• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Ruqyah penawar gangguan











GELAGAT orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan menyambut kedatangan penulis ke Pusat Rawatan Darul Ruqyah, Sunway Batu Caves petang Jumaat itu. Walaupun hujan lebat di luar, semua itu tidak mengganggu penantian mereka, malah bilangan yang baru datang tetap bertambah. Semuanya dengan hajat yang sama - mencuba perubatan yang semakin menjadi sebutan ramai itu.







Pelbagai gaya dan ragam, ada yang membawa anak kecil dan ada juga yang kelihatan seperti sihat-sihat sahaja.
"Bulan puasa kurang sikit pengunjung. Kalau tidak, boleh mencecah 200 orang untuk tempoh dari pukul 3 hingga 10 malam. Mungkin syaitan dah banyak kena ikat, jadi gangguan pun kurang," seloroh Mohd. Suhaimi Rohani@Rozali memulakan perbualan.
Kebiasaannya, kata beliau, pesakit yang mendapatkan rawatan di situ mengalami gangguan makhluk halus seperti saka, sihir, santau, histeria dan juga gangguan psikologi seperti gila. Tidak terkecuali mereka yang mengalami sakit fizikal seperti diabetis, darah tinggi, jantung tersumbat, kanser, sawan dan pelbagai lagi. 

Beliau yang mesra disapa Ustaz Suhaimi berkata, biasanya pesakit menjadikan Darul Ruqyah sebagai destinasi terakhir berikhtiar sekiranya gagal sembuh dengan rawatan moden atau alternatif lain. Menurutnya, keadaan itu lebih memudahkan rawatan kerana pesakit biasanya sedar dengan penyakit yang dialami.
Kaedah ruqyah jelasnya menggunakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan ia memerlukan pesakit menjalani proses imbasan yang dilakukan pengamal perubatan bagi menentukan sama ada mereka mengalami gangguan atau tidak.
"Biasanya kalau seseorang itu mempunyai gangguan yang teruk seperti saka, dia akan mengalami histeria dan menjerit-jerit sejurus dilakukan imbasan," kata Ustaz Suhaimi yang berasal dari Pendang, Kedah.
Sebenarnya dalam perubatan Islam katanya, sebarang penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus dalam darah kita. Penyakit ini katanya tidak akan hilang dan ia hanya boleh diredakan melalui amalan dan ibadat. Namun begitu, ia tetap diwarisi kepada anak cucu pesakit kelak.
"Kalau kita fahami penyakit keturunan seperti talasemia, begitu juga dengan masalah gangguan dari segi perubatan Islam. Cuma untuk memberi penerangan yang lebih jelas agak sukar," katanya.
Kata Ustaz Suhaimi lagi, untuk mengenal pasti seseorang itu mengalami gangguan sebenarnya tidak sukar. Kebiasaannya individu tersebut cepat marah, lesu, letih manakala bagi wanita pula tanda-tanda seperti masalah haid yang tidak teratur.
Mantera
Penawar ruqyah kata Ustaz Suhaimi menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran bagi merawat semua jenis penyakit. Ruqyah bermaksud mantera atau jampi dan ia diajar oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengalami gangguan makhluk halus.
Selain bacaan ruqyah, rawatan itu menggabungkan terapi menggunakan air penawar (sumber air zamzam), limau purut dan garam bukit. Pesakit kata beliau, akan menjalani rawatan bersama pengamal dan kemudian dia akan dibekalkan dengan cakera padat bacaan ruqyah untuk dipasang di rumah. Pesakit juga dibekalkan terapi sampingan seperti minyak dan bahan mandian.
Menurutnya, terapi yang diberi bukan sebarangan kerana ia mengandungi bacaan ruqyah dan zikir yang telah diswastakan kepada pihak lain seperti pelajar tahfiz dan sekolah pondok.
"Pesakit terlalu ramai. Mustahil saya mampu membaca ruqyah dan berzikir untuk semua. Jadi dalam zaman serba moden ini, zikir pun secara online," katanya.
Beliau juga akan melakukan solat hajat berdasarkan masalah yang dialami pesakit pada borang yang ditulis ketika mendaftarkan diri.
Ustaz Suhaimi berkata, boleh dikatakan 80 peratus pesakit yang datang ke Darul Ruqyah sembuh dengan izin Allah kecuali penyakit serius yang berada di tahap akhir seperti kanser.
Bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah pula, dinasihatkan kedua-dua menjalani rawatan kerana ia saling berkait rapat. Begitu juga dengan penyakit yang dialami oleh kanak-kanak.
"Saya pernah merawat seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang mengalami sawan. Bukan kanak-kanak tadi yang menjalani rawatan sebaliknya hanya ibunya dan kemudian Alhamdulillah, penyakit itu hilang," kata beliau.
Kesempatan
Kepercayaan ramai terhadap keberkesanan rawatan Islam menyebabkan banyak pihak yang mengambil kesempatan sejak akhir-akhir ini, kata Ustaz Suhaimi.
Menurutnya, ada yang meletakkan harga tinggi untuk rawatan dan ada juga yang tidak menetapkan sebarang bayaran.
Berbeza dengan dirinya yang meletakkan harga pendaftaran sebanyak RM10 dan pengesanan juga dalam jumlah yang sama, beliau menjelaskan ia perlu kerana mahu melayan semua pesakit secara saksama serta tidak mahu terdetik sebarang perasaan dalam hati.
"Katakan ada yang bayar saya sampai beribu ringgit untuk merawat penyakitnya, tentu dalam hati saya nak merawat bersungguh-sungguh, berbeza pula layanan saya dengan orang yang memberi RM2 sahaja misalnya kerana bila ia menyentuh soal kepuasan hati, ia menjadi suatu perkara yang sukar untuk kita tentukan," katanya.
Selain daripada bayaran tadi, pesakit hanya perlu membayar mengikut jenis terapi yang diperlukan dan biasanya ia tidak melebihi RM100.
Menurutnya, pesakit walaupun datang daripada mereka yang berpendidikan namun apabila berada di tempat sebegitu mereka mudah terpedaya kerana percaya dengan janji untuk sembuh.
Justeru tidak hairanlah ramai yang tertipu dan tidak kurang juga percaya kepada perubatan berbentuk khurafat.
Menurutnya tidak sukar untuk mengetahui sama ada sesuatu perubatan itu khurafat iaitu melalui mantera (tidak menggunakan bacaan Al-Quran atau jika dalam bahasa lain berbunyi janggal), kemenyan, besi, benda berwarna (contoh kain kuning), batu dan juga memerlukan hari tertentu.

 kredit @ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Catat Ulasan

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz suhaimi n warga kerja darul ruqiyyah.... saya tergerak hati utk mendapatkan rawatan ke pusat ini.... tapi saya berasa agak ragu2... kerana mahkluk tersebut tidak menunjukkan tanda mengganggu diri saya... sebelum ini... saya juga pernah mendapatkan rawatan oleh seorg ustaz... ketika itu sy tidak mengetahui bahawa sy.. diganngu oleh mahluk halus tersebut... slps diberi tahu oleh ustaz tersebut... pd hari yg sama... saya telah mengalami... tanda2 lebam yg dipenuhi seluruh badan saya... mengilut sejarah... saya pernah terlihat mahluk hitam berbadan besar... sewaktu sy terjaga dari tidur...(ketika di asrama di universiti) sy telah diberitahu oleh ustaz... bhw..makluk tersebut munkin adalah jin yg menyukai sy... makluk tersebut mungkin marah slps di scan oleh ustaz yg merawat sy itu... persoalannya ustaz... adakah perlu sy mendapatkan rawatan di tempat ustaz... kerana saya khuatir ia masih menganggu hidup sy dan sy tidak sedar... akan kehadirannya... mungkin makhluk tersebut.. akan mengganggu saya dgn menghalang hubungan sy dgn lelaki.. atau memberi kesan buruk kpd kehidupan sy... di harap pihak darul ruqiyah dapat memberikan jwp... sekian... trima kasih...

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

adalah sgt perlu anda dtg ke pusat rawatan dgn kadar segera.. bukan setakat menghalang perhubungan sahaja malah boleh menybabkan penyaki fizikal antaranya kanser, ketumbuhan, strok dan sebaginya

nabiela ahmad berkata...

terima ksih ustaz... insyallah saya akan ke tempat ustaz... jika masa mengizinkan... terima kasih banyak2...

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

sama-sama

nabiela ahmad berkata...

salam... ustaz... jikalau saya nak pergi buat rawatan ke tempat ustaz... kene buat janji temu dulu kan? saya nak tanya bayaranya.. utk kes seperti saya brape... utk kali pertama hadir? sekian terima kasih..

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

datang terus ke pusat rawatan kami yg terdekat.. kali pertama kami akan scan dahulu bayarannya rm10 kemudian akan syorkan ambil ubat bergantung kepada scan tadi.. ubat tersebut paling mahal rm100

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz, saya mempunyai seorang anak gadis berusia 19 tahun. Beliau telah 3 X memasuki IPT tetapi separuh jln kerana tidak minat belajar. Baru-baru ini suami diberitahu kononnya anak adalah keturunan Cik Siti Wan Kembang dan minta dimandikan dgn air bunga. Sepatutnya dimandikan ketika berumur 17 tahun lagi. Menurutnya selagi tidak dimandikan anak saya akan "meragam", sakit-sakit badan dsb. Menurut rakan suami, benda baik. Tiada jampi mentera untuk mandiannya cuma bunga putih/kuning 7 jenis. Untuk info ustaz, tanda-tanda gangguan makhluk halus melalui mimpi, kelibat, sakit-sakit badan, sukar tidur, malas mandi, keras kepala dan lain-lain memang ada. Saya pernah membawa anak saya berubat secara islam tetapi tiada pula ustaz mengatakan ada apa-apa. Riaksi anak ketika diubati cuma menangis kerana sakit dipegang oleh ustaz ditempat-tempat tertentu. Selepas berubat dia seperti biasa cuma sikap dan perangai lama tidak berubah. Ustaz, suami saya keturunan tg. dan anak saya tergolong sbg budak pintar. Saya risau memikirkan masa depannya tetapi dlm masa yg sama bimbang terlibat dalam perkara-perkara syirik. Harap ustaz dapat beri nasihat. Saya juga ingin tahu kaedah scan di dr. t.k.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

perkara tersebut tidak dibenarkan..bukan pada mandi bunga itu menjadi kesalahan tapi menjadi kesalahan pada mengikut perjanjian dengan jin..kaedah scan dari pihak kami.. perlu datang ke pusat rawatan..insyAllah kami akan buktikan yang anda ada gangguan..untuk rawatan lebih baik puan dan suami disyorkan scan sekali..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ustaz.. sy dr trg.. nk dtg jaoh.. nak tanye satu due pekare. sy skrang nie susah sgt nk beramal.. solat.. masyaallah berat skali. sy lwn agar ttp solat. keadaan sy skrang nie x menentu. cepat marah, bengang, keras kepale, malas mandi, termenung, tdor lambat tp bgun petang, suke sgt blik lewat pg kol 3 4 pg. sy berusia 21 tahun. sy tak pasti samaada sy diganggu jin atau diri sy, tp sy pernah ad sjarah yg mana diri sy ni penah menjadi tempat tinggal jin. sy pernah dirotan oleh ustaz di kawasan sy bertujuan membuang jin dan alhamdulillah ia berkesan. kesan dari rotan itu, tubuh bdn sy menjadi hitam terbakar. jd ustaz, sy nak minta lah jika ade kelapangan, bleh ustaz buat showcase di terengganu? mudah sket utk rakyat ganu :)... lgpun sy student.. wallahua`lam assalamualaikum

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

dari tanda2 diceritakan.. anda diganggu jin jenis kafir.. yang menyebabkan anda malas untuk melakukan ibadat..insyAllah doa-doakanlah..Anda perlu melakukan solat walau malas mana sekalipun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini