Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Guna-guna atau Sihir Pemikat
Tanda-tanda :
- Asmara cinta yang keterlaluan
- Berubah secara spontan dari benci kepada suka
- Cenderung melakukan perbuatan seksual
- Sukar mengawal cinta
- Rindu bayang berlebihan
- Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal
- Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya
- Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
- Timbulnya pelbagai perselisihan antara suami isteri
- Mencuba dan ingin tahu
- Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi
- Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya
- Melariskan perniagaan
- Mendapatkan pengikut
- Adakalanya suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama
- Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetengah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut
- Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
Catat Ulasan
3 comments:
salam ustaz.saya nk bantu rumah tngga abg saya mnjadi baik semula.di sebabkan org ke 3 yg gngu hbngn abg dan isterinya.sblm muncul org ke 3 mrka xde mslh.abg saya mnjd xtentu arah dngn mslh dia.tp dia syngkan istri dia.abg asyik teringatkan kat prmpuan 2.turut je ape yg prmpuan 2 suruh wlwpun da mslh kcil shngakan abg sngup prgi ke rmah prmpuan 2 yg jauh.kak ipar dan mak saya prgi rwtan trdisional yg gnakan ayat2 suci al-Quran.stlh itu hbgn mrka baik tpi skrang pd bulan posa pun prmpuan 2 msih dgil.perawat ckp dia gna pemanis,susuk, dan sjnis air yg sapu di tngn.dan juga dia tlah mnutup nafsu abg saya trhadap istri abg.mnghasut dan beri bnda2 yg mewah kat abg saya spya abg gilakan kbndaan.perawat ckp dia pnyai ktrunan/saka.saya bknye nk msuk cmpur tp saya hnya nak bantu pulihkan hbgn rmah tnga abg dgn cara yg baik.bantu saya ustaz spya hbgn abg dgn prmpuan 2.istrinya sdg hamil ank yg ke 2.
assalamualaikum ustaz..saya mpunyai masalah dgn suami..saya tidak suka melihat muka suami dan mdgr suaranya sejak akhir2 ini. saya juga tidak ingin untuk btegur sapa dgannya..suami saya pula asyik tergila2 kan seorang janda.. diaa telah bjanji untuk berubah dan mninggalkan janda tersebut namun sehingga kini dia masih mpunyai hubungan dgn janda tu.Dia hanya boleh berubah sekejap saja, lps tu balik dgn perangai lamanya. Janda tersebut juga berani mganggu saya melalui panggilan telefon dan sms. Ada keluarga yg myarankan utk berubat secara islam sprti di Darul ruqyah, tp saya tdk tahu dr mana saya nak mulakan..Harap Ustaz membantu saya, saya buntu dgn masalah saya yg sdh berlanjutan begitu lama..
as salam ustaz,
saya mempunyai masalah dengan suami saya. sebelum ini, saya dingin dengan suami saya (tanpa ketahui sebab). bila saya tersedar, saya berubat untuk pulihkan saya. selepas itu, suami saya pula yang berubah. pada awal perkahwinan, kami dah mula bertengkar benda2 yang kecil, tetapi elok semula.. adab la dalam rumah tangga.. tapi sekrang bila bertengkar, dia atau saya masing2 tak mengalah. panas saja. dia mengaku menyayangi janda tak beranak ni. sebelum ni dia berjanji nak tinggalkan janda ni, selepas itu dia seperti lupa anak dan isteri. jika janda ni telefon, mesti dia akan jadi panas baran / tak selesa duduk rumah. nak jumpa janda tu. saya dah berubat, tetapi kesannya sekejap. dan sekrang suami saya masih lagi berhubung dengan janda tu. malah sanggup ugut nak abaikan saya anak beranak jika saya masih menentang hubungan dia dengan janda tu. saya di beritahu kami terkena sihir pemisah, saka dan angkara orang ketiga.saya buntu.. ape yang saya patut lakukan.. saya tidak mahu mengalah.. saya mahu berusaha selagi boleh.. harap sudi bantu..