Boleh dibeli di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah. Terdapat juga di tempat lain namun keasliannya perlu diteliti terlebih dahulu kerana terdapat minyak kasturi tiruan atau tidak asli.
2) Berapa harga minyak kasturi putih?
Sekitar RM40-50. Di PRIDR harganya RM50
3) Semasa memkainya adakah membaca apa-apa?
Al Fatihah, selawat dan ayatul Kursi.
4) Perubatan pukau menggunakan limau, adakah tertakluk kepada limau kasturi / nipis / purut ?
Tidak tertakluk pada benda, hanya usaha dan ikhtiar.
5) Mengapa perubatan tradisional banyak menggunakan limau?
Sifat limau dapat membantu menyakitkan tubuh jin.
6) Bagaimana limau bekerja dengan bantuan Allah untuk mengubati sesuatu penyakit. Adakah dimaklumkan dalam Al-Quran?
Khasiat limau itu sendiri namun tiada dalil dalam Al-Quran. Namun segala yang diciptakan oleh Allah pasti ada kelebihannya dan tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia.
7) Ciri-ciri orang yang ada ilmu pukau?
Orang yang mengamalkan ilmu pukau biasanya tidak mampu merenung mata orang lain secara langsung.
8) Baru-baru ini kehilangan barangan yang berharga dalam rumah tanpa dimasuki pencuri. Tiada seorang pun ahli rumah yang mengakui mengambil barang tersebut dan pencarian barang di rumah telah di buat namun tidak jumpa. Bagaimana boleh membantu masaalah mengetahui kedudukan barang tersebut dan siapa yang mengambilnya.
Solat hajat dan bacaan yasin secara berjemaah (sekeluarga).
DR : Sejak tajuk ‘Pukau Moden’ dalam Wanita Hari Ini disiarkan, ramai yang bertanyakan mengenai minyak kasturi tersebut. Cuma pesanan kami, janganlah bergantung pada sesuatu benda semata-mata kerana benda ini hanyalah wasilah/asbab sahaja tetapi keyakinan dan pergantungan kita hanyalah pada Allah. Ayat Al-Quran sebaik-baik syifa’ (penyembuh).
Catat Ulasan
7 comments:
Assalamualaikum Ustaz,
saya dari Sabah nak tanya sikit....
sejak akhir-akhir ni badan saya terasa semacam seperti lemas dan tak bertenaga, tak berselera untuk makan, sehinggakan untuk buat kerja rumah pun tidak ada mood...dan ketika dalam solat badan saya macam terasa seperti pegal-pegal dan rasa nak pitam (nak pitam mungkin kerana tidak makan)......dan saya selalu memikirkan pasal kematian (selalu fikir yg ajal saya dah sampai) dan ini membuatkan saya lemah dan kecut perut.....
saya nak tanya adakah saya telah dikenakan oleh perbuatan orang atau dalam badan saya telah dihuni oleh syaitan yg direjam......? ASAP Ustaz
SUE (sueanas77@yahoo.com.my)
adakah anda mempunyai tanda-tanda gangguan
http://darulruqiyyah.blogspot.com/2010/03/tanda-tanda-gangguan.html
jika ada terdapat tanda2 tersebut anda mungkin sedang diganggu. jin apabila duduk di dalam badan manusia akan menyebabkan penyakit2 fizikal antaranya migrain, kanser, ketumbuhan dan sebagainya
(feedback dari SUE)
Ya dan tanda-tand seperti di bawah ada pada saya.....
Ketika Tidur
Mudah terjaga malam
Mimpi binatang berbisa seperti ular,
bunyi gigi berlaga ketika tidur
Mimpi jatuh tempat tinggi
Ketika Jaga
Lesu, malas, hilang semangat
Sesak nafas (kadang-kadang)
Lenguh sendi-sendi utama
Selalu mengantuk
Mudah marah
dan untuk pengetahuan ustaz saya ada penyakit TB Kelenjar tetapi setelah pengambilan ubat TB bengkak dibahagian leher tersebut telah surut, tapi saya telah berhenti makan ubat disebabkan daya selera yang ketara sangat..ini kerana ubat tersebut diambil ketika perut kosong.....
dan keadaan ini juga berlaku kepada suami saya.....
minta tolong nasihat dari ustaz apa yang perlu kami lakukan
terima kasih.....
anda mungkin diganggu.. jalan terbaik adalah mendapatkan rawatan dengan kadar segera supaya sel kanser tidak aktif dalam badan..
As'salam ustaz, saya teringin juga berubat dengan ustaz tapi saya tidak berkemampuan dan jarak kita adalah sangat jauh....saya adalah dari Tawau, Sabah....adakah alternatif lain yang perlu saya usahakan?
SUE
boleh mengamalkan kaedah zikir yang kami sediakan di dalam blog ini..
(feedback dari SUE)
terima kasih ustaz atas nasihat dan penerangan...insyaAllah saya akan mengamalkan zikir-zikir tersebut....