Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Al-Quran Dahulu Membuktikan Sperma Lelaki Penentuan Jantina Bayi Dgn Izin Allah


Didalam Proses Penentuan JANTINA seorang bayi,

adakah ditentukan oleh benih BAPA atau pun IBU?

Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan,

“Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit.

Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,

”Air mani lelaki, ia dinamakan

end typing
nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.”

Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki,

justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma.

Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan.

Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma.

Justeru didalam kamus Hans Wehr

"A Dictionary of Modern Written Arabic",

perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.

Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi

ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani.

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa.

Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom

dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks.

Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.

Y dan XX

Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’

dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’.

Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan,

kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y

dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X.

Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan

bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X,

sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y,

maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki.

Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan,

MAKA BAYI ITU MENJADI PEREMPUAN

Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan,

MAKA BAYI ITU MENJADI LELAKI

Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur
(dari pati benih lelaki dan perempuan),

serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);

oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”
(Surah Al-Insaan 76:2)

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya.

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(surah A-li’Imraan 3:6)

Wallahu’alam….


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
 
 

Catat Ulasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini