Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia
sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan
banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia
yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja
darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah
menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang
melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
end typing
seperti dalam gambar di bawah.
Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ
kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam
Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak
tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.
Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia
Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
احمد =
ا + ح + م + د =
Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan
nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama
Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.
"Dan
(ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil,
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya)
seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)"
...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)
Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan
seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada
di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud,
ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang
Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh
tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud
"Kami akan
memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap
ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa
Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa
sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" (Surah Fusshilat : Ayat 53)
Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari
telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat
menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada
urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab,
subhanAllah.
"Hai
manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap
Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu
menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang,
dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
Catat Ulasan
0 comments: