Seorang
saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi
kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di
England.
Diiktiraf
sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun
yang terletak di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung
tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi
sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembahan.
Namun,
kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis
pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan
mereka membina Stonehenge. Kesan tersebut dikenali sebagai interferens
akustik.
Ia berlaku apabila
end typing
dua
sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota yang
sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan
lapang. Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang
tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir
tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut
berlanggar dan melantun.
“Seolah-olah
terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga
dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan akan menjadi lebih
kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.
Menurutnya,
masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina
struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut.
Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah
batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan
enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada
Solstis musim panas di daerah Wiltshire, England.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
Catat Ulasan
0 comments: