Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
MAKLUMAN
Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)
SOALAN LAZIM
1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.
2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak
3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
Seorang atheist yang juga professor
falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh
sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan
beliau bertanya…
Prof: Kamu percayakan Tuhan?
Pelajar: Sudah semestinya professor.
Prof: Adakah Tuhan itu baik?
Pelajar: Ya
Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?
Pelajar: Ya
Prof:
Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan
agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang
sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?
end typing
(Pelajar berdiam diri)
Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?
Pelajar: Ya.
Prof: Adakah syaitan baik?
Pelajar: Tidak.
Prof: Siapa yang mencipta syaitan?
Pelajar: Tuhan.
Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?
Pelajar: Ya.
Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?
Pelajar: Ya.
Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?
(Pelajar tidak menjawab)
Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?
Pelajar: Ya professor.
Prof: Siapa yang menciptanya?
(Pelajar tiada jawapan untuknya)
Prof:
Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan
melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah
kamu melihat Tuhan?
Student: Tidak pernah professor.
Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?
Pelajar: Tidak pernah professor.
Prof:
Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah
pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?
Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.
Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?
Pelajar: Ya professor.
Prof:
Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh
didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa
pendapat kamu mengenainya?
Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.
Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.
(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)
Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?
Prof: Ya.
Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?
Prof: Ya.
Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.
(Semua didalam dewan kuliah terdiam)
Pelajar:
Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat
sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa
yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat
beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada
apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah
lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.
(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)
Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?
Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?
Pelajar:
Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita
boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya
berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan.
Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap
itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?
Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?
Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.
Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?
Pelajar:
Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara
hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep
ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur.
Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh
atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains
menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak
kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara
keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup
adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud
sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati
hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.
Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?
Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.
Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?
(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)
Pelajar:
Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang
berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses
yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat
professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?
(Dewan kuliah menjadi gempar)
Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?
(Pelajar lain tertawa)
Pelajar:
Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya,
menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi
berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh
didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf
saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor
selama ini?
(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)
Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.
Pelajar:
Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah
kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh
alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.
Catat Ulasan
0 comments: