Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)
Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)
Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)
SOALAN LAZIM
1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.
2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak
3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.
4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi
Posted by
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah On Rabu, Februari 01, 20121 comments
Seorang remaja lelaki menghantar mesej
SMS kepada saya bertanya soalan bagaimanakah untuk berjumpa dengan Nabi
sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi? Ma Sya ALLAH, memang bagus
betul soalan tersebut. Ia biasanya ditanya oleh orang-orang yang soleh
yang rindukan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Saya tidak mampu untuk menjawabnya.
Soalan itu berat untuk saya menjawabnya kerana saya sendiri pun belum
lagi direzekikan oleh ALLAH Ta`ala untuk mengalami mimpi yang mulia itu.
Beruntunglah sesiapa yang dapat bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi
wasallam di dalam mimpi semasa hayatnya.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi,
bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu
menjelma rupaku.” (HR Muslim)
Saya pernah mendengar jawapan yang sangat
cantik yang pernah dijawab oleh Sheikh Muhammad Hassan (semoga ALLAH
memelihara beliau) apabila ditanya soalan yang sama. Beliau telah
menjawabnya dengan menyampaikan suatu kisah yang beliau perolehi dari
seseorang yang beliau kenali. Kisahnya seperti berikut:-
Pada suatu hari, seorang
end typing
Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.
“Wahai tuan guru,
tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya” Tanya
pelajar itu kepada tuan gurunya.
“Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?” Tuan guru bertanya semula.
“Ya, wahai tuan guru” Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.
“Jika begitu. Marilah
datang ke rumah saya malam ini. Kita makan malam sama-sama ya…” Jemput
tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.
“Apa? Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki” Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.
Lalu pada malamnya si pelajar itu datang
ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu
bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam
mimpi. Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim dan murobbi
itu dapat memberikannya jawapan.
Tuan guru menjemput pelajar itu makan
makanan yang dihidangkan. Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja
dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar
tersebut minum.
“Boleh saya minta air?
Saya dahaga, wahai tuan guru” Pinta pelajar tersebut yang berasa haus
disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.
“Oh tidak, air tidak dibenarkan” Jawab tuan guru.
“Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga.” Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.
“Tidak, air tidak dibenarkan. Makan sahajalah” Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.
“Baiklah tuan guru.” Pelajar tersebut akur.
Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.
“Tuan guru, mengenai
soalan saya siang tadi. Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana
untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi”
Pelajar itu bertanya.
“Oh, tidak. Bukan sekarang. Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang.” Jelas tuan gurunya dengan lembut.
“Habis tu, bila wahai tuan guru?” Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.
“Tidurlah sekarang.
Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu
bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam di dalam mimpi” Jawab tuan gurunya sambil memujuk.
Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan
Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau
nantikan. Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.
“Wahai anakku, marilah ke sini…” Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.
“Ajarlah saya wahai
tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi
wasallam di dalam mimpi!” Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta
agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.
“Nanti dulu. Sebelum
itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam
mimpi kamu?” Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.
“Ya, ada.” Jawab pelajar tersebut ringkas.
“Apa yang kamu lihat?” Tanya tuan guru lagi.
“Wahai tuan guru, saya
telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan
laut berombak pula berada di hadapan saya” Pelajar itu menjelaskan apa
yang beliau lihat di dalam mimpinya. Ternyata beliau sangat senang
sekali dengan apa yang dilihatnya.
“Benarlah wahai anakku.
Engkau telah bercakap benar. Engkau telah bercakap benar. Dan engkau
juga mempunyai niat yang benar. Maka sebab itulah mimpi engkau juga
benar.” Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya
itu.
“Dan jika cintamu benar
terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat
melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu
terhadap air tadi.” Tuan guru menyambung lagi.
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali
Muhammad. Kisah tersebut membuka suatu pertanyaan yang besar buat kita
yang perlu kita sendiri muhasabah dengan jawapan tersebut.
Benarkah kita cintakan Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam? Sudahkah kita mengamalkan sunnah-sunnah
Baginda sallAllahu `alaihi wasallam? Sejauh manakah kita menjauhi
kesemua larangan-larangan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam?
Dan istiqamahkah kita mendo`akan solawat buat junjungan mulia
sallAllahu `alaihi wasallam?
Agaknya sebab itulah kita belum
direzekikan ALLAH Ta`ala buat kita untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu
`alaihi wasallam di dalam mimpi disebabkan keadaan kita yang belum
betul-betul cintakan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Sheikh Muhammad Hassan selepas menyampaikan kisah tersebut lalu mengajak kita semua bermuhasabah:
“Berkemungkinankah untuk Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam datang di dalam mimpi seseorang yang makan
dari makanan yang haram? Seseorang yang matanya melihat perkara yang
haram? Seseorang yang lidahnya menipu? Seseorang yang terlibat dengan
riba? Seseorang yang munafiq? Adakah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam
akan datang kepada orang-orang ini???!!!
Tidak! Sama sekali tidak! Demi ALLAH,
Baginda sallAllahu `alaihi wasallam tidak akan datang melainkan kepada
orang yang Baginda sayangi…!”
Sheikh Muhammad Hassan seterusnya
menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan seorang ibu tua berumur
70 tahun yang tinggal di sebuah rumah usang yang hanya diperbuat dari
tanah liat. Keistimewaan ibu tua ini ialah pada setiap malam beliau
dapat berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi.
Antara amalan yang selalu dilakukan ialah beliau tidak pernah berhenti
dari bersolawat ke atas Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. Setiap
saat yang ada, beliau sentiasa bersolawat ke atas Nabi Muhammad
sallAllahu `alaihi wasallam.
Selain bersolawat sepanjang masa, Sheikh
Muhammad Hassan juga memberi nasihat, untuk bertemu Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah kita semua
menguatkan rasa cinta kita kepada Baginda. Samalah seperti air di dalam
kisah di atas. Seseorang yang sangat mendambakan sesuatu akan
terbawa-bawa hingga ke dalam mimpinya.
Dan cara menguatkan cinta bukanlah hanya
dengan mempunyai perasaan cinta sahaja. Ia mestilah disertai dengan
mengikuti sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. Iaitu dengan mahabbah (cinta) dan ittiba` (ikut) Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.
Tidak ada cara lain lagi. Untuk bertemu
dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, hendaklah
diterapkan sekuat-kuatnya rasa cinta dan ikut Baginda. InsyaALLAH, Nabi
sallAllahu `alaihi wasallam akan datang bertemu dengan mukmin yang
betul-betul cinta dan ikut Baginda. Semoga kita semua dapat memperbaiki
diri kita dalam hal menghayati sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi
wasallam.
Dan mudah-mudahan kita semua digolongkan
oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai ummat Nabi sallAllahu `alaihi
wasallam yang dapat bertemu dengan Baginda di kolam al-Haudh di Padang
Mahsyar dan bersama dengan Nabi di kolam al-Kautsar di Syurga nanti,
amin…
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
RAWATAN BERSAMA DATO' SERI SUHAIMI
-
[image: Image result for ustaz mohamad suhaimi bin rozali]
Sesiapa yang ingin mendapatkan
rawatan khusus bersama
*Dato' Seri Suhaimi*
Sila dapatkan temu...
8 tahun yang lalu
Dari Mana Anda Tahu Darul Ruqiyyah Nie
Caj Rawatan & Waktu Rawatan
Pendaftaran@Rawatan Ulangan:
RM10-RM50
Bahan Rawatan@Ubat:
RM100-RM 150 ke bawah
**bahan bergantung keperluan(bagi pesakit ulangan)
Kopi/MyCo = RM25 CD Ruqiyyah = RM10 Minyak Kasturi = RM50
p/s : Hanya boleh dibeli di Pusat Rawatan
Dan juga online dari Pusat Rawatan Darul Ruqyah @ D ruqyah Solutions Sahaja
SETIAP PEMBELIAN ONLINE AKAN DIKENAKAN CAJ PENGHANTARAN RM 20 DAN KE ATAS BERGANTUNG KEPADA JUMLAH BARANGAN YANG DI BELI.
UNTUK BELIAN SECARA ONLINE BOLEH HUBUNGI
019-3081525
SEMINAR 2014
28/9/2014
Seminar KAEDAH RAWATAN SAKA MELALUI TERAPI AIR dengan bayaran SETIAP PEMBELIAN PRODUK RM 30 SEMINAR ADALAH PERCUMA bertempat Pendang Square, Kedah.
masa 8 MLM-10 MLM
27/9/2014
Seminar KAEDAH RAWATAN SAKA MELALUI TERAPI AIR dengan bayaran SETIAP PEMBELIAN PRODUK RM 50,SEMINAR ADALAH PERCUMA bertempat di Sunway Batu Cave.
masa 3 ptg- 5 ptg
maklumat lanjut dan pendaftaran:
019-3081525
019-2691525
Program
Sudah Berlalu...
(1) Persediaan Menjadi Mu'allij - Jun 2010
(2) Bengkel Ayat Ruqyah - Julai 2010
(3) Seminar Perisai Menangkis Serangan Syaitan - Dis 2010 (4) Bengkel Mekanik Solat Kali Pertama - Jan 2011 (5) Forum Cinta Rosul - 26 Februari 2011 (6) Bengkel Ayat Ruqyah 1 (Kedah) - 20 Mac 2011 (7) Umrah bersama Ust Suhaimi bin Rozali- 23 Mac hingga 6 April 2011
Catat Ulasan
1 comments:
assa;lamualaikum...
saya pun dah bbrp kali jumpa dlm mimpi...