Namun, kehilangan atau koyak dara wanita tidak semestinya berlaku semata-mata jika seseorang itu mempunyai pengalaman melakukan seks kerana ia mungkin juga akibat lain seperti kemalangan, rawatan perubatan, bersukan, terjatuh atau kesan darah haid terlalu banyak.
Memang peribahasa itu ditujukan kepada gadis walaupun ia turut membabitkan lelaki.
Maka, berhati-hatilah dengan pujuk rayu kekasih hati kerana belum tentu mereka bertanggungjawab atas perbuatan itu.
Bukan seorang diri saja berasa malu malah turut menjatuhkan maruah serta air muka ibu bapa yang menginginkan anak itu menggembirakan hati bukannya memalukan
Mereka perlu sedar, begitu mudah mereka menggadaikan kehormatannya hanya untuk memenuhi cinta palsu yang berlandaskan nafsu syahwat semata-mata.
Mungkin ramai yang menganggap perkara itu mendatangkan aib kepada golongan wanita namun ia penting untuk diperhalusi supaya mereka menilai kepentingan menjaga maruah diri daripada golongan yang bukan hak mereka.
Institusi perkahwinan juga dilihat mampu tergugat jika bakal suami mengetahui bakal wanita yang akan dikahwini itu pernah dinodai seterusnya memadamkan impian pasangan itu untuk berkahwin.
Realitinya, terdapat sesetengah lelaki yang amat menitikberatkan soal perawan apabila mengambil seseorang wanita itu untuk dijadikan teman hidup.
Itulah yang terjadi dalam masyarakat kita apabila hubungan antara lelaki dan wanita tidak dijaga sehingga mereka ‘terbenam’ ke lembah maksiat yang cukup hina itu.
Generasi muda zaman sekarang berasakan dara itu tidak berharga malah menaruh keyakinan bakal pasangan mereka kelak dapat menerima sekalipun sudah tiada dara lagi.
Jangan terlalu mengikut cara hidup orang barat yang menerima pergaulan bebas malah menganggapnya perkara biasa untuk dinikmati.
Kembalilah kepada fitrah dan cara hidup beragama yang mahukan setiap individu Islam menjauhkan diri daripada zina malah perbuatan yang boleh mengarah kepada perbuatan itu (mukadimah zina).
Zina mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan generasi yang bermula dari keluarga, masyarakat dan negara. Sebab itu, Islam menyeru umatnya menjaga kehormatan dan membenci zina kerana ia berdosa besar.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’ ayat 32).
Dalam satu riwayat oleh Al-Baihaqi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka.”
Mungkin terdapat perbezaan antara mereka yang terpaksa dan rela melakukan perbuatan itu. Justeru, bagi mereka yang belum berumahtangga, peliharalah harga diri hanya untuk mereka yang berhak iaitu bakal suami.
Ibu bapa pula mendidik anak perempuan mereka untuk menjaga maruah diri sendiri manakala anak lelaki pula perlu menghormati maruah seorang wanita.
Sentiasa mengulangi nasihat supaya mereka faham dan ada mempunyai perasaan malu supaya kelak mereka tidak akan menjadi penggoda atau mudah hanyut dengan godaan.
Bagi mereka yang belum berumahtangga, peliharalah kehormatan diri hanya untuk yang hak iaitu bakal suami. Jangan sewenang-wenangnya maruah suci dan berharga itu dikotori cinta palsu.
Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata dara bagi golongan wanita adalah untuk membuktikan kesucian diri mereka.
“Bagi seorang wanita yang didatangi lelaki untuk melamarnya tidak perlulah menceritakan perkara silam yang pernah terjadi dalam hidupnya sebelum ini.
“Jika dulu pernah tersilap langkah bersama individu lain, bertaubat dengan sesungguh hati supaya Allah memberkati perkahwinan itu.
“Suami pula janganlah membangkitkan peristiwa silam jika isterinya sudah bertaubat. Semoga dengan rahmat dan keampunan Allah itu, segala dosa dapat dileburkan malah Allah terus menjaga kita,” katanya.
Beliau berkata manusia sebenarnya sudah diberikan pilihan sama ada untuk melakukan kebaikan atau sebaliknya.
“Begitu juga halnya dalam aspek teman yang dijadikan pasangan hidup. Untuk mendapat pasangan yang baik sudah tentu diri perlu menjadi baik.
“Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah an-Nur ayat 26).
“Itulah janji Allah kepada manusia. Hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri,” katanya.
Mohd Zawawi berkata, bagi kaum lelaki mereka berhajat apabila mendirikan rumah tangga kelak, mendapat isteri di kalangan orang yang baik-baik.
“Untuk menjadi pembimbing dan ketua keluarga yang baik mereka perlu tahu di mana tahap mereka.
“Jelas, tanggungjawab sebagai suami perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya sehingga mampu mendidik pasangan serta ahli keluarga menjadi orang yang taat kepada perintah Allah dan menjaga ibadatnya.
“Mulakan dengan mengubah diri sendiri sebelum kesan perubahan itu dapat dicontohi mereka yang berada di sekeliling kita,” katanya.
Menurutnya, bagi mengelak diri daripada terjerumus ke lembah maksiat yang hina seseorang itu perlu menjaga pergaulan, aurat serta ibadah solatnya.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
sumber
Catat Ulasan
0 comments: