Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.
Air kencing dalam perubatan
Pemeriksaan
Ramai pakar perubatan dalam sejarah telah melakukan pemeriksaan dan pengujian air kencing pesakit mereka. Hermogenes menulis mengenai warna dan ciri-ciri lain air kencing sebagai petanda penyakit tertentu. Abdul Malik Ibn Habib dari Andalusia d.862CE, menyebut banyak lapuran mengenai pemeriksaan air kencing di seluruh empayar Umayyad.[6] Diabetes mellitus mendapat namanya kerana air kencingRamai pakar perubatan dalam sejarah telah melakukan pemeriksaan dan pengujian air kencing pesakit mereka. Hermogenes menulis mengenai warna dan ciri-ciri lain air kencing sebagai petanda penyakit tertentu. Abdul Malik Ibn Habib dari Andalusia d.862CE, menyebut banyak lapuran mengenai pemeriksaan air kencing di seluruh empayar Umayyad.[6] Diabetes mellitus mendapat namanya kerana air kencing pengidapnya adalah banyak dan manis. Urinalysis merupakan pemeriksaan air kencing dan sebahagian dari ujian biasa. Kultur air kencing dilakukan apabila jangkitan salur kencing disyaki. Pemeriksaan air kencing melalui mikroskop mungkin berguna bagi mengenal pasti substrat organik dan bukan organik dan membantu diagnosis.
Warna dan jumlah air kencing boleh menjadi petunjuk berguna bagi tahap rehidrasi (rehydration). Air kencing banyak dan jernih biasanya tanda hidrasi yang mencukupi, air kencing gelap merupakan tanda dehidrasi dehydration. Pengecualian adalah apabila alkohol, kafin, dan diuretik lain diambil, dalam kes di mana air kencing mungkin jernih dan banyak dan orang tersebut masih dehidrasi kekurangan air.
Kegunaan silam
- Rom purba menggunakan air kencing sebagai agen peluntur bagi mencuci pakaian dan gigi.
Peluru
Pada masa silam, air kencing dikumpul dan digunakan bagi penghasilan ubat bedil. Air kencing kusam ditapis melalui tong berisi jerami dan dibiarkan masam selama setahun atau lebih. Selepas tempoh ini, air digunakan bagi mencuci garam kimia daripada jerami tersebut. Campuran ini kemudiannya ditapis melalui abu kayu (wood ashes) dan dibiarkan kering di bawah sinaran matahari. Kristal potasium nitrat kemudian dikumpulkan dan ditambah kepada belerang dan arang untuk menghasilkan serbuk hitam.[7]Tekstil
Air kencing telah digunakan sebagai mordant bagi penyedian tekstil, terutama bulu, bagi pewarna. Air kencing digunakan bagi mewarna terutama indigo di mana air kencing bertindak balas dengan dye yang tidak larut bagi membentuk sebatian larut.Baja
Air kencing memiliki sejumlah besar urea, sumber yang baik bagi nitrogen bagi tumbuhan. Oleh itu ia merupakan penggalak berguna bagi kompos. Urea kurang toksik berbanding amonia dan terbentuk dengan gabungan tidak langsung dengan keluaran sampingan pendeaminaan (2 NH3 molekul) dan pernafasan selular (1 CO2 molekul). Komponen lain termasuk pelbagai garam bukan organik seperti sodium khloride (sodium disingkir dikenali sebagai natriuresis).Lain-lain
Semasa Perang Dunia I, pihak Jerman menguji banyak jenis gas beracun untuk kegunaan dalam perperangan. Selepas serangan gas klorin Jerman pertama, pihak Berikat dibekalkan pad kapas yang telah direndam air kencing. ianya dipercayai bahawa amonia pada pad meneuteralkan klorin. Pad ini diletakkan pada muka sehingga askar dapat melepaskan diri dari asap beracun, sungguhpun kini diketahui bahawa gas klorin bertindak balas dengan air kencing bagi menghasilkan wasap beracun (lihat klorin dan kegunaan gas beracun semasa Perang Dunia I).TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
sumber
Catat Ulasan
0 comments: