ahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
MAKLUMAN
Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)
SOALAN LAZIM
1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.
2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak
3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
Kota Iram yang dirakam setelit NASA
Satu ketika dahulu, ramai yang ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad
seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran
kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah
terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika
itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt
sebagai kaum A’ad tersebut.
Bergitu
juga apa yang dialami oleh kaum Yahudi yang menetap bersama-sama umat
Islam di Madinah. Mereka mendengar desas-desus turunnya ayat tentang
kaum A’ad tersebut. Dalam kitab suci mereka iaitu Taurat tidak
langsung menceritakan kemusnahan kaum A’ad sedangkan kaum-kaum lain
seperti kaum Lut as, kaum Nuh as dan sebagainya diceritakan dengan
terperinci dalam kitab mereka. Berikutan itu, kaum Yahudi terus
menyebarkan fitnah bahawa kaum A’ad sebenarnya tidak pernah wujud dan
apa yang diberitakan dalam al-Quranul karim hanyalah omongan kosong yang
langsung tidak berfakta.
Ternyata Orang Yahudi Silap
end typing
ahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.
ahun berganti tahun, abad berganti abad. Ramai orientalis mula datang ke tanah arab untuk mengkaji dan menyelidik kitab suci al-Quran, syair-syair dan cerita penglipur lara popular di tanah arab. Antara orientalis paling popular yang pernah datang ke tanah arab adalah T. E. Lawrence atau lebih dikenali dengan Lawrence of Arabia.
Lawrence of Arabia
Lawrence of Arabia
Kepada
yang belum mengenali siapakah Lawrence of Arabia, beliau adalah
orientalis yang bertanggungjawab menghasut pemimpin tanah arab untuk
memberontak kepada kerajaan Turki Othmaniyyah
sekitar tahun 1916-1918. Disebabkan hasutan dan dokongan daripada
Lawrence of Arabia tersebut, tanah arab akhirnya bebas daripada menjadi
jajahan Turki Othmaniyyah dan King Saud
diangkat menjadi pemimpin besar tanah arab. Kerajaan baru yang
ditubuhkan dikenali sebagai Arab Saudi. Dan kerajaan Arab Saudi kekal
memerintah tanah arab sehingga ke hari ini. Lawrence of Arabia yang juga
seorang Leftenan Kolonel tentera Diraja Britain meninggal dunia pada 19
Mei 1935 akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu beliau berumur 45
tahun.
‘Jasa’ Lawrence Of Arabia
Miskipun
Lawrence of Arabia boleh dikatakan musuh di dalam selimut kepada umat
Islam, namun jasanya kepada penemuan kota Iram yang dikatakan sebagai
kota kaum A’ad tidak boleh disangkal. Beliau adalah insan pertama
daripada Eropah yang sangat berminat dengan ‘Lost City’ Iram. Beliau
yang hidup dengan cara orang Badwi dan kemampuannya berkomunikasi dalam
bahasa Arab dengan fasih membuatkan cerita mengenai kemusnahan tamadun
kaum A’ad mudah sampai ke telinganya.
Kerana
sangat berminat dengan kisah kaum A’ad dan kotanya yang memiliki
tiang-tiang yang besar, Lawrence of Arabia telah mengelarnya dengan
gelaran ‘Atlantis of the Sands’.
Seperti kota Atlantis, kota Iram juga kelihatan mustahil untuk ditemui.
Lawrence of Arabia juga tidak yakin apakah kota tersebut benar-benar
wujud. Baginya, ia sekadar cerita dogeng yang terkandung di dalam
al-Quran.
Atlantis of the Sands
Lokasi Kota Iram
Sebenarnya,
apa yang ditulis oleh Lawrence of Arabia mengenai kota Iram yang
digelar beliau sebagai ‘the Atlantis of the Sands’ telah menarik minat
beberapa ahli arkeologi daripada Eropah kemudian harinya. Mereka adalah Nicholas Clapp, George Hedges, Dr. Juris Zarins dan Ranulph Fiennes.
Pada
akhir tahun 80-an dan awal 90-an, keempat-empat individu ini telah
berusaha untuk mencari satu tamadun yang musnah sepertimana yang
disifatkan dalam al-Quran. Rujukan utama keempat-empat mereka adalah
berdasarkan al-Quranul karim dan cerita-cerita lisan daripada masyarakat
Badwi.
Dr. Zarins mengetuai pencarian Kota Iram
Dr.
Zarins yang bertindak sebagai ketua arkeologi dalam pencarian tersebut
telah bersama-sama Nicholas Clapp dan George Hedges meminta NASA
merakamkan gambar sekitar tempat yang dimaksudkan mempunyai potensi
untuk dikaitkan dengan kota purba Iram yang telah musnah. Gambar
tersebut telah dirakamkan menggunakan satelit NASA, SPOT (Satellite Pour I’Observation de la Terre).
Rakaman tersebut mengejutkan mereka apabila ia jelas memaparkan laluan
unta dan sebuah runtuhan kota purba yang kelihatan mengelilingi sebuah
‘runtuhan’ oasis.
Lakaran Kota Iram oleh pelukis
Namun
laluan perdagangan dan runtuhan kota purba tersebut tidak mampu dilihat
jelas pada mata kasar. Imej tersebut telah dirakamkan di Rub’al Khali, Oman yang terletak di selatan Semenanjung Arab.
Pada 1992, eskavasi telah dimulakan. Daripada
hasil penemuan arkeologi, mereka bersepakat bahawa ia adalah kota Iram
yang musnah seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran berdasarkan
pentarikhan karbon menyatakan ia dibina sekitar 6,000 tahun sebelum
masihi. Menurut mereka lagi, kota yang ditemui itu adalah salah satu
kota yang dimiliki oleh kaum A’ad dan banyak lagi yang tenggelam dalam
‘lautan’ pasir.
Keajaiban Al-Quran
Peninggalan binaan di Kota Iram
Terdapat
beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt
yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah
berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana
tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.
1. Tiang-Tiang Tinggi
Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi.
Apakah
kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?.
(iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi.
Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri
lain.
(Surah al-Fajr ayat 6-8)
Firman
Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada
1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram
berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama.
Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.
2. Membina Benteng-Benteng
Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.
Apakah
kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk
bermain-main. Dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu
kekal (di dunia)?. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa
sebagai orang- orang kejam dan bengis.
(Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130)
Sepertimana
perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga
turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2
meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC
telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia
bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat
8.
3. Terdapat Kebun-Kebun Dan Mata Air
Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak. Dan kebun-kebun dan mata air.
(Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134)
Sebuah runtuhan oasis
Mengenai
perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan
oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama
sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama
kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan
mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang.
Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.
4. Dimusnahkan Oleh Angin Kencang
Dan
juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang
membinasakan. Angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya,
melainkan dijadikannya seperti serbuk.
(Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42)
Dalam
ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah
membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan
seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi
membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan
benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah
adz-Dzaariyaat.
Penutup
Bagi
ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga
sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi
mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar
ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.
Kota
yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh
seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu
sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua,
ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini. Lihat dokumentari penemuan dan
gambaran Kota Iram.
Sesungguhnya
pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang
mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan
tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala
sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah Yusuf ayat 111)
Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di Kota Iram (Ubar)
Pekan Iram yang dibina selepas Kota Iram dijumpai pada 1992
sumber : http://zharifalimin.blogspot.com
Catat Ulasan
1 comments:
Kanarya Adaları yurtdışı kargo
Kanada yurtdışı kargo
Kamerun yurtdışı kargo
Kamboçya yurtdışı kargo
Jersey yurtdışı kargo
AOİA