1. Apa itu saka?
=> Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang daripada keturunannya.
2. Dari manakah asal usul saka?
=> Saka adalah berkait rapat dengan jin. Kerana jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. Jin tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Dalam masyrakat Melayu, jin-jin ini dikenali dengan nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan pelbagai nama lagi. Namun hakikatnya sama iaitu makhluk Allah yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.
3. Adakah dalil yang menceritakan mengenai saka ini?
=> Bentuk persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk khadam ini yang akhirnya boleh diperturunkan antara satu keturunan ke satu keturunan dan dari satu generasi ke satu generasi dinyatakan di dalam Al Quran. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud:
"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindunagn (1523) kepada beberapa orang lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
(1523) Ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, maka mereka minta perlindungankepada jin yang mereka anggap berkuasa di tempat itu.
6. Tanda-tanda seseorang mempunyai saka?
=> Klik sini
7. Saya mempunyai kebolehan mengubat orang secara semulajadi. Adakah ini satu anugerah atau bagaimana?
=> Secara umumnya orang-orang yang memiliki saka akan mempunyai kepandaian kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariatnya. Antaranya :
- Kebanyakan mempunyai kebolehan berubat dengan kaedah 'menurun'. Bentuknya adalah jin terebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar para waliyullah dan orang-orang soleh. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka. Sesungguhnya syaitan bis amenyerupai sesiapa sahaja kecuali Sayyiduna Rasulillah SAW.b.
- Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
- Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang tidak dapat diketahui atau difahami maksudnya.
- Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
=> Saka perlulah dibuang kerana ia melibatkan keturunan. Selagi tidak dibuang, ia akan diwarisi kepada generasi seterusnya sama ada secara diketahui ataupun tidak.
9. Boleh nyatakan kesan/akibat jika memiliki saka?
=> Banyak antaranya :
- Sukar untuk mendapat anak
- Penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden
- Kehidupan tidak ceria dan sentiasa tegang
- Anak cucu suka melawan cakap ibu bapa
- Banyak perkara ganjil berlaku dalam kehidupan
=> Sebenarnya tidak terdapat pun sebarang saka yang baik. Walaupun ia berkaitan dengan kebolehan mengubat yang diwarisi secara keturunan. Kebolehan ini terus terang membawa keburukan kerana campur tangan jin dan perbuatan syirik yang bercanggah dengan syariat Islam. Sesungguhnya, di dalam Islam, "matlamat tidak menghalalkan cara". Justeru tiada istilah saka yang baik dan boleh dimiliki.
*** Jawapan di atas diambil daripada kertas kerja Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Suhaimi At-Tobibi sendiri.
DR : Untuk penerangan lebih terperinci, boleh mengikuti SEMINAR PERUBATAN ISLAM yang akan dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah (PRI DR). Klik sini.
Catat Ulasan
0 comments: