• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Lokasi Pusat Rawatan Cawangan Selangor/KL



NO 62A-2 JALAN SM 3A SUNWAY BATU CAVE SELANGOR,
WAKTU RAWATAN HARI SABTU SAHAJA:
10 AM-6 PM




View Larger Map

View Larger Map

Baca Seterusnya.. »

Takziah buat ustaz..






Dukacita dimaklumkan, ustaz terlibat dengan kemalangan awal pagi semalam (20.4.2010) semasa dalam perjalanan menuju ke Sri Pentas (siaran Wanita Hari Ini). Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan namun kereta camry  ustaz mengalami kerosakan teruk. Ini bukan kali pertama ustaz terlibat dengan kemalangan. Oleh yang demikian sama-samalah kita mendoakan agar ustaz dan seluruh warga Darul Ruqiyyah (DR) tabah menghadapi ujian ini dan sentiasa dilindungi oleh Allah.

Untuk makluman, ustaz menetap di Kedah dan sentiasa berulang alik dari Kedah-Pulau Pinang-Perak-Batu Caves-KL. Bukan sedikit pengorbanan ustaz dan warga DR dalam menghadapi pelbagai ujian apabila terlibat dalam bidang ini (hanya yang mengalami iaitu terlibat secara langsung dalam bidang ini sahaja yang akan merasainya), namun ustaz dan sahabat-sahabatnya masih meneruskan jihadnya dalam membantu orang lain dan membongkar segala rahsia kejahatan makhluk halus ini. Secara peribadi, saya merasa agak terkilan dan sedih apabila ada 'suara-suara' negatif yang dilemparkan kepada ustaz dan Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah tanpa soal selidik terlebih dahulu. 'Alla Kulli Hal, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.

p/s: Moga Allah melindungi kita semua daripada segala kejahatan jin dan manusia. Segala yang baik dari Allah dan kelemahan itu dari saya sendiri selaku hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini.

Baca Seterusnya.. »

Zikir untuk amalan

9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

(Surah Yaasin)
Kaedah baca :

1. Setelah baris pertama dibaca, niatkan untuk pendinding di hadapan
2. Setelah baris kedua dibaca, niatkan untuk pendinding di belakang
3. 20x setiap kali solat 5 waktu
4. Dibuat selama 10 hari
5. Jumlah sebanyak 1000
6. Jadikan zikir harian walaupun telah sembuh

Baca Seterusnya.. »

7 "S" untuk pesakit

Sejak kebelakangan ini, saya melihat semakin ramai pesakit di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah. Pelbagai peringkat umur ada dan pelbagai jenis keadaan yang datang...yang uzur, berdukung, berkerosi roda, OKU dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, sekalung penghargaan diucapkan buat semua pesakit yang sentiasa sabar menanti giliran dalam keadaan yang sesak dan ruang yang terhad. Kerjasama yang diberi terhadap pihak DR sangat kami hargai. Di sini, suka saya berkongsi sedikit tips untuk semua pesakit atau pengunjung blog.

1. Solat

45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-'Ankabut)

Solat merupakan tunjang utama dalam kehidupan. Solat itu tiang agama. Apabila kita ditimpa musibah/ujian, mintalah pada Allah dengan penuh yakin. Namun, bukan hanya ketika sakit, baru ingat Allah tetapi solatlah sentiasa kerana solat itu kewajipan kita. Sesungguhnya solat itu(yang betul dan sempurna) akan menghindarkan diri daripada perkara keji dan mungkar. Jangan lupa juga untuk berdoa dan berzikir selepasnya kerana doa itu senjata bagi orang mukmin. Dalam proses rawatan juga, pihak DR akan meminta pesakit mengamalkan beberapa ayat Al-Quran untuk dijadikan zikir dan pendinding diri.

Firman Allah :
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

2. Selawat

Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Banyak jenis-jenis selawat yang boleh diamalkan dan dalam perubatan terdapat selawat khusus contohnya 'selawat syifa'.

Firmah Allah :
"Sesunggunya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam ke atas Baginda".

3. Sedia

Untuk mencari kesembuhan, sememangnya para pesakit akan berdepan dengan pelbagai gangguan.Bagi yang pernah menerima rawatan di DR, gangguan itu bukan sahaja selepas mendapatkan rawatan malah sebelum rawatan juga akan diganggu. Contohnya perasaan berbelah bahagi, diuji dengan pelbagai halangan dan sebagainya. Ingatlah bahawa perasaan was-was itu adalah daripada syaitan dan makhluk ini tidak akan membenarkan kita untuk mendapatkan rawatan kerna ia akan men'jauh'kan diri kita daripadanya. Ujian itu juga kadangkala menjadi lebih berat apabila kita mendapatkan rawatan dan dalam proses penyembuhan. Namun yakinlah bahawa Allah lebih berkuasa dari segalanya. Maka, bersedialah daripada sekarang dari segi rohani, emosi, mental dan fizikal untuk berdepan dengan segala kemungkinan/gangguan.

4. Sabar

Saya percaya ada di kalangan pesakit yang pernah berjumpa dengan pelbagai jenis perubatan samada Islam mahupun bukan. Ada yang pergi ke merata tempat untuk mencari penawarnya. Ada yang sanggup berkorban apa sahaja dan kadangkala pernah ditipu. Ingatlah, semua itu adalah ujian Allah buat kita agar kita terus berusaha dan tidak pernah berputus asa. Doa bagi orang yang beriman pasti akan dimakbulkan sama ada cepat atau lambat. Kadangkala Allah rindukan rasa kehambaan kita, rayuan kita padaNya agar kita sentiasa ingat padaNya. Sakit itu juga tanda Allah sayang pada kita, kadangkala berupa peringatan bagi manusia yang lalai, kadangkala berupa ujian bagi kesabaran dan meningkatkan keimanan seseorang. Andai ia berupa peringatan bagi yang lalai, muhasabahlah diri dan dekatkan diri padaNya. Andai berupa ujian kesabaran, berSABARlah. Andai kematian itu pengakhirannya, redhalah dan berdoalah agar 'kesudahannya' di dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik). Yakinlah bahawa Allah lebih tahu yang terbaik buat diri kita.

Firman Allah : "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".

bersambung.....

- perkongsian daripada salah seorang wakil Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah (PRI DR)

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini