Bagaimanakah saya ingin tahu bahawa saya telah mengalami gangguan? Apakah simptom atau tanda-tandanya?
Ketika Tidur
- Susah tidur
- Mudah terjaga malam
- Mimpi binatang berbisa seperti ular, singa, unta dll
- Ketawa, menangis, menjerit, bunyi gigi berlaga ketika tidur
- Mimpi jatuh tempat tinggi
- Melihat benda tajam
- Mimpi melihat budak kecil (bayi)
- Mimpi salib atau paderi
- Lesu, malas, hilang semangat
- Sesak nafas, gila
- Lenguh sendi-sendi utama
- Ketumbuhan (cancer)
- Selalu mengantuk
- Mudah marah, hilang darah
- Agresif dan bertindak liar
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
sebarang komen sila tinggalkan nama samaran.
Catat Ulasan
222 comments:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 222 daripada 222 Terbaru› Baru»Salam ustaz, saya seorang gadis berumur 25 tahun. 2 hari lepas ketika tertidur selepas solat subuh, saya bermimpi di kejar harimau. dalam mimpi itu saya rasa sangat penat dan ketakutan. walaubagaimanapun saya selamat dari di baham harimau tersebut. malam tadi pula saya bermimpi melahirkan anak.. tetapi bayi itu sudah mati sebaik dilahirkan. bayi itu sangat comel dan putih pucat lesi. saya terjaga dalam ketakutan dan melihat jam 2.30 pagi. saya cuba memasang ayat suci Al-Qur'an di laptop dan membaca ayat Kursi tetapi ketakutan itu sukar dipulihkan seperti selalu apabila bermimpi ngeri.saya tidak boleh tidur dan mengantuk yang teramat sangat di tempat kerja. sampai sekarang saya masih terbayang-bayang mimpi tersebut. buat pengetahuan ustaz, saya pernah sering bermimpi bayi @ anak kecil suatu masa dahulu. tetapi baru kini gangguan bermula semula. saya juga sering mudah marah dan cepat panas hati pada perkara-perkara kecil. harap ustaz dapat jelaskan simptom yang saya alami.
salam Ustaz,
saya mengalami sebahagian dari tanda2 tersebut.. seperti.sukar tidur malam..selalu terjaga tengah malam dan sukar untuk tidur semula..rambut gugur dengan banyak..
selalu rasa tidak berpuas hati pada suami..kurang bernafsu trhadap suami..kecuali setelah dipujuk rayu berkali2..
tapi saya tidak percaya ia ada kaitan dengan sihir..
saya hanya menganggap ia berpunca dari saya sendiri..seperti stress dan tidak boleh mengawal emosi.. adakah patut saya mendapatkan rawatan di disini untuk kepastian sedangkan saya selalu berfikiran yang saya tak mungkin terkena sihir..
tapi saya paling stress bila tak boleh tdo malam.. adakah saya perlu mendapatkan rawatan di sini?
terima kasih Ustaz..
Assalamualaikum Ustaz. Baru2 ini mak sy ada terlihat benda bulat berbentuk seperti bola api dibilik sy. Ia berlegar-legar di tingkap bilik saya. Pada hari jumaat (minggu lepas) sy dapati badan sy terlalu lemah tidak seperti kebiasaan. Sy check di anggota badan sy dan dapati di peha kanan terdapat suatu kesan seperti lebam dan apabila ditekan tempat berkenaan ia jadi sakit. Dan sy perdengarkan bacaan ayat Al-Quran di telinga sy dan setelah itu sy mengalami pening kepala yang amat sangat terutama di kepala kanan, muntah-muntah dan rasa seram sejuk pada bahagian luar badan sementara dalamannya pula bahang seperti dibakar api. Apakah sy terkena gangguan makhluk halus itu? Harap Ustaz dapat beri penjelasan...
Assalamualaikum, sudah masuk 5 thn usia perkahwinan saya dan suami jg seorg yg baik & bertnggungjwb. Abg ipar sy katanya seorg pengamal perubatan islam. Tak taulah ye ke tidak sbb sy kurang mempercayainya krn sy tdk nmpak dia berSOLAT pun. Kakak sy pun begitu jg. Masalah timbul a/p dia menuduh suami sy ada saka dan mcm2 lg. Sy tak rasa begitu pun sbb sy tak pernah mengadu apa2 pun ttg suami sy pdnya. Apa masalah abg ipar sy ni? bila tgk org sakit kaki dsbnya mesti dia kaitkn dgn saka. Cara perubatannya pula adalah MENURUN. Katanya itu cuma syarat memujuk jin dlm bdn. Siap ada SURAT PERJANJIAN DGN SAKA/JIN tersebut. Ambil AL-QURAN pulak letak kt tepi spy org percaya dgn dia. Tak bacapun sy tgk.. sedih gak sy tgk sbb kakak sy pun jd penolong dia. Bolehkah ustaz beri pandangan spy mrk sedar perbuatan mrk salah???
Assalamualaikum ustaz. Saya ingin dapatkn pendapat dari ustaz.Dalam prtengahan tahun lepas dan tahun sebelomnya saya sering kali bermimpikan ular yang panjang di tempat yang sama dibelakang rumah saya di kampong walaupun saya berkerja di penang, tapi sekarang saya sudah lama tidak bermimpikan pekara tersebut.Adakah ini ada kaitan dengan mahluk halus dan patutkah saya membuat rawatan.?
apakah maksudnya denyutan d bawah pusat tuan?? adakah tandanya seseorang itu akan mati?? sekarang susah tidur, mudah terjaga malam, dan muntah2.. mohon tuan bantu..
Assalamualaikum ust..
sy sering bermimpi myusukan baby...sehingga skrg sy blum dkurnia zuriat..sy tlh rujuk rawatan moden namun DR maklum kami tiada masalah. Adakah mimpi sy itu ada kaitan dengan masalah sy?...
Aslmkm..ustaz..
saya selalu mengalami sakit kepala,sukar tidur,sering terjaga dari tidur pukul 2 a.m dan susah nak tidur balik,selalu mengantuk,lesu,hilang semangat,mudah marah dan sering panas dibahagian belakang badan..adakah sya menglmi gngguan?Thanks..
Salam ustaz, sy mengalami masalah ketika tidur. Ketika sdng tidur, sy terjaga kerana terkjut mendengar suara perempuan menjerit betul betul dihadapan muka saya dan kemudian beransur hilang. Kejadian ni berlaku dlm bilik tidur yg gelap. Apakah puncanya ustaz?
Sy nk tnya pesakit ni xdpt pergi berubat bolh x sy beri nama untk ustaz meliht adkh bnr pesakit da terkena sihir..bru bbrape ari bdn sdh merasa sakit2 bdn jd lmh..lgpn pesakit ni sdang kotor..ksan lbm sdah 2 tmpt.peha kiri knan..bolh rwatan jarak jauh dlkukn..
assalamualaikum ustaz, saya gadis berusia 24 thun dan masih bujang. saya mangalami masalah gelisah apabila tiba waktu untuk mendirikan rumahtangga. hal ini sudah tiga kali berlaku apabila saya berhasrat utkmndirikn rumahtangga.. hati saya sentiasa gelisah dan ada ketikanya saya akan timbul rasa benci dan kurang suka n selesa dgn psangan. wlhal saya yg semngat untuk berkahwin. akan smpai satu masa saya akan jdi lesu, tidak berminat dan seolah2 membenci pasangan. hal ini mbuatkn saya gelisah, lesu, dan lain2 negatif. solat, al quran pendinding semua saya amalkn ustaz. mohon pencerahan
tapi, saya dari sarawak
Assalamualaikum....saya seorang IBU pada 3 anak .saya mengalami masalah haid talk Henti sehingga kini Sudah 2 bln.bermacam ubat saya ambik tapi masih Osama.minta tolong sangat.
bagaimanakah kalau "terjaga pagi setiap kali azan subuh"
Ustaz DR,
suami saya mula berubah sejak mengenali seorg kawan lelaki beberapa bulan dulu. Baru je kenal tapi jadi sangat kasih pula kepada kawan lelaki tersebut dan mula berubah perangai menjadi seorg yg suka menipu, pemarah, tidak mesra, dingin, tidak suka berada di rumah. Bayi saya juga sudah mula kerap menangis malam sejak itu. Adakah ini tanda-tanda ganguan jin/sihir?
Assalamualaikum , saya nak Tanya. saya pernah beberapa kali mimpi susukan bayi. adakah itu petanda yang tidak baik.
ASSALAMUALAIKUM ustaz, sepanjang bulan september sehingga sekarang saya telah bermimpikan ular sebanyak 3 kali. hati saya juga sering gundah gulana terutamnya setiap kali bangun tidur seperti sedang memikirkan masalah walaupun hakikatnya saya tidak memikirkan apa2 pon.masalah ini bukan sahaja sejurus selepas bangun tidur, kekadang secara tiba2 menyebabkan emosi tidak stabil dan mudah menangis. semasa tidur, saya sering terjaga dan mendengar bunyi gigi berlaga. adakah itu juga boleh dikategorikan sebagai tanda gangguan jin atau sihir. trima kasih
Assalam Ustaz. Saya sering memasang ruqyah ketika hendak tidur. Namun, saya tidak rasa mengantuk malah tidur rasa terganggu. Kebiasaannya, kucing saya pula yg bertindak agressif ketika ruqyah di pasang. Hanya setelah ruqyah ditutup baru saya boleh tidur dan kucing kembali tenang. Boleh beri pandangan ustaz.
Assalamualaikum utz saya ingin bertanya kenapa saya sering diganggu dengan suara wanita tua memberi salam?apakah maksudnya itu utz?
assalamualaikum...
saya ingin bertanya...saya menghadapi masalah berkenaan dengan sihir pemisah oleh isteri saya sejak hampir 6 bulan yg lepas.dan saya tinggal berasingan dengan nya.pelbagai kaedah rawatan telah saya ikuti utk menyembuhkan isteri saya tetapi semua menemui jalan buntu.boleh ker ustaz menolong atau membantu saya.
Assalamualaikum..
saya ingin bertanya. br2 ini anak sy ada dimasukkan ke wad. seblm tu di sebelah petang seblm ank msk wad, ada mck ni try ajar sy klu ank demam lelah urut diurat2 tertentu. tp sblm u dia ada ckp pd sy ank ni nnt lelah ni..n mmg betul mlm tu ank sy dimskkan ke wad sbb nafas laju. berbalik pd mck td. mlm tu dia xboleh tdo.dia ckp ada org perempuan muda dtg n bg warning jgn ganggu ank cucu dia. ada bbrpa kejadian sblm ni..adk sy ditegur oleh seorg ustaz ni suruh adik sy berubat. kemungkinan ada saka ke yg kami 1 fmly tidak tahu?
Assallamualaikum ustad,sy Idayu dr Langat, S'gor. Sy bekerja di restoran sebagai pembantu tkg msk..awal mule sy keje sini,sy xde syak ape2 brmule dgn sikap boss sy suami-isteri yg kerap marah2 dn brtekak brdue, jd sy cube fokus dn mtk pd tuhan bantu sy utk cari tau ape puncanya.Utk pngetahuan ustad,sy dberiNya kelebihan blh melihat kberadaan jin/qorin dsekitar sy berada.Tp ustad,klebihan sy cume 1 tp kkurangan sy lebih bnyk.Mksud sy,sy xde ilmu nk utk kunci ke,nk panggil apalagi nk halau..lg la sy xtau.Sy cume tau n nmpk lokasi dorg,sy xprlu trcari2 sbb slalunye dorg yg yg akn tnjukkn sosok dorg n bgtau , "oii manusia, ni tmpat aku!"..Sy cume mmpu bntu diri sndiri ataupn kwn2 yg tau psl sy jln utk mnolak dr mganggu dn dgnggu ne.Selain tj,sy selalu amalkn Bismiah 5, ayat al isro 70, ayat surah ar rohman brbunyi "ya ma'sharoljin.." dn ayat nabi sulaiman yg brmule dgn "walakot fattana sulaimana wa aqina ala kursihi jassaadan summa annan"..(klu x silap).Jd tujuan sy ni adalah .ohon bantuan ustad bg pihak majikan dn seterusnya mohon bimbingan ustad utk sy lebih memahami kelebiha sy ni,cara2 mngawal kelebihan/keterbatasan panca indera sy dn sedikit asas rawatan awal bg mncegah sesuatu jin tu dgn mudah mndekati, mrasuki atau memesongkn akidah.Sy harap prmohonan sy ini mndapat prhatian pihak ustad..Boleh messenger sy di FB sy, "Cat Naszayu"..
Jazakalloh hu khoiroo, Assallamu'alaikum..