Firman Allah :
Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Banyak jenis-jenis selawat yang boleh diamalkan dan dalam perubatan terdapat selawat khusus contohnya 'selawat syifa'.
Firmah Allah :
"Sesunggunya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucaplah salam ke atas Baginda".
3. Sedia
Untuk mencari kesembuhan, sememangnya para pesakit akan berdepan dengan pelbagai gangguan.Bagi yang pernah menerima rawatan di DR, gangguan itu bukan sahaja selepas mendapatkan rawatan malah sebelum rawatan juga akan diganggu. Contohnya perasaan berbelah bahagi, diuji dengan pelbagai halangan dan sebagainya. Ingatlah bahawa perasaan was-was itu adalah daripada syaitan dan makhluk ini tidak akan membenarkan kita untuk mendapatkan rawatan kerna ia akan men'jauh'kan diri kita daripadanya. Ujian itu juga kadangkala menjadi lebih berat apabila kita mendapatkan rawatan dan dalam proses penyembuhan. Namun yakinlah bahawa Allah lebih berkuasa dari segalanya. Maka, bersedialah daripada sekarang dari segi rohani, emosi, mental dan fizikal untuk berdepan dengan segala kemungkinan/gangguan.
4. Sabar
Saya percaya ada di kalangan pesakit yang pernah berjumpa dengan pelbagai jenis perubatan samada Islam mahupun bukan. Ada yang pergi ke merata tempat untuk mencari penawarnya. Ada yang sanggup berkorban apa sahaja dan kadangkala pernah ditipu. Ingatlah, semua itu adalah ujian Allah buat kita agar kita terus berusaha dan tidak pernah berputus asa. Doa bagi orang yang beriman pasti akan dimakbulkan sama ada cepat atau lambat. Kadangkala Allah rindukan rasa kehambaan kita, rayuan kita padaNya agar kita sentiasa ingat padaNya. Sakit itu juga tanda Allah sayang pada kita, kadangkala berupa peringatan bagi manusia yang lalai, kadangkala berupa ujian bagi kesabaran dan meningkatkan keimanan seseorang. Andai ia berupa peringatan bagi yang lalai, muhasabahlah diri dan dekatkan diri padaNya. Andai berupa ujian kesabaran, berSABARlah. Andai kematian itu pengakhirannya, redhalah dan berdoalah agar 'kesudahannya' di dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik). Yakinlah bahawa Allah lebih tahu yang terbaik buat diri kita.
Firman Allah : "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar".
bersambung.....
- perkongsian daripada salah seorang wakil Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah (PRI DR)
Catat Ulasan
3 comments:
JIKA SAYA BERMIMPI MELIHAT BENDA PUTIH 2 3 HARI SELEPAS ITU PASTI ADA ORANG YANG SAYA KENALI MENINGGAL DUNIA. PEHA DAN BETIS SAYA SELALU ADA KESAN LEBAM. ADAKAH INI SAKA USTAZ?
.salam.ustaz sye ingin berniaga mengikut cara islam sye ingin tahu ayat pelaris yg terdapat didalam hadis
pelaris telah kami nyatakan dalam post "Pelaris Perniagaan Bomoh VS Pelaris Perniagaan Islam".. lakukan dengan penuh keyakinan.. insyAllah