Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Pelaris Perniagaan Bomoh VS Pelaris Perniagaan Islam


vs


Perniagaan merupakan antara salah satu mata pencarian manusia di muka bumi ini yang dibenarkan oleh Islam jika mengikut garis-garis panduan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-sunnah. Rasullah merupakan contoh tauladan kepada merupakan ahli korporat dalam bidang perniagaan yang mana telah diamanahkan oleh Isterinya Saidatina Khadijah untuk menguruskan perniagaannya sehinggakan semasa di bawah pengurusan Baginda perniagaan Saidatina Khadijah bertambah untung dan maju. Selain itu sahabat Baginda Abdul Rahman Bin Auf yang merupakan salah seorang tokoh perniagaan yang terkenal di Mekah mahupun di Madinah.

Perniagaan merupakan suatu pekerjaan yang paling baik, perkara ini telah dijelaskan di dalam hadis Baginda
Maksudnya : Daripada Rifa’ah Bin Rafi’ Sesungguhnya Nabi pernah ditanya apakah pekerjaan yang paling baik ? .Beliau bersabda “Pekerjaan seseorang dengan tangannya dan setiap jual-beli yang diterima”. (HR Al-Bazzar dan dishahihkan oleh al-Hakim)

Terlintas di benak fikiran kita bagaimana para sahabat dan para saudagar Islam terdahulu menjadi peniaga yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda?. Apakah pelaris yang mereka gunakan? Apakah pelaris tersebut kita gunakan pada hari ini?.


Pada masa kini kita dimomokkan dengan berbagai bentuk pelaris perniagaan yang bertentangan dengan syarak sehinggakan ia boleh menyebabkan kita terjerumus ke lembah syirik.  Dosa Syirik adalah dosa yang paling besar di sisi Allah.dan dosa ini dipandang sangat enteng (mudah). di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Bayangkan kita melakukan solat, puasa, haji, zakat, sedekah serta ibadat lain namun ibadat tersebut tidak diterima oleh Allah kerana kita sedang melakukan syirik kepadaNya dengan memakai tangkal dan azimat. Berikut beberapa pelaris yang tidak dibenarkan syarak






 Kebiasaannya pelaris-pelaris ini selalunya diletakkan di penjuru-penjuru kedai atau diletakkan di dalam mesin duit serta dalam makanan dan dipakai oleh si penjual. 

Manakala ini antara beberapa Pelaris Perniagaan dilakukan oleh para ulama-ulama silam yang sering kita abaikan yang seiring dengan kehendak syarak.

1-Beristiqamah (berterusan) Dalam Melakukan Solat Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. rujukan sini

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertauba"t (hadis tarmizi)

2-Selalu Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma'thur
contohnya doa selapas solat dhuha - dipetik dari sini


3- Beristiqamah (berterusan) dalam melakukan amalan Surah Al-Waqiah setiap malam
1.    
      sabda Rasullah "sesiapa membaca setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusuhan atau kemiskinan selama-lamanya" (diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Masud r.a)

      sabda Nabi s.a.w "barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah al-waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua"

4-Amalan Bismillahirrahmanirrahim
Membacanya 1000x selepas Solat Asar secara berterusan dengan kusyu' dan khudu' serta memahami isi maknanya

5- Boleh Meruqyahkan (Menjampi @ Terapi) Dengan  Ayat-Ayat Ruqyah Pada Bahan-Bahan Atau Produk-Produk Yang Ingin Dijual

Jikalau perniagaan jenis makanan boleh meruqyah pada beras,gula, garam serta sebagainya. untuk mengetahui ayat ruqyah tersebut boleh dapatkan Buku Ruqyah di pusat rawatan Darul Ruqyah atau kedai-kedai buku yang berhampiran

Jika tidak mampu untuk membacanya boleh meruqyah menggunakan Cd Ruqyah. Cd Ruqyah boleh dapatkannya di Pusat Rawatan kami yang terdekat atau kedai yang berhampiran

Catat Ulasan

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

boleh bagi ayat2 untuk amalan untuk tgk kedai tu pakai pelaris atau tidak ustaz?

Tanpa Nama berkata...

kalau kita disihirkan melalui hadiah...boleh tak hadiah tu kita buang mcm itu sahaja atau perlu dibakar? TQ

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...Sesetengah kedai makan melekatkan gambar burung yang dilakar dengan huruf jawi adakah ini boleh dikatakan pelaris?
Ada pula yang melekatkan nama nama sahabat as-habul kahfi iaitu wali tujuh..dalam kedai ataupun dalam kereta adakah ini di kira azimat atau pelaris..?

Tanpa Nama berkata...

adakah penyakit kulit disebabkan angkara jin dan syaitan

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah berkata...

setengah penyakit kulit ada kaitan dengan gangguan makhluk halus... utk memastikan perkara tersebut perlu melakukan scanning

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah berkata...

jika disihirkan melalui hadiah.. sebaiknya ditanam atau di buang ke dalam sungai atau laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini