end typing
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj
ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang
itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang
pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang
mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj
adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang
melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya,
manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha
menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH
SWT.
Contoh
manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang
mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang
manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci
kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh
orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah
Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin
hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak
digunakan.
Tetapi
bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu
datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat.
Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia
nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya
melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah
pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi
dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab
itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan
timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi
dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam
peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa
kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka
jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda
berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah
badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat
dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim
yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala
menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila
jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala
yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“
Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“
Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah
sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga,
maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah,
jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau
sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu
semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk
mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika
gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum
gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka
sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita
rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian
adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda
wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda
berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku
berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai
lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar
dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
**********
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
Catat Ulasan
4 comments:
betul lah tu... artikel ni saja nak tarik org bkn islam memasuki islam!.. xyah korang bersusah-susah untuk semua ini...
Firman Allah Dalam Surah Ali Imran ayat 19 yang bermaksud 19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya
Terima kasih, entry yg cukup memberi kesedaran...
terima kasih..bnyak memberi kesedaran dan ilmu yg baru