Oleh itu, dari manakah mereka mengetahui semua perintah itu, dan bagaimana mereka mentaatinya? Adakah dalam kalangan jin juga mempunyai rasul? Namun, al-Quran menyebutkan jin dan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Di dalam al-Quran disebutkan setiap umat atau zaman ada seorang rasul diutus kepada mereka untuk menyeru serta mengajak manusia pada jalan kebenaran. Firman Allah bermaksud: “Setiap umat mempunyai rasul. Apabila datang rasul mereka, diberikan keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikit pun) tidak dianiaya.” (Surah Yunus, ayat 47).
Menurut sebahagian pendapat ulama, tidak ada jin
diutus menjadi nabi dan rasul. Nabi dan rasul hanya berasal daripada golongan manusia. Setiap nabi dan rasul itu berkewajipan menyampaikan seruannya kepada umat manusia dan golongan jin. Justeru, ada jin beriman dan ada pula tidak beriman. Yang beriman disebut sebagai jin Islam manakala yang ingkar atau jahat berasal daripada golongan jin kafir.
Al-Quran memberitahu bahawa Allah SWT menghadapkan serombongan jin kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendengarkan bacaan al-Quran. Mereka mendengarnya dengan penuh tekun. Apabila pembacaan selesai, mereka kembali kepada kaumnya untuk memberi peringatan.
Rombongan jin ini mengatakan kepada kaumnya bahawa mereka mendengar al-Quran, kitab yang diturunkan selepas Musa AS, yang membenarkan kitab sebelumnya (rujuk surah al-Ahqaf, ayat 29-32).
Ibnu Masud menyatakan, dirinya ikut menyaksikan malam turunnya ayat jin ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Aku didatangi pendakwah dalam kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya, dan aku bacakan al-Quran kepada mereka. Peristiwa itu terjadi di Masjid Jin, Makkah, dekat kawasan makam Ma’la sekarang ini.
Berkaitan hubungan manusia dan jin, al-Quran merekodkan kisah seorang manusia yang pernah memerintah jin pada zaman Nabi Sulaiman AS. Pada masa itu, sebahagian jin dengan izin Allah diperintahkan bekerja untuk Nabi Sulaiman.
Mereka membuat apa saja dikehendaki Nabi Sulaiman, seperti membuat gedung yang tinggi, patung, piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada diatas tungku (rujuk surah Saba', ayat 12-13).
Peristiwa Nabi Sulaiman memberikan tugas kepada kaum jin menunjukkan jin mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan.
Ibnu Taimiyyah membahagi manusia yang mampu memerintah jin kepada tiga peringkat. Pertama, memerintah jin sesuai dengan yang diperintahkan Allah, yakni beribadah hanya kepada-Nya. Siapa yang melakukan ini, ia termasuk wali Allah yang paling utama.
Kedua, memanfaatkan jin untuk tujuan mubah (bukan yang dilarang bukan pula yang dianjurkan agama) sambil memerintah melaksanakan kewajipan dan menghindari larangan Allah. Orang seperti ini bagaikan raja. Kalaupun ia termasuk wali Allah, peringkatnya di bawah peringkat pertama.
Ketiga, menggunakan jin untuk hal dilarang Allah dan Rasul, seperti syirik serta membunuh. Manusia yang termasuk kategori ini menurut Ibnu Taimiyyah sebenarnya tertipu oleh tipu daya syaitan.
Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi, ulama al-Azhar kontemporari, berpendapat Allah SWT dengan kudrat-Nya mampu menjadikan jenis makhluk yang rendah memperalat dan mengatasi makhluk yang berkedudukan tinggi.
Jin yang baik, mungkin bersikap baik seperti manusia. Namun ada hadis membandingkan sifat baik jin itu menyamai sikap manusia paling jahat.
Menurut asy-Sya’rawi, jin tidak mungkin rela diperalat oleh sesiapapun. Dengan demikian, boleh dikatakan bahawa tidak ada jin yang ditundukkan atau diperalat manusia, kecuali yang jahat. Ini bermakna, mereka yang berdamping dengan jin hanya menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Lama kelamaan, manusia yang berdamping dengan jin itu akan berada di bawah pengaruh jin.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
Catat Ulasan
3 comments:
Izin share
silakan...sangat2 dialukan..
Ustaz..sy nak tanya sikit..jin boleh melihat iblis atau tidak? disebabkan kedua-duanya diciptakan tanpa jisim..