• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Lokasi Pusat Rawatan Cawangan Selangor/KL



NO 62A-2 JALAN SM 3A SUNWAY BATU CAVE SELANGOR,
WAKTU RAWATAN HARI SABTU SAHAJA:
10 AM-6 PM




View Larger Map

View Larger Map

Catat Ulasan

60 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikom ustaz...buat masa nie sya rasa amat terseksa sekali. Berpunca dari 1 mlm saya sesak nafas, menyebabkan perkara tersebut berlarutan hingga kini.Berlaku ketika hampir2 puasa yang lalu,dan teruknya berlaku pada raya ke-5 yang lalu.Sehingga kini, badan saya rasa amat lemah dah pemikiran menjadi terganggu.Sya buntu dgn penyakit ini,byk tempat tlh pergi namun tiada pun serasi yang saya rasakan.Harap ustaz dpt membantu sya menyelesaikan masalah ini.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

datang dahulu ke pusat rawatan insyAllah kami akan bantu sedaya yang mingkin.. setiap penyakit pasti ada ubatnya

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz, sehingga hari ini sudah 1 bln saya mengalami gannguan perut, yang peliknya sakitnya lebih ketara sesudah maghrib,dan apabila saya mahu pergi bekerja, kalau cuti tak pula sakit , saya bimbang saya aian dibuang kerja jika terus lambat kepejabat setiap hari

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

anda pernah scan di pusat rawatan kami???

Tanpa Nama berkata...

salam.........ustaz saya nak tanya, saya sudah 3 tahun saya tidak mempunyai zuriat.dah mcm2 cara saya buat tapi tak jgak berhasil...saya selalu tido mimpi2 benda yang tak baik...harap ustaz dapat membantu masalah saya ini.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

insyAllah. kami akan bantu.. tapi puan perlu hadir ke pusat rawatan kami utk scan.. utk memastikan adakah sakit puan berkaitan dgn gangguan makhluk halus.. byk kes sebegini yg kami rawat.. dengan izin Allah ramai yg dapat zuriat.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

kami dari pusat rawatan menyusun sepuluh jari mohon kemaafan jika perkara tersebut menyebabkan anda tersinggung.tapi bukan begitu yg kami maksudkan..dalam rawatan kami sangat berhati2 kerana pernah terjadi kami merawat kes lelaki memerlukan 10 orang untuk memegangnya.kerana kekuatan lelaki lebih kuat berbanding wanita bukan sebab faktor warna kulit atau bangsa atau agama..sebab disini kami merawat semua jenis bangsa antara yg pernah kami rawat orang mesir,jerman, cina, india, bangladesh dan lain2. lagipun pusat rawatan kami lebih menekankan konsep penggunaan bahan rawatan yang telah diterapi dengan 30x khatam al-Quran an doa2 mathur..sebab berdasarkan kajian kami bahan2 tersebut mampu merawat sistem darah dalam badan yang mana tempat laluan syaitan.itu sebab kami mengesyorkan menggunakan bahan rawatan tersebut.dan banyak testimoni kami yang sihat selepas menggunakannya dengan izin Allah.. dan terbaru kami lebih mengesyorkan pesakit tersebut mengikuti seminar yg kami adakan supaya boleh menjalankan rawatan sendiri. sampai bila kita nak harapkan orang merawat.?? apa2 pun kami memohon sekali lagi kemaafan atas kesulitan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz, saya nk tanya tentang penyakit anak saya iaitu muscular dystrophy...mengikut kata doktor penyakit ini tiada ubatnya dan berpunca dr genrtik..bollehkah ianya d rawat mengunakan surah al quran dan air penawar dlln.klau ada minta ustaz jelaskan dan apa yg patut saya lakukan. untuk pengetahuan ustaz ank saya skrang ni dah tk boleh berjalan.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

insyAllah Boleh.. tapi dia perlu dtg dahulu utk scan untuk memastkan penyakit tersebut.. jika dia tidak boleh berjalan.. ayah dan maknya perlu discan ganti kpada anak tadi dan bawa gambarnya sekali.. biasanya penyakut yg tidak boleh dirawat hospital insyallah kami boleh rawatnya

Tanpa Nama berkata...

askm wbt ustaz..saya sudah berusia hmpir 30 thn anak ketiga dari 4beradik..shingga kini blm msih berkahwin..jika berkawan lama pun dgn lelaki pasti akhirnya xjadi apa..pnah ingin bertunang lagi 10 hari tapi dibatal kerana lelaki yang 6thn bkawan sudah mmpunyai yg lain..saya buntu krn pnah mndapat rwatan trdisional utk mslah jdoh tapi masih berat juga..bukan saya saja kakak saya yg brusia 33thn juga masih blm bjodoh.kata ustz2 itu kami sklga di"buat" org..krn dengki/ktidakpuasan hati kpd ibu kami.apakah yg harus saya lakukan?sdgkan sy teramat2 ingin brumahtgga mmndangkan blm ada dlm klga yg bkawin sdgkan ibu bapa sy dah tua.trm ksh.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

datang ke pusat rawatan kami yg terdekat... insyAllah kami akan scan utk mengetahui penghalang tersebut.. biasanya jin tersebut duduk di kawasan muka dan mata anda...insyAllah dtg ke pusat rawatan kami... kami akan jelaskan lebih tepat..terima kasih

nor berkata...

salam,

memang buka hari sabtu je ke utk cawangan KL ni?

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

ye di sunway batu caves hanya di buka untuk hari sabtu sahaja....

Zainurul Haffiza berkata...

nk tanya ustaz

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..ustaz...sy igin bertanya..boleh ker sy datang untuk perubatan mendapatkan zuriat..ini kerana sudah 5 tahun sy menunggu untuk mengandung..terima kasih

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

boleh dtg utk scan dahulu.. sebab ada kes sebegini yg kami rawat ada yang dapat zuriat dgn izin Allah..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz,saya kamal,saya nak bertanya untuk mendapatkan rawatan yang berkaitan dengan gangguan seperti saka apa yang perlu saya bawa ketika saya datang ke Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ? dan berapakah caj keseluruhan rawatannya ?

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

utk kamal:
tak perlu bawa apa2. sebab semuanya kami sudah sediakann utk rawatan..kos rawatan pendaftaran + scan rm10...ubat yang paling mahal rm100

tanpa nama berkata berkata...

assalamualaikum:
saya surirumah dari kuala kangsar perak,anak saya mengalami sawan tarik dan baru-baru ini pada 22/2 dia mengalami sawan tarik di sekolah..dan dikejarkan ke hospital..ustaz..saya amat susah hati kerana dr umur dia 2tahun shgga skrg 8tahun sawannya sudah 6 kali terjadi..skrg doktor memberi ubat sawan iaitu sodium valproate untuk mngawal sawan dan ubat ini akan dimakan spanjang hayat..ustaz...dr info dlm intenet saya dapati ubat ini jika di amalkan akan effectnye pd hati..
ustaz...saya bhajat akan bjumpa ustaz pd cuti sklh bulan 3 ini...bagaimanakah cara ingin mbuat temujanji dahulu atau dtg terus ke pusat rawatan ini..
sekian terima kasih dan besar harapan saya smoga anak saya akan sihat seperti kanak-kanak lain...

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

sila hubungi 0135974593.. kerana b'hmpiran tempat anda

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz ... saya daripada ipoh. saya mempunyai anak lelaki berusia 10 tahun yang mengalami epilepsi ... sewaktu lahir dia normal tp semsa umur 1 thun lebih dia jatuh masuk longkang dan mengalami kecederaan di dahi dan dijahit ... mungkin juga mengalami gegaran di otak ... sehingga kini dia diberi ubat hospital sebanyak 4 jenis dengan dos yg tinggi namun epilepsi dia masih sukar dikawal. apakah epilepsi (sawan) boleh diubati? ada setengah tempat apabila dibawa berubat akan mengatakan anak saya ada gangguan saka ... apa pun ia, saya cuma berharap anak saya mampu sembuh dengan izin Allah S.W.T

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

boleh datang dahulu ke pusat rawatan kami yang terdekat.. setakat ni ramai pesakit sawan yang kami rwat.. dgn izin Allah sembuh. cuma kalau nak rawat mak dengan ayah budak tersebut perlu scan dahulu....

Tanpa Nama berkata...

salam..ustaz,abg saya mempunyai perangai yg lain semenjak kebelakangan ni.Dia seolah-olah hilang kasih syg terhadap anak2 (anak2 dgn bekas isterinya)..untuk makluman ustaz abg saya telah berkahwin lain (janda anak lima) semasa masih lg menjadi suami kpd bekas kakak ipar saya. Selepas bercerai dgn bekas isteri anak2 ditinggalkan di rumah mak saya (mak kandung beliau),tetapi skrg dia seolah2 di kawal isteri barunya,mak pun di abaikan,anak2 tak dikisahkan sedangkan dia sblm ni seorang ayah yg penyayang. Dia seolah2 tak menyenangi mak sy dan penah dia ceritakan pd sy isterinya ada berjumpa bomoh dgn membawa bajunya.Dia menjadi semakin panas baran skrg..bnyak kali sy pujuk supaya berubat tp dia tetap tak nak.Boleh ke ustaz sy pergi bersama mak saya tanpa dia untuk peringkat permulaan.Kami sekeluarga buntu mengenangkan sikap dia yang semakin hari semakin dingin dgn keluarga dan anak2..

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

boleh datang dahulu wakil pesakit tersebut.. kalau boleh bawa gambar dia sekali dan bekas isterinya

Tanpa Nama berkata...

Salam..ustaz, saya ingin bertanya mengenai masalah menyakit saya...saya tak tahu samaada skg saya masih mengalami gangguan ataupon tidak..saya sering mengalami angin dalam badan dan sendawa yg teruk..kepala saya terasa melayang-layang dan tidak ada rasa dan angin dalam badan mula keluar melalui sendawa.kalau muntah keluar angin..tangan dan kaki menjadi sejuk..pemikiran jadi tak tentu hala..adakah penyakit saya ini ada kaitan dengan gangguan..satu lagi masalah saya ialah, saya tidak boleh drive keseorangan..dan kalau duduk dalam kereta untuk kemana-mana saya rasa perasaan takut dan kepala terasa akan melayang-layang...saya cuba melawan perkara tersebut dengan berzikir setiap masa..Saya tidak tahu apa penyakit saya ini...sakit di bhgn bahu sudah lama ..xhilang2..kalau urut akan hilang atau ok sedikit...tp akan rasa sakit semula selepas itu, apabila kita tundukkan kepala akan rs sakit lagi...Kalau pergi ke klinik doc mesti ckp saya kena gastrik.Harap Ustaz dapat memberi penjelasan...

pijot berkata...

salam ustaz.. produk2 ni sy boleh beli tuk diberi pd seseorang tak tanpa datang ke pusat rawatan ustaz dulu? kawan sy penah cakap ada bende yg berada dalam badan dye.. Penawar Ruqyah = RM30
Mandian Ruqyah = RM40
Minyak Ruqyah = Rm30

hyungzyra.blogspot.com berkata...

assalamualaikum ustaz, 30 april 12 nie sy dan keluarga ingin mendapatkan rawatan dipusat rawatan ini.. saya harap ustaz ada pada 30aribulan itu sb kami dtng dari peneng semata2 untuk mendapatkan rawatan tersebut..

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

untuk : hyungzyra.blogspot.com
pada 30.4 ni tiada rawatan di penang sila lihat kalander di bawah.. untuk melihat jadual rawatan..

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

utk pijot
boleh.. memang kaedah rawatan darul ruqiyyah banyak menggunakan bahan rawatan..cuma kalau boleh beli cd ruqyah sekali.. untk ganti jampi di pusat rawatan

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

untuk yang pesakit masalah angin tersebut.. sila dtg ke pusat rawatan utk scanning dahulu utk memastikan adakah anda ada diganggu atau tidak.. tapi kebiasaannya kalau doktor tidak dapat mengesan penyakit tersebut berkaitan dgn gangguan makhluk halus

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz.
saya aima tengah berpantang dirumah mak di subang.saya menetap dijohor.
masa saya mengandung,saya selalu sesak nafas samapai kehospitalbuat full checkup jantung tak ada masalah langsung..
saya buntu dapat ustaz jelaskan..
terima kaseh.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz...Adik saya telah mengalami penyakit gangguan mental ini selama 12 tahun.Dia hanya bergantung kepada ubat-ubatan hospital.Bolehkan dia disembuhkan tanpa memakan ubat sepanjang hidupnya. Dia telah mendapatkan rawatan daripada ustaz untuk kali pertama.Bagaimana kita hendak mengetahui perubahan pada dirinya kerana dia masih lagi memakan ubat penenang.

Tanpa Nama berkata...

Salam, Ustaz. Adik p'puan sy brumur 19thn berkawan dgn seorg lelaki berumur 50+. Adik sy tidak hiraukan lngsung keluarga kerana sibuk berkepit dgn lelaki tu. Ibu sy setiap hari menangis dihdpn dia, tp dia lngsung tak hirau mcm tak ada apa yg brlaku. Bila kita jumpa org tua tu, dia ckp, tak nak adik saya hanyut di tangan org lain. Apa ni? Masalahnya, nak bwk adik saya berubat mmg susah sgt. Ada di rumah pun jarang. Balik tak balik langsung tak peduli. Blh ke dtng berubat tanpa dia? Tlg la beri cara utk settlekan hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz , boleh dikatakan saya mengalami sakit kepala setiap hari berlarutan hingga ke hri ini .dan sy akan mengambil panadol lebih kurang 4bji untuk hilangkan nya . tetapi sakitnya juga tidak hilang . sy juga sukar tidur dan hati sentiasa gelisah . untuk pengetahuan ustaz, sebelum masuk blan ramdhan lepas , 2,3 malam badan sy ditindih . Sekarang, sy berasa susah hati . Disebabkan sentiasa sakit kepala dan masalah yg sy ceritakan . ia mungkin menjejaskan pembelajaran sy . Sy harap ustaz dpt bantu , terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..sy nak tanya,bulan puase yg lepas sy ade mimpi buaya putih besar dalam rumah dekat ruang tamu tapi dia tak gigit pun..sy nampak dalam mimpi tu mak sy boleh sentuh dan pegang dia..lepas tu sy ade mimpi lagi satu makhluk binatang besar warne putih jugak de ekor penuh dengan lumpur putih kelabu jatuh dari atas syiling rumah sy..sy saksikan sendiri dalam rumah sy depan mate dan dalam mimpi tu sy berasa takut tapi sy tak lari pun..tak tau kenape..mohon pendapat ustaz ye..wslm..

Tanpa Nama berkata...

baru-baru ini ibu saya mengalami sakit dalam perut dan tidak datang haid sudah hampir 4 bulan . ibu saya sudah pergi berubat dan diberitahu ada sesuatu yang menganggu ibu saya . saya ingin tahu bagaimanakah caranya hendak tahu adakah ibu saya masih mengalami gangguan itu.. sekian terima kasih. assalamualaikum :)

Tanpa Nama berkata...

as salam ustaz..saya mengalami ganguan tidak datang haid sejak tahun 2011 lg kerana ada cyst di bhgn ovari kiri tp saiz cuma 3cm dan Dr kata tak bahaya...oleh kerana itu haid saya tergangu dan sekarang sudah 3 bulan tak datang haid...ada pilihan rawatan utk saya?selain itu ustaz saya mengalami ganguan hormon, fikiran tergangu dan mengalami masalah dengan suami..terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz sy nk bertanya,adk sy berumur 13thn seorang sindrom down+hyperaktif, hr2 adk sy akan diberi ubt penenang..ada waktunya adk sy akn jadi nakal sgt..adk sy susah nk dibawa berjalan-jalan kerana die nakal?? adakah nie satu gangguan makhluk halus??? ada cwngan kt johor x??

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum ustaz. Minggu sudah saya menonton WHI TV3 dan ustaz menyatakan bahawa sebarang masalah boleh di sms terlebih dahulu untuk menentukan sesuatu penyakit tersebut. Saya telah pun sms ke ustaz beberapa kali, namun saya faham kerana kesibukan dan tiada kelapangan, ustaz tidak membalas. Di sini saya ingin bertanya sekali lagi. Adik ipar saya, seperti orang yang tidak sedar, telah berkahwin dengan seorang lelaki yang mulanya mengatakan tidak akan berkahwin dengannya. Jodoh itu ketentuan Allah. kami dapat tahu lelaki tersebut berkahwin kerana ada niat tidak baik. kami serahkan saja pada Allah. cuma saya kesian adik ipar saya ini seperti lembu dicucuk hidung, bekerja mencari duit sedangkan si suami duduk sahaja mengarah. Ramai di kalangan keluarga tahu latarbelakang si suami ini yang kurang elok, tetapi mereka tidak berani berterus terang kerana bapa mertua saya sakit jantung. Saya tidak dapat membawa mereka ke tempat ustaz, sehingga saya benar-benar dapat buktikan pada suami saya tentan adiknya. ustaz dapat tak bantu tengok dari tmpt ustaz terlebh dahulu. sekiranya ustaz perlukan nama, saya hanya boleh sms agar tidak tersiar nama di laman ini. Kini bapa mertua saya pula, tak dapat tidur malam dan kakinya sentiasa bisa. saya berharap benar jawapan ustaz. dan akan menyusul ke tempat ustaz bila terbukti ada yang tak kena pada keluarga saya. tk ustaz. assalamu'alaikum.

Cheiz D Alves berkata...

Assalamualaikum Ustaz, nama saya Hafiz dari Klang. Saya nak bertanya pasal ibu saya, dalam masa hampir sebulan ni, ibu saya boleh dikatakan hari-hari akan rase sakit kepala yang teramat kuat sampai ke belakang dan tengkuk menyebabkan dia xboleh tidur waktu malam. Sewaktu tidur, ibu saya akan merasa badan dia sangat panas dari kepala sampai ke pinggang tapi dari pinggang sampai ke kaki, dia akan rase sejuk, dalam badan dia akan rase seperti menggigil dan sendi-sendi badan akan terasa sakit serta dia akan merasa susah nak bernafas. Sekarang ni boleh dikatekan ibu saya ni terasa sangat lemah.
Untuk pengetahuan ustaz, sebenarnye ibu saya ni ada penyakit buah pinggang mengecut (bukan diabetis), bacaan Creatinine dan Uric acid sangat tinggi walhal ibu saya memang jenis menjaga makan dan ikut arahan doktor. Buat masa ini, untuk penyakit tu, ibu saya sedang menjalani perubatan di Pusat Rawatan Al-Hidayah kendalian saudara Ashraff Muslim di Setiawangsa. Untuk perubatan itu, ibu saya kena mengamalkan ayat-ayat Quran selepas waktu solat Subuh dan Maghrib. Tapi bila mak saya dah kena sakit kepala yg kuat ni, dia dah xdapat melakukannya sebab bila dia nak baca, urat mata dia akan terasa sangat sakit hingga boleh menyebabkan matanye tiba-tiba tak nampak apa-apa.
Harap ustaz dapat memberi nasihat atas keadaan ibu saya ni. Terima kasih. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum ustaz...

1) Sejarah keluarga saya mempunyai saka yang mana baru je kami ketahui, dari tok tok nenek semuanya dan tidak pula diketahui saya ni generasi keberapa. 2 bulan lepas ada seorang ustaz yang datang bertandang ke rumah emak saudara saya telah scan dan mengatakan 14 beradik (ibu saya ada 14 beradik) semuanya ada saka & tidak mustahil anak2 cucu pun mempunyai saka juga. Ustaz tersebut menggunakan kayu yang diletakkan di jari kaki untuk scan makluk halus. Saya bercadang untuk membawa ibu saya datang berubat bagi mengetahui kesahihan samada ada atau tidak saka yang dimaksudkan.

2) 15 tahun yang lalu, sewaktu kami pulang ke kampung di alor setaq, bapa saya tetiba jadi tak ingat dan kemudian jadi macam orang tua dan mula bercerita mengenai sepupu saya yang kerasukkan etc (pulang ke kampung waktu itu untuk melihat sepupu saya yang kerasukkan)...lagak bapa saya seperti orang tua dan 'orang tua' tersebut menggelarkan diri 'TOK'...selepas dari kejadian itu, banyak kali juga bapa saya mengalami kejadian tersebut. Waktu bapa saya jadi 'TOK', beliau minta air dan dijampi2 dalam bekas air tersebut. Tidak ada kemenyan atau etc...hanya menggunakan air sahaja. Pernah satu ketika waktu bapa saya jadi 'TOK', dia meminta ibu saya menyediakan satu bilik yang semuanya putih untuk dia berubat. Tapi kami tidak mngindahkan permintaan tersebut kerana kami takut dan lama kelamaan ianya hilang. Sekali sekala sahaja jika ada masalah makluk halus 'TOK' tu akan datang melaului bapa saya. Kami adik beradik dari dulu sampai sekarang masih tertanya-tanya dari manakah datangnya 'TOK' tersebut & adakah ini baik atau tidak. Saya bercadang ingin membawa bapa saya datang ke Pusat Rawatan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz .... pagi tadi sy bermimpi melahirkan seorg baby perempuan..kecil n comel(masih ingat lagi muka dia)... waktu mimpi 6.45am - 7.45am(sy tersedar n tgk jam dan tidor balik).... sy dgr kalau mimpi baby ... ada ada berkaitan dgn saka... tp saya bermimpi hari dah siang ...@ adakah sbb nak baby (sy dah ada anak 2)..sbb tu saya termimpi2....

Dan akhir2 ni sy malas betul solat dan sebagainya ... adakah ia berpunca dari gangguan atau dari diri sy sendiri ..... perlukah sy pergi scan (masalah sikit sbb suami sy x percaya benda2 ni)...

Mohon ustaz beri penjelasan dan apa yg patut sy buat...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum ustaz.... sy ada seorg anak lelaki usia nya masuk 6 thn... masalah nya dia mengidap sindrom autisme... dpt kiranya ustaz menbantu serba sedikit ttg rawatan dan pandangan serta jika ada ubat yg sesuai utk di berikan pd anak sy... sekian terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz,kebelakangan ni sy mudah mrah
bile marah,saya tak ingat apa2
satu lagi,kos rawatan nya macam mn?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz,

Kedua2 dalam lubang telinga saya terasa begitu sakit dan kini ianya sentiasa berdesing dan berdenggung. Malahan menyebabkan saya sakit kepada taramat sangat. Saya telah pergi ke hospital jalani xray dan ujian darah tapi keputusannya tiada apa-apa.

Selain itu juga, saya juga mempunyai tulang belakang bengkok S yang dikenali sebagai skoliosis.

Bolehkah kedua-dua penyakit saya diubati?

019-6806499 Melaka

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz..saya telah berkahwin selama 4 tahun dgn lelaki yg sgt baik. Dr awal perkahwinan, abg ipar dan kakak saya sptnya tidak menyukai suami saya yg merupakan seorang duda kematian isteri dan tdk mempunyai anak. Saya menerima suami dgn seikhlasnya krn ALLAH. Hidup kami bahagia lbh2 lg dikurniakan anak stlh 1 tahun usia perkahwinan. Masalah timbul a/p kakak dan abg ipar sentiasa membuat kenyataan yg bkn2 ttg suami saya. Katanya suami ada saka dan di rumah kami ada 2 ekor jin yg mengganggu. Kerana itu suami dan arwah kekak tdk mempunyai anak stlh 10 tahun berkahwin. Setelah saya di kurniakan anak, di katakan pula saya susah dan sengsara bila melahirkan anak. Di suruhnya saya cari org yg boleh membuang saka (jin) itu. Namun kuasa Allah, saya melahirkan dgn mudah dan tidak menanggung sakit yg lama. Apa salah suami saya pd mrk sy tdk tahu. Saya terkilan dgn sikap kakak dan kasihankan suami yg byk membantu kluarga saya yg susah stlh saya berhenti kerja. Suami saya seorg yg bertanggungjwb dan saya senang dgn sikapnya yg pentingkan silaturrahim sesama saudara & kwn2. Apa yg dikata oleh kakak tdk pernah saya ceritakan pada suami. Di rumah kami tinggal bertiga spt biasa dan tiada apa2 gangguan. Namun rasa takut kadangkala dtg bila di ganggu dgn kata2 kakak. Dari waktu maghrib ke mlm hari saya rasa malas dan takut utk bersolat a/p suami bekerja shif mlm. saya nak hidup tenang ustaz...Saya ingin tahu apakah benar kata2 kakak dan abg ipar memandangkan mrk tdk pernah ke rumah saya? Utk pengetahun ustaz, abg ipar adalah seorg ahli pengamalperubatan tradisional JABALNUR. Dia percaya pd wali2 Allah yg turut membantunya membuang saka dgn cara menurun. Kluarga saya tidak percaya dgn rawatannya dan nampak dia juga tdk blh terima pandangan kami. Harap ustaz dpt membantu apakah yg terjadi sbnrnya??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Ustaz..saya Berumur 28 tahun dan masih belum bertemu dgn jodoh saya..Saudara dan sepupu2 saya byk kali kenalkan saya dgn beberapa org lelaki tapi saya rasa mereka seolah2 susah dan tidak mahu berkawan dan berkenalan dgn saya...saya xpasti mereka takut atau x berminat dgn saya..bila tiada lelaki yg ingin berkawan dgn saya, macamana saya nk berjumpa n berusaha utk dapatkan jodoh saya..kalau saya nk check samada saya ni ada benda yang jadi penghalang jodoh utk saya boleh ke? Minta bantuan dari Ustaz..Harap maklum..

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Ustaz boleh kupas tak pasal duit sukarno, sebab famous dalam youtube
yang mana duit tue akan bergulung ketika di telapak tangan..atau pada wap air panas. Kerana saya yakin, ia disebabkan oleh Jinn atau bahan kimia. Saya juga risau, kerana makin ramai yg mempercayai kesaktiannya,hingga sanggup dijadikannya sebagai pelaris perniagaan. di sini saya sertakan link youtube
( http://www.youtube.com/watch?v=dbN4oSh35XI) Saya juga risau kerana abang saya sendiri amat taksub dengannya.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM USTAZ...KALAU NK DICERITA PANJANG MASAALAH SAYA...ADA USTAZ YANG MERAWAT DIKAWASAN SHAH ALAM????HAMBA PERLUKAN PERTOLONGAN....

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz......
saya nurul berumur 19 tahun , mnetap di kota damansara ,
kebelakangan ni , saya sering mengalami gejala2 susah tdur malam , sering brmimpi jatuh dari tmpat yg tggi smpai trsentak dri tdur . brmmpi yg bkan2 . sering mngeluarkan angin , skit2 bdan . bnyak jgak laa tanda2 terkna gangguan yg brlaku pada diri saya . sy takthu nak ckap mcm mna , sy bila mmikirkannya sering rasa takut2 , brdebar2 , was2 . sy cuba cari rawatan yg trbaik bgi diri sy . sbb sy rsau jgak kalau2 betul selama ni sy sbnarnya dganggu . jadi apa perlu sy lakukan skrg ni ? kadang2 sy rasa org sekeliling sy serimg mngata psal diri sy , mereka mcm mnyangka sy mlakukan amaln khurafat , sprti ilmu pengasih atau sbgainya .. kdang2 mereka mcm takut brckap dgn sy , takut sy marah atau trasa hati . sy tnya mreka , mreka ckap tiada , tpi sy ttp rse mcm ada ssuatu dlm diri sy .. bantulaa sayaa . sy prlukan pnjelasan dn pnyelesaian yg sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

My spouse and I absolutely love your blog and find most of your
post's to be exactly I'm looking for. Would you offer guest
writers to write content available for you? I wouldn't mind creating a post or elaborating on some of the subjects you write about here. Again, awesome blog! Dalej, http://www.neumaband.pl/ksiega-gosci/

Tanpa Nama berkata...

Hello friends, how is all, and what you would like to say about this piece of writing, in my
view its really remarkable for me. więcej - link,
http://todayhub.com/micronet/index.php/gregg4944

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum ustaz,saya nak bertanya..adik saya OKU, dia mengalami gangguan makhluk halus ,setiap maghrib akan meracau ,setiap masa nak makan ,saya ada bawa ke pusat rawatan lain yang mengatakan adik saya mempunyai saka harimau..saya pun tak pasti tentang perubatan cara batin ni sehingga lah hari ini pun masih berlaku...kalau saya bawa adik ke DR berapakah kos rawatannya?harap ustaz dapat membantu.

Tanpa Nama berkata...

as salam nk tanye rawatan hanya hr sabtu sahaja...x ramai org ker?datang kali pertama hanya scan sahaja?

Natasha Ariff berkata...

Assalammualaikum Ustad,

Saya seorg pesakit kronik...buah pinggang...saya kena sakit nie sudah 9 tahun.. Tetapi ustad,sejak saya kena sakit buah pinggang ini saya selalu tidak boleh tidur malam,sesak nafas..baru2 ini saya ada cuba berubat dgn satu ustad berubat cara perubatan islam...tapi selepas 2 kali saya berubat ...saya mngalami keadaan yg teruk hingga saya tidak mampu berjalan tanpa dipapah,tulang belakang n bahagian pinggang saya teramat berat...dan baru ini say dapat tahu ustad yg mngubati saybitu tidak sihat lg..dan dienpun mngalami kesukaran utk berjalan....say dah buntu ustad...selama 9 tahun dah pelbagai tempat saybpergi utk berubat tapi masih tidak bertemu jodoh yg sesuai....Harap ustad dapat membantu saya....tq

Tanpa Nama berkata...

salam. saya ingin brtanya. sy mmpunyai sowg pkcik yg mghidapi strok. pnykit yg dialaminye scara tiba2 dan sy brfkir mgkin dy dgnggu oleh mkhluk halus. doktor mmberithu pkcik sy okeh shje apabila dicheckup dan tiada masalah kesihatan. skang keadaannya brtmbah teruk shingga mnjdi seorang pelupa dan dianggap seperti orang gila dgn perlakuannya. apakah pnykitnya bileh diubati atau tidak? saya sedih dgn keadaannya. mengurut kampung tidak menghasilkn perubahan yg baik.

Tanpa Nama berkata...

kat pusat ni ada jual air zam zam tak ?

Tanpa Nama berkata...

Nama sy izwan.dlu sy pernah pergi berubt tnpa mngunakan bahan bahan syirik.dikatakan seorng wanita buat ubt pd sy dan dlm bdn sy ada roh perempuan rambutnya smpai lantai.kisah itu dr thun 2012 dan smpai skrng sy blum membuangnya. Tlg sy 0174300837.izwab.wslm

azirizan abdullah berkata...

Assalammualaikum ustaz,saya azri ingin bertanya.Isteri saya perut semakin lama semakin membesar.p check kat hospital dah berulang kali tp result still normal,first suspect haipetitis and then after check darah normal,scan n e-xray confirm x pregnant,barah pun xde cuma doktor bagitaw ade kesan air jer.Dah banyak tempat pusat rawatan islam saya pergi dan Setiap kali p berubat kat pusat rawatan islam penyakit still lg tidak berkurangan.Perut semakin hari semakin bengkak dan sakit.Tolonglah ustaz..saya dah buntu. azirizan.abdullah82@gmail.com

azirizan abdullah berkata...

Assalammualaikum ustaz,saya azri ingin bertanya.Isteri saya perut semakin lama semakin membesar.p check kat hospital dah berulang kali tp result still normal,first suspect haipetitis and then after check darah normal,scan n e-xray confirm x pregnant,barah pun xde cuma doktor bagitaw ade kesan air jer.Dah banyak tempat pusat rawatan islam saya pergi dan Setiap kali p berubat kat pusat rawatan islam penyakit still lg tidak berkurangan.Perut semakin hari semakin bengkak dan sakit.Tolonglah ustaz..saya dah buntu. azirizan.abdullah82@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini