

Riak ketika melakukan amal ibadah membuatkan sesuatu ibadah itu tiada harga di sisi Allah. Contoh paling mudah ialah merasakan orang memerhatikannya sambil memuji: “Rajinnya si polan ini. Ada saja muka dia bersolat jemaah di masjid.”

Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 176, yang bermaksud: “... Mereka (orang munafik) pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

Dalam senario lain, penyembahan kepada pangkat dan kekayaan juga berlaku secara tidak sedar. Tidak dinafikan sebagai manusia kita digalakkan menghargai nikmat yang kita kecapi sekarang dengan mengimbau kesusahan yang pernah kita tempuhi pada zaman silam.

Namun, berhati-hatilah dengan penyakit ‘ujub’ yang boleh menjadi parasit dalam hati. Ujub membuatkan manusia berasa bangga dengan diri sendiri atas hasil titik peluhnya. Merasakan semua adalah usahanya, lantas tidak pernah terdetik di hati untuk mensyukuri nikmat Allah.

Lebih parah lagi, seolah-olah ada perasaan ‘dendam’ terhadap Allah kerana ‘membiarkan’ dia dalam kesusahan satu ketika dulu.

Ujub juga boleh berlaku apabila kita bersendirian. Kadangkala merasakan dirinya paling mulia lantaran amal ibadah dilakukan.

Jika diimbau kembali kisah penciptaan manusia, bagaimana iblis yang satu ketika dulu dimuliakan, akhirnya menjadi makhluk paling dilaknat Allah.

Bermula dengan syirik kecil, dengan merasakan dia lebih mulia kerana diciptakan daripada api, sedangkan manusia daripada tanah.

Lantas timbul perasaan ujub dan riak dalam diri iblis dan seterusnya enggan menuruti perintah Allah untuk sujud kepada penciptaan Allah ke atas manusia.

Lalu terakamlah dialog antara Allah dengan iblis yang membuatnya tersingkir daripada makhluk yang dimuliakan sebagaimana firman Allah: “Hai iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.” (Al-Hijr, ayat 32-34)

Sebenarnya, banyak lagi contoh syirik khafi berada dalam amalan manusia. Namun ia selalunya dipandang kecil oleh manusia.

Kita selalu sibuk menjaga diri daripada melakukan syirik jali (nyata), tetapi dalam diam rupa-rupanya syirik khafi menghakis keimanan kita dari hari ke hari.
Sememangnya syirik khafi tidak membatalkan iman manusia. Namun, harus diingat, sebesar-besar sesuatu itu bermula daripada kecil.

Kerana itu Rasulullah SAW menyatakan kegusaran baginda terhadap syirik yang tidak sedar ini melalui sepotong hadis bermaksud: “Syirik yang dilakukan oleh umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu besar.”

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya, yang paling aku khuatir atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riak. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman: Pergilah kalian kepada orang- orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)

Kerana itu, syirik khafi dikhuatiri boleh mencederakan tauhid kepada Allah jika tidak benar-benar diawasi.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
 

Baca Seterusnya.. »

Saintis Dedah Kenapa Struktur Stonehenge dibina

Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.
Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun yang terletak di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi  berhubung  tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembahan.
Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge. Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.
Ia berlaku apabila
end typing
dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota yang sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang. Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.
“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan akan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.
Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut. Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada Solstis musim panas di daerah Wiltshire, England.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
 


Baca Seterusnya.. »

Kenapa bercinta serasi,setelah kahwin tidak serasi?





KEHIDUPAN berumahtangga adalah alam paling menarik dalam kehidupan seseorang. Kata orang "daripada bujang kini berdua." Ia adalah satu proses pendewasaan dan kematangan. Sering kita mendengar pasangan suami isteri melahirkan rasa 'terkejut' mereka terhadap alam perkahwinan dan berumahtangga setelah mereka bernikah walaupun mereka telah bercinta bertahun-tahun.

Ada yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun telah bercinta dulu sebelum berkahwin. Ini kerana buat masa ini di Malaysia, walaupun pasangan secara majoritinya telah bercinta sebelum kahwin, telah biasa keluar berdating dan sebagainya. Masih ramai yang tidak menjadikan alam percintaan itu sebagai 'perkahwinan percubaan' atau telah mula bersekedudukkan.
Perbezaan ketara dengan masyarakat Barat di mana jika
end typing
mereka telah mula bercinta, mereka telah tinggal bersama dan keputusan untuk berkahwin adalah satu komitmen yang berbeza daripada komitmen untuk tinggal bersama dan bercinta. Bunyinya pelik tetapi itulah kenyataan sebenar masyarakat di Barat sehinggakan yang bersekedudukkan atau tinggal bersama lebih ramai daripada yang berkahwin.
Jika ditanya kenapa tidak berkahwin, mereka menjawab belum bersedia sedangkan mereka telah lama tinggal bersama seperti suami isteri. Itulah bezanya orang beragama dengan yang tidak.
Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah dan hubungan seksual dalam perkahwinan adalah ibadah dan kewajipan sedangkan tanpa nikah, hubungan seksual menjadi haram dan berdosa. Kebanyakan pasangan suami isteri hari ini menjadi keliru kerana kecelaruan kita dalam membesarkan anak-anak dan dalam proses mereka mencari jodoh.
Hari ini, ibu bapa begitu terbuka terhadap boyfriend atau girlfriend anak. Anak-anak pada kebiasaannya membawa pasangan balik ke rumah untuk diperkenalkan dengan ibu bapa. Ibu bapa anak perempuan dengan mudah membenarkan anak perempuan mereka 'dijinjing' atau dibawa ke sana ke mari oleh lelaki yang dikata boyfriendnya kerana mereka telah berjanji untuk kahwin.
Berboyfriend atau bergirlfriend adalah trend yang diterima di Malaysia sebegitu terbuka sekali walaupun emak dan ayah anak-anak adalah daripada aliran agama. Bagi mereka, jika tak kenal macam mana nak kahwin. Mereka juga takut jika anak perempuan tidak mencari boyfriend semasa belajar, nanti bila dah tamat belajar dan bekerja, tiadalah siapa berani melamar.
Jelas benar, ramai ibu bapa hari ini lupa terhadap konsep jodoh pertemuan hak Allah, dan hanya Allahlah yang Maha Mengetahui. Tidak hairanlah 'kebiasaan' membenar anak gadis keluar dengan teman lelakinya menyebabkan ramai pasangan muda terlanjur iaitu melakukan seks tanpa nikah kerana sering keluar berdua-duaan. Mereka didorong syaitan kepada kemaksiatan.
Kita berharap jumlah pasangan yang terlanjur semasa 'bercinta' tidak ramai dan kebanyakan pasangan mengenali hati budi pasangan yang ingin mereka nikahi sekadar keluar makan dan berjalan-jalan. Pun begitu, dari sudut hukum ia tetap haram.
Setelah 'bercinta' bertahun-tahun mereka pun berkahwin. Hairannya mereka boleh bercinta bertahun-tahun, namun apabila berkahwin belum sampai setahun sudah hendak bercerai. Bila ditanya, jawabnya, "Tiada keserasian atau tidak bersefahaman." Persoalannya, kenapa masa bercinta serasi, namun setelah kahwin, tiba-tiba tidak serasi? Pelik tetapi benar.
Sebenarnya ramai pasangan semasa berkahwin mempunyai harapan yang tinggi terhadap satu sama lain namun harapan itu tidak disampaikan. Ia disimpan sebagai satu harapan dan doa.
Sebenarnya, percintaan sebelum berkahwin tidak menjamin seseorang itu betul-betul kenal akan pasangannya. Ini kerana Allah jadikan manusia berkaum-kaum untuk mereka kenal mengenal antara satu sama lain dan apabila berkahwin bergaul dengan mesra. Jika pasangan mengambil sikap hormat menghormati antara satu sama lain, maka perceraian kerana tidak bersefahaman tidak akan berlaku.
Penyelesaiannya mudah, jika sedang bergaduh kerana perkara remeh temeh seperti ini, tanya soalan yang paling penting iaitu kenapa aku kahwin dengannya? Mestilah kerana cinta dan jika cinta mestilah sayang dan sesuai dan jika sesuai kenapa jadi tidak bersefahaman? Cari puncanya dan jika punca tidak sefahaman itu hanya isu ranting, istighfarlah. Kembalilah berdoa kepada Allah moga Dia memperkukuhkan perkahwinan hingga ke akhir hayat.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com




Baca Seterusnya.. »

Hati2 Dengan Sejadah Murah Mungkin Ada Gambar Babi

“Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.






“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.
“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.
“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut
end typing
apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.
“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.
Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.
Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »

Khasiat Buah Tin Dan Kelebihannya

Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

end typing
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »

Kenapa Kasut Tumit Tinggi Diciptakan

tapi ramai yang tak tahu.terdapat penyakit yang tersembunyi disebalik kasut tumit tinggi ini
kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kaki tetapi keseluruhan badan.
jika memakai kasut tumit tinggi terlalu lama sangat akan menyebabkan kencing tidak lawas .masalah belakang dan tulang pinggul.
selain itu jugak.boleh menyebabkan kesakitan pada rahang ,leher dan kepala.

isi yang nak highlingkan ialah “kasut tumit direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang” ini yang menjadi misteri buat sya sebenarnya...adakah pereka kasut tumit tinggi ni sengaja mencipta kasut bertumit tinggi untuk memaksa perempuan menonjolkan

end typing
payudara mereka dan menonggeng punggung semasa berjalan?? adakah ini satu konspirasi yahudi dan freemanson? sama-sama kita kaji dan fikir2kan..
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
 

Baca Seterusnya.. »

Kisah Pemuda Tidak Boleh Tinggalkan Berzina

Firman Allah SWT maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik.” (surah al-Nahl, ayat 125).
ADA seorang pemuda yang datang menghadap Rasulullah SAW untuk bertaubat dan bersedia untuk meninggalkan segala bentuk perbuatan dosa kecuali berzina. Pengakuan pemuda itu mendapat maklum balas penuh sinis dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW tetap mengajak pemuda tadi untuk berdialog dengan penuh santun dan senyuman seorang pembawa khabar gembira untuk umatnya.
Rasulullah SAW bertanya: Adakah kamu suka kalau hal ini berlaku kepada ibu kamu? Jawab pemuda: Tidak, demi Allah! Aku sebagai jaminanmu. “Demikianlah pula halnya setiap manusia pasti tidak menyukai hal itu terjadi kepada ibu mereka,” jelas Rasulullah SAW kepada pemuda itu. Kemudian, Rasulullah SAW bertanyakan lagi: “Adakah kamu suka jika hal ini terjadi kepada anak perempuan kamu?” Dia menjawab: Tidak, demi Allah! Allah menjadikan diriku sebagai jaminanmu.Rasulullah SAW menjelaskan
end typing
Rasulullah SAW menjelaskan: “Demikianlah juga manusia lain pun tidak menyukai hal ini berlaku kepada anak-anak perempuan mereka”. Ujar Rasulullah SAW lagi: “Adakah kamu suka jika hal ini berlaku kepada saudara perempuanmu?” Pemuda itu menjawab: “Tidak, demi Allah! Allah menjadikan diriku sebagai jaminanmu. Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Begitu juga manusia lain pun tidak menyukai hal ini berlaku kepada saudara perempuan mereka.”

Rasulullah SAW bertanya lagi kepada pemuda: “Adakah kamu suka jika hal ini berlaku kepada ibu saudaramu?” Pemuda itu kembali menjawab: “Tidak, demi Allah! Allah menjadikan diriku sebagai jaminanmu. Lantas Rasulullah SAW pun berkata: “Demikianlah juga manusia lain pun tidak menyukai perkara ini terjadi kepada ibu saudara mereka.”

Akhirnya Rasulullah SAW meletakkan tangan Baginda kepada pemuda itu seraya berdoa: “Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharakanlah kemaluannya.” Selepas itu, barulah pemuda itu menyatakan taubatnya kepada Allah dengan taubat nasuha.

Jelas daripada kisah ini, betapa Rasulullah SAW sebagai pembawa misi dakwah dan rahmat kepada sekalian alam, dari awal lagi Baginda menyampaikan dakwah dengan penuh kesantunan melalui budaya dialog, bukannya dengan kekerasan dan kekasaran. Jika kita menelaah dalam sirah Rasulullah SAW dan betul-betul menghayatinya, didapati bahawa Rasulullah SAW tetap bersifat santun pada setiap masa dan ketika, terutama sewaktu menyampaikan dakwah kepada kaum Quraisy, dan natijahnya amat luar biasa dan mengagumkan. Orang yang dahulunya amat membenci dan memusuhi Rasulullah SAW, akhirnya menjadi pendukung dan pembela dakwah Rasulullah SAW.

Budaya berdakwah secara santun dan berdialog dengan penuh hikmah adalah budaya semua utusan Allah yang kemudiannya diwariskan kepada umat manusia pada hari ini. Jika ditelusuri dalam al-Quran, kita akan menemui kisah dialog antara Nabi Ibrahim AS dengan Raja Namrud, dialog Nabi Musa AS dengan Firaun, dialog Nabi Yusuf as dengan penguasa Mesir dan lain-lain lagi.

Pengajaran yang penting daripada kisah dialog ini ialah kebenaran wajib disampaikan dan dibela, tetapi bukannya dengan kekasaran, kekerasan dan kebencian. Sebaliknya kebenaran hendaklah disampaikan dengan santun dan lemah lembut melalui pendekatan dialog yang penuh hikmah. Bukankah Allah SWT telah berpesan kepada Nabi Musa AS dan juga Nabi Harun AS supaya berdialog dengan Firaun dengan menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut. Firman Allah SWT yang bermaksud: Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Surah Taha, ayat 43-44)

Di samping itu juga, Islam melarang umatnya mencerca dan memaki apa-apa yang disembah oleh umat agama lain. Hal ini ditegaskan Allah SWT lewat firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An’am, ayat 108)

Pengertian ayat ini menyingkap etika berdakwah yang baik, iaitu bersifat santun dan tidak kasar atau kesat sewaktu berdakwah. Ini kerana dengan bersifat kasar dan kesat, akan menyebabkan bukan Muslim bukan hanya tidak tertarik dengan Islam, bahkan mereka juga akan membenci dan mencerca Islam, malah akan menghina Allah SWT.

Jika mencerca dan menghina sembahan orang bukan Islam dilarang Islam, apalagi mencerca dan memaki sesama Muslim yang hanya berlainan mazhab, fikrah atau politik. Oleh sebab itu, berdakwah ke arah kebaikan dengan tidak bersifat santun dan hikmah hanya akan menyebabkan kekeliruan, perpecahan, pertikaian dan permusuhan di kalangan umat Islam.

Dalam setiap kesempatan mengetuai peperangan, Rasulullah SAW tidak pernah lupa untuk sentiasa memperingatkan kepada sahabatnya, iaitu tentera Islam dilarang merobohkan rumah, merosakkan sebarang pokok dan pohon serta mencemarkan alam sekitar. Justeru, tidak hairanlah jika Rasulullah SAW amat dihormati dan disegani dalam kalangan bukan Muslim kerana sifat santunnya yang luhur, meskipun berada di medan peperangan. 

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »

Kematian Dari Kaca Mata Sains


Kematian hadir tanpa duga. Tiada siapa tahu bila dan di mana. Namun ada insan yang kecewa dengan hidup dan berikhtiar untuk menamatkan riwayat hidup. Mereka sanggup terjun bangunan tinggi untuk mengakhiri hidup akibat putus cinta, meminum racun ketika dilanda tekanan hebat dalam diri serta mungkin menggunakan dadah berlebihan untuk lari dari masalah hidup. Mereka sangka, mati itu satu kemanisan dan penyelesaian segala kekusutan hidup. Kononnya biarlah mati terhina daripada hidup terseksa! Mereka tidak sedar mati begitu menyakitkan. Apatah lagi mati dalam keadaan kufur dan tidak beriman. Roh yang keluar amat busuk dan hodoh serta dikutuk oleh sekalian makhluk. Menurut sumber-sumber yang sahih, segala binatang dan makhluk boleh melihat roh melainkan manusia dan jin sahaja yang tidak diizinkan Allah untuk melihatnya. Roh itu dicaci dan terawang-awang dengan penuh kekesalan. Masyarakat umum mempercayai seseorang itu sudah mati apabila tiada lagi desah nafas dan berhenti sudah degup jantung. Manakala masyarakat Islam mempercayai bahawa mati bermaksud keluarnya roh dari badan. Dan persoalan demi persoalan berkaitan roh hanya mampu dijawab oleh Allah s.w.t.

Apa yang berlaku selepas mati
end typing
Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuk lapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisu dan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumah yang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dan sitoplasma bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk  bekerja secara normal, sel memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP (Adenosine-5'-triphosphate). Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsium dan bahan makanan sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akan disalurkan kepada sel-sel tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka.  Namun jika berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi, sel akan mati. Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan dari jasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darah akan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul di situ akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang ketiadaan darah kelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap. Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jika ia mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot boleh bertahan setelah beberapa jam manakala sel tulang serta kulit boleh bertahan berhari-hari lamanya. Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu dengan menggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akan terhenti dan menghalang  penghasilan tenaga molekul yang diperlukan untuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion kalsium akan bergerak ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat atau mengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras, tidak bergerak lagi. Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkan dirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasa kita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kita ditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahi kanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapa hari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungi banyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti. Mengurus jenazah

Pengebumian jenazah
Mengurus jenazah orang Islam adalah wajib dan merupakan fardu kifayah yakni jika tiada orang mengurus jenazah tersebut, semua orang Islam di kawasan itu berdosa. Tetapi apabila sudah dikerjakan oleh beberapa orang Islam, maka orang Islam yang lain akan terlepas dari menanggung dosa. Di antara perkara yang wajib dilakukan ke atas jenazah adalah memandikan, mengkafankan, melakukan solat jenazah dan mengebumikannya. Berbeza dengan sesetengah agama, Islam tidak membenarkan membakar mayat. Mayat tidak boleh dibakar kerana ini dikhuatiri akan menyakitinya. Malah  melakukan bedah siasat tanpa ada keperluan juga turut ditegah. Dari segi pengebumian, jenazah  hendaklah ditanam sehingga tiada bau dapat dihidu oleh orang yang masih hidup dan tidak memudahkan binatang mengorek kembali lubang kubur tersebut. Orang yang syahid dalam peperangan, dikafankan dalam kain yang mereka terbunuh dalamnya melainkan jika dikehendaki oleh keluarga supaya mengkafankan dalam kain lain. Nabi bersabda “ selimutkanlah mereka dengan luka dan darah mereka”. “Bau Luka itu bau kasturi”. Imam Syafie rahimahullah berkata, “ Saya lebih menyukai bahawa di dalamkan kuburan mayat itu kadar sedepa dan yang lebih dari itu, lalu ditimbus, nescaya memadai. Saya menyukai yang demikian adalah supaya tidak tercapai oleh binatang buas dan tidak mudah kepada seseorang, kalau ia mahu membongkarnya. Dan tidak timbul baunya. Diletakkan mayat dalam kuburnya atas lambung kanan. Ditinggikan kepalanya dengan batu atau batu bata, disandarkan mereka supaya tidak menelungkup atau menelentang, dan  kepala diletakkan mengadap kiblat. Kebiasaannya di Malaysia, penggalian kubur adalah sedalam 6 kaki.  Antara lain hikmah mengebumikan jenazah adalah dari segi kesihatan ialah tidak tersebarnya penyakit. Sejarah pengebumian jenazah bermula di zaman Nabi Adam alaihis salam lagi. Peristiwa ini tercatat dalam surah al-Maidah dari ayat 27-31. Menurut Kitab Tafsir Al-Quranul Karim terbitan Yayasan Amal Bakti Sumatera Utara tahun 1967, dalam qaul pertama, diceritakan sebab pembunuhan antara kedua putera Adam yang menyebabkan berlakunya peristiwa pertama dalam sejarah pengebumian manusia. Menurut riwayat, adalah Siti Hawa melahirkan sepasang kembar setiap kali ia melahirkan anak. Lelaki  dari pasangan pertama akan dikahwinkan dengan perempuan dari pasangan kedua dan begitulah seterusnya. Kebetulan, anak Nabi Adam yang bernama Qabil dilahirkan dengan pasangan kembar perempuannya yang cukup cantik. Gadis ini akan dikahwinkan dengan Habil manakala kembar Habil yang akan dikahwinkan dengan Qabil kurang elok rupa parasnya. Kerana itu, Qabil tidak mahu menerimanya, katanya perbuatan itu hanya kemahuan bapanya sahaja, bukan dari Tuhan. Maka Nabi Adam menyuruh Qabil dan Habil melakukan korban. Korban siapa yang diterima Allah, dialah yang akan dikahwinkan dengan saudaranya yang rupawan itu. Qabil adalah seorang pekebun manakala Habil merupakan seorang penternak. Habil telah mengorbankan kambingnya yang gemuk sedang Qabil telah mengorbankan tanaman  gandumnya yang kurang elok. Maka oleh  Allah diterimanya akan korban Habil dengan mendatangkan api dari langit mengambil korban Habil dan tidak diterima oleh Allah akan korban Qabil itu. Kerana hal itu, maka timbullah kedengkian Qabil terhadap Habil lalu ia bercita-cita untuk membunuh Habil. Menurut Imam Ar-Razy, iblis menunjukkan kepada Qabil bagaimana cara membunuh Habil. Iblis telah datang dengan mengambil seekor burung lalu dipukul tepat di kepalanya dengan menggunakan batu, lalu Qabil mendapat idea bagaimana mahu membunuh Habil. Lalu dia pun mencari batu besar dan dicarinya Habil. Didapati Habil sedang tidur lalu dipukulnya kepala Habil dengan batu, lalu Habil mati di situ juga. Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah anak-anak Adam. Sesudah Qabil melakukan pembunuhan itu, dia tidak tahu bagaimana harus disembunyikan mayat Habil. Qabil mengusung mayat Habil ke sana kemari dengan penuh kekesalan dan dicerca ibu-bapanya sehingga Allah menunjuknya jalan.. Jumhur ulamak telah menerangkan bahawa Allah telah mengutus dua ekor burung gagak berkelahi berbunuh-bunuhan di hadapan Qabil, lalu mati seekor. Yang hidup mengorek-ngorek tanah dengan paruhnya sehingga lama-kelamaan terbentuklah lubang dan ditanamilah gagak yang mati itu. Dengan menyaksikan perbuatan gagak itu tahulah Qabil bahawa dia harus menanam mayat Habil dengan menggali tanah membentuk lubang kubur. mayat2

Reput tanpa kebumi
Amat besar hikmah mengkebumikan jenazah di dalam kubur. Manusia yang dicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sedia maklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Proses pereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainya jenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan tersingkaplah kejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat hidup aman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan, bakteria akan tersebar dan menularkan penyakit  kepada manusia yang masih hidup. Peringkat pertama pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri (self-destruction). Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri. Struktur membran sel akan rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Ia akan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembes dan makrofaj. Peringkat kedua adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik . Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiada oksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan  bakteria  anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalaman badan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipid pada mayat dan menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskan mengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidung mayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk. Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalu menyebarkan bau yang  meloyakan. Peringkat ketiga adalah peringkat pereputan.  Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalir keluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak. Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turut membusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembut menjadi kecut dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnya mayat tinggal rangka. Peringkat keempat adalah peringkat terakhir dalam proses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan. Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi. Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat, alga dan serangga berjaya menakluki tulang.  Berlakulah  perembesan asid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulang pula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahan kimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apa lagi yang tinggal pada jasad. Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabila mati, segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlah sentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com


Baca Seterusnya.. »

Membongkar Rahsia Ibadat Solat Secara Saintifik

Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.
Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah,
end typing
kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

                                                                         Sujud "Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
 
 
                                                                    Pergerakan Relatif Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini