lagi gambar2 yang lebih mengancam
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
MAKLUMAN
Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)
SOALAN LAZIM
1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.
2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak
3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
Surah
al-A’raaf ayat 74
Peninggalan Kota
Samud yang dapat dilihat hingga kini
Kaum Tsamud adalah
kaum yang dilaknat oleh Allah swt kerana mensyirikkan Allah swt kerana
bertindak menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan
kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat
tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu
nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria.
Lokasi kota tsamud (Mada'in
Salih)
Dan
sesungguhnya penduduk-penduduk kota
Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul
Surah al-Hijr
ayat 81
Mukjizat Nabi Saleh
Seorang nabi telah
diutuskan kepada kaum Tsamud, namun langsung tidak diendahkan oleh mereka.
Nabi tersebut diceritakan di dalam al-Quran sebagai nabi Saleh as. Nabi
Saleh as dianugerahkan dengan seekor unta betina sebagai tanda mukjizat
baginda. Unta tersebut bukan sebarangan tetapi unta ajaib yang
‘lahir’ daripada celahan batuan gunung. Ia diceritakan Allah
dalam surah al-Israa ayat 59,
Dan
sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami untuk mengirimkan (kepadamu)
tanda-tanda (kekuasan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan
oleh orang-orang dahulu. Dan telah Kami berikan kepada Tsamud unta betina
itu (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta
betina itu. Dan Kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk
menakuti.
Surah al-Israa
ayat 59
lagi gambar2 yang lebih mengancam
end typing
Cerita lebih
terperinci berkisar tentang mukjizat unta betina ini diceritakan oleh Allah
swt dalam surah As-Syu’araa’ daripada ayat 154 sehingga 159.
Tidak Mengendahkan
Seruan Nabi Saleh As
Miskipun demikian,
kedatangan nabi Saleh as untuk mengajak mereka ke jalan tauhid langsung
tidak diendahkan oeh mereka. Malahan, mereka bertambah engkar dan terus
menerus mencerca dan mencabar nabi Saleh as. Ia diceritakan Allah swt dalam
surah al-A’raaf,
Pemuka-pemuka
yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang
dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu
bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?.” Mereka menjawab:
“Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya. Orang-orang
yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang
tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu. Kemudian mereka sembelih
unta betina itu, dan mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan
mereka berkata: “Hai Shaleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu
kepada kami, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus
(Allah).” Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka
mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka. Maka Shaleh
meninggalkan mereka seraya berkata: “Hai kaumku sesungguhnya aku
telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat
kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi
nasihat.”
(surah
al-A’raaf: 75-79)
Azab Allah Swt
Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur
Keengkaran dan
kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka
ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana
sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang
luar biasa dasyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup kuat. Firman Allah
SWT yang bermaksud,
Dan adapun
kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih
menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir
azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.
Surah
as-Fushsilat ayat 17
Berikut adalah bukti
tinggalan kota
kaum Tsamud, semoga umat Islam mengambil iktibar daripada apa yang berlaku
kepada kaum-kaum terdahulu yang telah dilaknat Allah swt.
Allah
menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah
wahai orang-orang yang mempunyai akal, (yaitu) orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu
Surah
at-Thalaq ayat 10
Bangunan tersergam
indah diukir pada gunung.
Sesalur dan mungkin
ia adalah sistem peparitan
Jalan juga mereka
cipta untuk kemudahan mereka.
Bangunan yang tinggal
untuk umat hari ini menghayati.
Sebuah bangunan yang
dipahat daripada gunung.
Tempat tinggal mereka
turut dipahat daripada gunung.
Sebuah pintu diukir
pada gunung.
Lihatlah keunggulan
mereka dalam mengukir gunung untuk dijadikan bangunan.
Sebuah bangunan berdiri
secara bersendirian di lembah padang
pasir yang tandus.
Sebuah gunung
ditebuk.
Kecantikan dan
kehalusan ukiran namun mereka sombong dengan pencapaian mereka.
Deretan gunung
ditebuk untuk dijadikan bangunan.
Kehebatan mereka
sangat mengagumkan.
Gerbang kota Petra.
Rangka Ratu Puabi, ratu kaum Tsamud.
Makam nabi Saleh as.
Kota
ini pernah didiami dan manjadi bukti azab yang mereka terima akibat
keangkuhan mereka.
Ukiran timbul sebuah
patung.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
Catat Ulasan
0 comments: