Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Dengan Berwuduk Boleh Merawat Sistem Saraf Dalam Tubuh Badan

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai
end typing
sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.


Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.


Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?


Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.


Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.


Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.


Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).


Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.


Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.


Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

 

Catat Ulasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini