Ya Allah segala puji-pujian Tuhan , pentadbir seluruh jagatraya , dengan tidak terhingga dan terkata lagi terhadap keizinan Mu untuk kami diberi peluang untuk membina Pusat Rawatan Perubatan Islam
Ku kirimkan salam selawat dan salam untuk
mu , Ya Rasulullah sallallahu alaihi wa salam, penghulu umat dan rasul bongsu.
Sesungguhnya kami amat terhutang budi kepadamu.Kerana berkatmu kami dapat
beragama dan tatkala ini berhempas pulas menegakkannya .Tidak pula juga kami
berselawat dan berkirim salam kepada keluargamu dan sekalian sahabatmu yang
jejaknya kami susuli dengan penuh ketabahan.
Mutakhir ini, aspek kesihatan menjadi
satu isu hangat yang diperdebatkan dalam pelbagai lapisan masyarakat melalui
media massa yang sedia ada. Menelusuri penyakit-penyakit yang menyerang
jutaan umat manusia seperti kanser, AIDS, H1N1, nyanyuk (Dermentia), gila,
sawan dan sebagainya, pakar-pakar dalam bidang perubatan moden secara
praktikalnya telah berjaya memberikan rawatan yang terbaik kepada masyarakat
yang menghidapi penyakit tersebut. Namun, terdapat juga beberapa kes penyakit
yang masih belum ditemui tentang puncanya dan ramuan ubat yang boleh mengubati
penyakit ini. Namun, Allah S.W.T telah menukilkan dalam kitab suci-Nya,
al-Quran bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya, “Dan kami turunkan
dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain
kerugian” (Surah al-Isra’ : 82).
Menyedari hakikat
ini Pusat Perubatan Islam yang diuruskan oleh 3 buah syarikat ditubuhkan untuk
membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah
tersebut seterusnya mengembalikan akidah kepada landasan yang betul tanpa
unsur-unsur khurafat mahupun syirik kepada Allah dalam memenuhi tuntutan fardu
kifayah masyarakat moden. Pusat rawatan yang diasaskan oleh Ustaz
Mohd Suhaimi Bin Rozali digerakkan oleh 3 buah syarikat iaitu Darul Ruqyah Sdn.
Bhd., Darul Ruqiyyah Enterprise, dan D’ruqyah Solution yang mana ketiga-tiga
buah syarikat mempunyai misi dan visi yang sama tetapi skop tugasan yang
berbeza.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada
semua pihak yang ikhlas bertungkus lumus membantu sehingga tercapainya hasrat
tertubuhnya Pusat Rawatan ini. Moga-moga usaha kecil ini dapat menjadi panduan
kepada para mualij muda dan bakal muallij serta menjadi asbab hidayah kepada
para muslimin dan muslimat khususnya di Malaysia dan umumnya di segenap alam.
Moga-moga dengan penubuhan pusat rawatan ini menjadi peritis perubatan Islam
dan kepada sekalian sahabat seperjuangan di dalam usaha yang gigih berjuang
menyelamatkan insan yang terseksa dan menderita tanpa henti sehingga
mengenepikan segala risiko yang ada demi kesejahteraan umat Nabi Muhammad s.a.w
yang lain. Moga-moga usaha yang sekecil ini dinilai Rabbul Jalil sebagai
persembahan amal soleh yang tulus ikhlas depannya dari hamba yang amat hina
lagi banyak dosa laqi tidak berguna ini.Amin.PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi















Catat Ulasan
0 comments: