Assalamualaikum & Salam Sejahtera
MAKLUMAN
Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)
SOALAN LAZIM
1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.
2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak
3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
Alhamdulillah segala puji dan kesyukuran dirafa'kan kepada Allah, pentadbir sekalian alam. Solawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW... dengan keizinanNya, Seminar Perubatan Islam 2 bertajuk 'Bengkel Ayat' telah pun berjalan dengan lancar pada 25 Julai baru-baru ini. Seramai 96 orang peserta telah dipilih oleh Allah untuk bersama-sama menimba ilmu daripada Ustaz Suhaimi berkaitan ayat-ayat yang digunakan untuk rawatan. Seminar kali ini telah dibahagikan kepada 4 sesi bermula pendiskusian ayat-ayat asas sehinggalah sesi terakhir iaitu ayat-ayat 'berat' iaitu fokus untuk serangan dan penutup jampi. Setiap sesi dimulai dengan pendiskusian setiap ayat dan pembacaan secara beramai-ramai dengan diketuai oleh Ustaz Mohamad.
Alhamdulillah para peserta telah memberi kerjasama yang baik dan berdasarkan borang penilaian yang telah diedarkan, para peserta amat terkesan dengan cara penyampaian Ustaz Suhaimi terhadap pendiskusian ayat-ayat ruqiyyah tersebut. Peserta mendengar dengan penuh minat dan khusyuk sehinggakan setiap persoalan hanya diutarakan setelah selesai pendiskusian setiap ayat yang dibentangkan dan ini membantu Ustaz Suhaimi menjelaskan setiap maksud ayat-ayat ruqiyyah tersebut tanpa sebarang gangguan. Apa yang paling menarik, seminar ini menekankan mengenai sanad sesuatu ayat. Ustaz telah mengijazahkan sanad ayat-ayat yang telah didiskusikan kepada para peserta seminar. Kepentingan sanad dan ijazah ini akan kami kongsikan suatu masa nanti. Insyaallah.
Di samping itu, tidak ketinggalan juga jualan produk-produk keluaran Darul Ruqiyyah sendiri dengan harga potongan istimewa kepada semua peserta seminar. Produk-produk ini juga merupakan antara bahan/ubat yang akan digunakan oleh para pesakit Pusat Rawatan Islam DR. Selain sanad ayat-ayat ruqiyyah, dengan izinNya, turut diijazahkan sanad Minyak Kasturi Putih dan Madu Ruqiyyah.
Seminar kali ini juga turut dihadiri oleh sahabat-sahabat dari Pusat Rawatan Ruqyah Syariyah Singapura. Di samping berkongsi ilmu, para peserta juga berkesempatan berkenalan dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dalam bidang ini. Moga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dan dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga dan ummah. Hasil pertemuan ustaz dan sahabat-sahabat dari Singapura, berkemungkinan ustaz akan dijemput untuk menghadiri salah satu seminar di sana. Nantikan kunjungan ustaz bagi rakan-rakan di sekitar Singapura dan Johor Bahru pada bulan Oktober nanti. Insyaallah...
~MERAWAT MELALUI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN~
Catat Ulasan
0 comments: