Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Apa Kaitannya Simbol Singa dengan Yahudi *8 gambar*

Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan,kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini?
Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini.
Asal Usul
Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu suku Judah. Dalam bahasa Hebrew, ia  dikenali dengan suku Yahuda.
Ia bermula apabila
end typing
Ia bermula apabila Prophet Jacob(Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya,iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9
You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him? 

Judah adalah anak Jacob melalui isterinya Leah. Ini tertera dalam kitab Old Tastement, Genesis 35:23
The sons of Leah: Reuben the firstborn of Jacob, Simeon, Levi, Judah, Issachar and Zebulun.

Melalui keturunan Judah, Bani Israel telah menguasai wilayah Palestin serta Kanaan dan seterusnya membentuk sebuah negara yang kuat yang dikenali dengan Kingdom of Judah. King Saul iaitu raja pertama Bani Israel adalah berasal daripada suku Judah. Kemudian, King Saul diganti pula King David(Nabi Daud as),juga berasal daripada suku Judah. Selepas wafatnya King David, King Solomon(Nabi Sulaiman as) telah menaiki takhta. King Solomon adalah anak kepada King David.
Bendera Kingdom of Judah pada ketika itu tertera lambang singa. Singa itulah Lion of Judah. Ia digunakan dengan meluas di seluruh wilayah yang dikuasai Bani Israel pada waktu itu.
Antara negara yang menggunakan simbol yang sama adalah Habsyah(sekarang dikenali Ethiopia). Diriwayatkan bahawa, anak kepada King Solomon hasil perkahwinannya dengan Ratu Sheba(Ratu Balqis) iaitu Menelik I telah berhijrah ke Habsyah dan membentuk sebuah negara di sana. Sehingga sekarang, Negara Ethiopia masih lagi menggunakan simbol Lion of Judah. Oleh itu, jika pembaca melihat bendera Ethiopia, pembaca akan faham mengapa simbol singa diletakkan pada bendera negara ini.
Pada masa ini, jata Juruselam yang telah dikuasai rejim Zionis terpampang kemas simbol Lion of Judah.

jata Juruselam tertera Lion of Judah

 Simbol Singa menjadi simbol keagamaan dan politik
Simbol juga mengalami zaman evolusi. Jika dahulu, ia digunakan oleh Kingdom of Judah,namun sekarang, simbol Lion of Judah digunakan oleh pelbagai pihak. Kelaziman yang berlaku adalah orang Yahudi sering menggunakannya bagi menunjukkan identiti bangsa mereka. Namun, ini tidak bermakna hanya bangsa Yahudi sahaja menggunakannya. Antara organisasi lain yang menggunakan secara meluas adalah Rastafari.

Rastafari
Rastafari sebenarnya adalah satu agama yang baru yang berasal dari Afrika. ‘Agama’ ini menggunakan simbol Lion of Judah yang dianggap mereka sebagai lambang pemimpin agung mereka, Haile Selassie I. Mengikut kepercayaan mereka, Haile Selassie I mempunyai jalur keturunan yang sampai kepada King David dan King Solomon. Ironinya, Haile Selassie I adalah penganut Kristian Katholik yang taat. Beliau juga menyangkal dakwaan golongan Rastafari yang mendakwa beliau adalah jelmaan semula Jesus Christ.

Haile Selassie I bersama seekor singa yang digelar Lion of Judah
Iran
Iran sebelum Revolusi Islam pernah menggunakan simbol Singa dan Matahari daripada tahun 1429 hinggalah 1979. Simbol Singa dan Matahari ini dipengaruhi oleh budaya Parsi, Arab, Turki, Mongol dan Yahudi. Ketika pemerintah Safavid daripada dinasti Qajar, simbol singa dan matahari ini lebih sinonim dengan ajaran Syiah. Mengikut kepercayaan mereka, simbol singa memberi maksud Imam Ali(Saidina Ali bin Abi Talib). Manakala simbol matahari di belakang singa memberi maksud King Jamshid iaitu seorang raja yang amat dihormati oleh masyarakat Parsi suatu ketika dahulu.

Bendera Iran lama
Simbol Jesus Christ
Penganut Kristian mempercayai bahawa simbol Lion of Judah adalah merujuk kepada Jesus Christ. Penganut Kristian berlandaskan satu petikan ayat di dalam kitab suci mereka, iaitu Bible melalui Book of Revelation 5:5:
Then one of the elders said to me, “Do not weep! See, the Lion of the tribe of Judah, the Root of David, has triumphed. He is able to open the scroll and its seven seals 

Jesus Christ dipercayai mempunyai jalur keturunan daripada King David, raja agung Bani Israel satu ketika dahulu. King David adalah berketurunan suku Judah. Oleh sebab itu, sehingga kini , banyak negara Kristian dan organisasi yang berlandaskan Kristian menggunakan simbol singa secara meluas.
Antara negara yang menggunakan simbol singa adalah Scotland, England, Armenia,Estonia,Denmark, Belanda dan Finland.
Satu buku pada abad pertengahan yang popular di Eropah iaitu Mediaval Bestiary menghuraikan mengenai pelbagai jenis haiwan termasuk singa. Singa dalam buku tersebut menurut mereka mempunyai sifat ‘ketuhanan’ seperti sentiasa waspada dan tidak tidur. Sifat semulajadi Singa sentiasa membuka mata miskipun ia sedang tidur mirip sifat ketuhanan iaitu sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai.
Simbol singa juga menjadi simbol bagi seorang hawari Jesus Christ iaitu Mark the Evangelist. Tetapi simbol singa Mark the Evangelist berlainan dengan Lion of Judah kerana singa Mark  mempunyai sayap.

Patung singa bersayap di Piazzetta,Venice mewakili Hawari Jesus Christ, Mark
Yang Kontroversi
Lions Club
Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Malvin Jones di Amerika Syarikat pada 1917. Dipercayai Malvin Jones adalah seorang Freemason. Lions Club ditubuhkan untuk membuat amal dan mengutip derma. Pertubuhan ini telahpun tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dicatatkan Lions Club telah bertapak di Malaysia sejak 1959 lagi. Beberapa individu terkenal di tanah air sering menghadiri majlis anjuran pertubuhan ini.

Lions Club International
Ramai mempercayai Lions Club adalah anak cawangan Freemason untuk mengaburi mata masyarakat. Selain Lions Club, terdapat beberapa badan pertubuhan yang dikaitkan dengan Freemason iaitu Rosarians, the Rotary Club, Bilderberg Group, the Club of Rome, dan the Trilateral Commission. Freemason sepertimana sedia maklum adalah pertubuhan yang berakar umbi daripada Yahudi bermatlamat untuk membina kembali Kuil Haikal (Solomon’s Tample).
Kenapa pertubuhan ini dinamakan Lions Club?fikir-fikirkanlah..

Mengapa Rabbi yahudi, ahli Freemason dan Lions Club berada dalam satu majlis?
Penutup
Apa yang pembaca perlu sedar adalah setiap simbol yang berunsurkan singa mesti mempunyai kaitan rapat denga Yahudi dan Kristian. Sebaiknya, kita perlu berhati-hati apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadilah orang yang sentiasa mahu tahu dan ambil tahu. Umat Islam sentiasa ditipu dengan dakyah-dakyah karut golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka sebenarnya banyak mempengaruhi kita dalam setiap perlakuan harian. Jika anda menonton filem Hollywood misalnya, anda mesti akan sedar gambar di bawah ini bukan? Seekor singa mengaum. Tahukah anda siapakah di sebalik singa mengaum ini?Mereka adalah pemilik Metro Goldwyn-Mayer iaitu Samuel Goldwyn dan Louis B. Mayer. Mereka berdua adalah berketurunan Yahudi-Amerika.!

Petikan montaj produksi MGM


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi. 
 
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..

Catat Ulasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini