• Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat Disember 2012) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

Kami tidak pernah melantik mana-mana cawangan atau ejen jualan kepada produk kami.Sebarang masalah kami tidak akan bertanggungjawab! Jika ada sebarang penyamaran atau jualan produk menggunakan nama Darul Ruqyah atau D Ruqyah Solutions, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
019-2691525 / 019-3081525

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


Tips-Tips Memagar Rumah *Mesti Baca*

Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??

1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada   waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya

Tips Memagar Rumah


 A.Bacaan
     1. Baca Surah Yasin
     2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
     3. Surah Yasin ayat 9     = 21x
     4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x

B. Bahan
      1. Garam
      2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
      3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)

C. Kaedah
  1. Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
  2. Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
  3. Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan  minyak kasturi tadi
  4. Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
  5. Buka pintu , tingkap dan almari
  6. Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
  7. Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
# Cd ruqyah boleh didapati di pusat rawatan islam darul ruqiyyah atau kedai-kedai yang berhampiran

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

Catat Ulasan

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz,saya nak tanya saya bakal berpindah ke rumah sendiri & suami tidak berapa mempercayai hal-hal sebegini.sekiranya saya ingin memagar rumah dgn bantuan uztaz bagaimanakah caranya.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

Datang Ke Pusat Rawatan Kami Yang Berhampiran InsyAllah kami akan bantu

zainab berkata...

Salam ustaz, bolehkah saya "memagar rumah" sendiri @ perlu meminta bantuan kaum lelaki untuk melakukannya.

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

ikut kemampuan.. tapi yang lebih baik adalah kaum lelaki yang memagarnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya Takot duduk sorang2 dlm rumah. saya rasa mcm saya diperhatikan . xkira siang mlm rumah atas mesti mcm ada org ubah2 perabut, lari smbil hentak kaki, barang jatuh.. Kadang2 malam2 saya terjaga dari tidur msti terhidu bau busuk seperti bau sampah @ bau terlalu wangi seperti bau bunga kemboja.. sekarang tidor pon bukak lampu. tapak kaki bhgn tengah slalu rasa seperti "muscle bergerak2"...Adakah saya terkena gangguan?

Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah berkata...

kemungkinan anda sedang diganggu oleh makhluk halus.. dari tanda2 yg diceritakan..!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalaimualaikum Ustad. Sya seorg guru, pernah kena sihir 2 tahun dahulu. Apabila brubatsaya makin sembuh, tpi skarang nisya rasa slalu tidak tenteram, slalu berfikir ttg benda yang tidak sepatutnya sya fikir dan was-was sya sangat tinggi. Soalan saya. Adakah ini bermakna penyakit sya blum pulih sepenuhnya. Tq Ustad.

jura-rahim berkata...

Salam ustaz anak saya kerap sakit perut, dah pergi hospital tapi doktor kata tiada apa-apa, kebelakangan ini sakit perutnya semakin kerap makan ubat pun tak memberi kesan, adakah ustaz boleh bantu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini