Assalamualaikum warahmatullah...
Bagi meningkatkan taraf perkhidmatan dan keselesaan di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah, kami akan mewujudkan satu sudut untuk tontonan VCD, CD atau rakaman-rakaman ilmiah khususnya mengenai ilmu perubatan Islam untuk santapan rohani dan jasmani para pesakit dan ahli keluarga yang sedang menunggu giliran rawatan.

(sekadar gambar hiasan)
Berita baik untuk semua pengunjung yang berniat untuk memberi sumbangan sebagai amal jariah yang berterusan..
Kami memberi peluang untuk anda berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit samada melalui :
- pembayaran secara tunai kepada Ustaz Suhaimi Rozali sendiri ATAU
- bank in ke akaun Maybank atas nama Darul Ruqiyyah Enterprise (502120114453) - sila sms info kemasukan duit ini ke talian 019-2691525 untuk tindakan selanjutnya dan nyatakan jumlah yang dimasukkan..(Penting!!!)
Kos satu set (televisyen dan pemain DVD @ DVD player) = anggaran RM2,000
Sumbangan boleh disalurkan bermula dari sekarang...Insyaallah moga ada 'khoer'(kebaikan)nya nanti untuk diri sendiri dan ummah..
Catat Ulasan
0 comments: