Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi
Memaparkan catatan dengan label Tanya ustaz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanya ustaz. Papar semua catatan

Pengijazahan Ayat-Ayat Ruqyah Yang Pertama Di Kedah


 SILA KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MAKLUMATLEBIH JELAS

Seminar Perubatan IslamTermurah Di ABAD INI..........
SEPARUH SESI RM100 =RM30
KESEMUA SESI RM200 =RM50 

PENDAFTARAN ADALAH SANGAT TERHAD. JOM DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT...!!!!

TERKINI : hampir 60 ORANG  sudah mendaftar 
Tentatif Program :-

Baca Seterusnya.. »

Kuliah Percuma


KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT MENGIKUTI KULIAH PERUBATAN. BOLEH TERUS DATANG KE PUSAT RAWATAN DARUL RUQYAH DI SUNWAY BATU CAVES SETIAP SABTU JAM 9.00 
 PERCUMA

Baca Seterusnya.. »

Prosedur Rawatan

Baca Seterusnya.. »

Info berkenaan Pukau

1) Dimana boleh saya membeli minyak kasturi putih ?
Boleh dibeli di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah. Terdapat juga di tempat lain namun keasliannya perlu diteliti terlebih dahulu kerana terdapat minyak kasturi tiruan atau tidak asli.

2) Berapa harga minyak kasturi putih?
Sekitar RM40-50. Di PRIDR harganya RM50

3) Semasa memkainya adakah membaca apa-apa?
Al Fatihah, selawat dan ayatul Kursi.

4) Perubatan pukau menggunakan limau, adakah tertakluk kepada limau kasturi / nipis / purut ?
Tidak tertakluk pada benda, hanya usaha dan ikhtiar.

5) Mengapa perubatan tradisional banyak menggunakan limau?
Sifat limau dapat membantu menyakitkan tubuh jin.

6) Bagaimana limau bekerja dengan bantuan Allah untuk mengubati sesuatu penyakit. Adakah dimaklumkan dalam Al-Quran?
Khasiat limau itu sendiri namun tiada dalil dalam Al-Quran. Namun segala yang diciptakan oleh Allah pasti ada kelebihannya dan tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia.

7) Ciri-ciri orang yang ada ilmu pukau?
Orang yang mengamalkan ilmu pukau biasanya tidak mampu merenung mata orang lain secara langsung.

8) Baru-baru ini kehilangan barangan yang berharga dalam rumah tanpa dimasuki pencuri. Tiada seorang pun ahli rumah yang mengakui mengambil barang tersebut dan pencarian barang di rumah telah di buat namun tidak jumpa. Bagaimana boleh membantu masaalah mengetahui kedudukan barang tersebut dan siapa yang mengambilnya.
Solat hajat dan bacaan yasin secara berjemaah (sekeluarga).

DR : Sejak tajuk ‘Pukau Moden’ dalam Wanita Hari Ini disiarkan, ramai yang bertanyakan mengenai minyak kasturi tersebut. Cuma pesanan kami, janganlah bergantung pada sesuatu benda semata-mata kerana benda ini hanyalah wasilah/asbab sahaja tetapi keyakinan dan pergantungan kita hanyalah pada Allah. Ayat Al-Quran sebaik-baik syifa’ (penyembuh).

Baca Seterusnya.. »

Soal Jawab SAKA Siri 1

Kami mendapat pelbagai soalan berkenaan saka. Secara ringkas, jawapannya adalah seperti berikut :

1. Apa itu saka?
=> Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang daripada keturunannya.

2. Dari manakah asal usul saka?
=> Saka adalah berkait rapat dengan jin. Kerana jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. Jin tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Dalam masyrakat Melayu, jin-jin ini dikenali dengan nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan pelbagai nama lagi. Namun hakikatnya sama iaitu makhluk Allah yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

3. Adakah dalil yang menceritakan mengenai saka ini?
=> Bentuk persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk khadam ini yang akhirnya boleh diperturunkan antara satu keturunan ke satu keturunan dan dari satu generasi ke satu generasi dinyatakan di dalam Al Quran. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud:

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindunagn (1523) kepada beberapa orang lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

(1523) Ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, maka mereka minta perlindungankepada jin yang mereka anggap berkuasa di tempat itu.
( Surah Al-Jin 72:6)

6. Tanda-tanda seseorang mempunyai saka?
=> Klik sini

7. Saya mempunyai kebolehan mengubat orang secara semulajadi. Adakah ini satu anugerah atau bagaimana?
=> Secara umumnya orang-orang yang memiliki saka akan mempunyai kepandaian kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariatnya. Antaranya :
  • Kebanyakan mempunyai kebolehan berubat dengan kaedah 'menurun'. Bentuknya adalah jin terebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar para waliyullah dan orang-orang soleh. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka. Sesungguhnya syaitan bis amenyerupai sesiapa sahaja kecuali Sayyiduna Rasulillah SAW.b.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang tidak dapat diketahui atau difahami maksudnya.
  • Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
8. Apa yang perlu dilakukan apabila memiliki saka?
=> Saka perlulah dibuang kerana ia melibatkan keturunan. Selagi tidak dibuang, ia akan diwarisi kepada generasi seterusnya sama ada secara diketahui ataupun tidak.

9. Boleh nyatakan kesan/akibat jika memiliki saka?
=> Banyak antaranya :
  • Sukar untuk mendapat anak
  • Penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden
  • Kehidupan tidak ceria dan sentiasa tegang
  • Anak cucu suka melawan cakap ibu bapa
  • Banyak perkara ganjil berlaku dalam kehidupan
11. Adakah saka yang baik atau boleh dimiliki?
=> Sebenarnya tidak terdapat pun sebarang saka yang baik. Walaupun ia berkaitan dengan kebolehan mengubat yang diwarisi secara keturunan. Kebolehan ini terus terang membawa keburukan kerana campur tangan jin dan perbuatan syirik yang bercanggah dengan syariat Islam. Sesungguhnya, di dalam Islam, "matlamat tidak menghalalkan cara". Justeru tiada istilah saka yang baik dan boleh dimiliki.

*** Jawapan di atas diambil daripada kertas kerja Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Suhaimi At-Tobibi sendiri.

DR : Untuk penerangan lebih terperinci, boleh mengikuti SEMINAR PERUBATAN ISLAM yang akan dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah (PRI DR). Klik sini.

Baca Seterusnya.. »

Nak tahu tentang SAKA???

Memandangkan pelbagai soalan diajukan mengenai saka dan kurangnya sumber yang boleh dijadikan rujukan, maka pihak kami mengambil inisiatif dengan memberi peluang kepada semua pengunjung untuk mengajukan pelbagai soalan mengenai SAKA. Semua soalan yang diajukan akan dijawab oleh Ustaz Suhaimi b Rozali, pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah. Semua soalan perlulah ditulis pada 'ULASAN' di bawah artikel ini dan akan dimaklumkan jawapannya di dalam blog ini juga. Insyaallah. Harap maklum.

Baca Seterusnya.. »

Tanda-tanda Gangguan


Bagaimanakah saya ingin tahu bahawa saya telah mengalami gangguan? Apakah simptom atau tanda-tandanya?

Ketika Tidur

  • Susah tidur
  • Mudah terjaga malam
  • Mimpi binatang berbisa seperti ular, singa, unta dll
  • Ketawa, menangis, menjerit, bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • Mimpi jatuh tempat tinggi
  • Melihat benda tajam
  • Mimpi melihat budak kecil (bayi)
  • Mimpi salib atau paderi
Ketika Jaga
  • Lesu, malas, hilang semangat
  • Sesak nafas, gila
  • Lenguh sendi-sendi utama
  • Ketumbuhan (cancer)
  • Selalu mengantuk
  • Mudah marah, hilang darah
  • Agresif dan bertindak liar
DR : Sekiranya terdapat tanda-tanda berikut, segeralah ke Pusat Rawatan untuk pemeriksaan selanjutnya

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

sebarang komen sila tinggalkan nama samaran. 

Baca Seterusnya.. »

PERHATIAN


KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN DI PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

Kami memohon kepada sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan atau ada apa-apa masalah, sila smskan atau menghantar email masalah anda kepada kami. Kami akan cuba membantu anda.

Baca Seterusnya.. »

Rawatan melalui wahyu

Apa itu rawatan melalui wahyu?

Kaedah rawatan melalui wahyu adalah satu kaedah yang terbaik kepada umat Islam khususnya orang-orang yang beriman. Kaedah rawatan wahyu bermaksud kaedah yang hanya diambil melalui apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Kaedah rawatan ini memerlukan kepada beberapa kriteria tertentu:-

1. Iman yang mantap
2. Menepati Syarak
3. Keikhlasan
4. Gabungan perawat dan pesakit.

Kaedah Pertama (Ruqiyah)

Melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa mathurat.

Kaedah Kedua (Melalui Bahan)

1. Madu
2. Air zam-zam
3. Habdatussaudak
4. Bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan

Kaedah Ketiga (Solat-solat sunat)

1.Solat berjemaah
2. Solat taubat
3.Solat hajat
4.Solat tasbih
5.Solat tahajjud
6.Solat Dhuha
7.Solat Witir

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini