• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Zikir untuk amalan

9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

(Surah Yaasin)
Kaedah baca :

1. Setelah baris pertama dibaca, niatkan untuk pendinding di hadapan
2. Setelah baris kedua dibaca, niatkan untuk pendinding di belakang
3. 20x setiap kali solat 5 waktu
4. Dibuat selama 10 hari
5. Jumlah sebanyak 1000
6. Jadikan zikir harian walaupun telah sembuh

Catat Ulasan

4 comments:

cahaya mataku berkata...

bagaimana pula bagi wanita yang uzur? mungkin ada amalan2 zikir yang dibolehkan bagi kami untuk melindungi diri kami dari gangguan syaitan...

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

ayat ini boleh diamalkan oleh wanita yang uzur. jadikan ia sebagai zikir harian, ketika uzur, niatkan sebagai zikir

- wakil DR

Tanpa Nama berkata...

selain dari zikir ini ada tak amalan2 yg lain utk di amalkan bg pesakit yg ada gangguan jin spt saka...

Tanpa Nama berkata...

sila copy paste link ini.. banyak amalan zikir yang boleh diamalkan.... http://darulruqiyyah.blogspot.com/search/label/Ayat%2FZikir%20%20Amalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini