Untuk makluman, ustaz menetap di Kedah dan sentiasa berulang alik dari Kedah-Pulau Pinang-Perak-Batu Caves-KL. Bukan sedikit pengorbanan ustaz dan warga DR dalam menghadapi pelbagai ujian apabila terlibat dalam bidang ini (hanya yang mengalami iaitu terlibat secara langsung dalam bidang ini sahaja yang akan merasainya), namun ustaz dan sahabat-sahabatnya masih meneruskan jihadnya dalam membantu orang lain dan membongkar segala rahsia kejahatan makhluk halus ini. Secara peribadi, saya merasa agak terkilan dan sedih apabila ada 'suara-suara' negatif yang dilemparkan kepada ustaz dan Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah tanpa soal selidik terlebih dahulu. 'Alla Kulli Hal, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.
p/s: Moga Allah melindungi kita semua daripada segala kejahatan jin dan manusia. Segala yang baik dari Allah dan kelemahan itu dari saya sendiri selaku hamba Allah yang kerdil di muka bumi ini.
Catat Ulasan
2 comments:
Salam,
saya berminat untuk mengikuti program esok,ada kekosongan lagi kaa..?
Assalamualaikum Ustaz... Saya Orkid (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun, saya belum berkahwin dan bakal berkahwin bulan Jun ni.. Masalah saya, sejak bulan Februari, haid saya dtg terlalu lama, banyak.. 25-28 hari.. dah 3 bulan macam ni.. saya dah berjumpa gynea di HKL.. tapi doktor xde cakap pape pun...sekarang ni darah dah kehitaman mcm arang.. setiap hari ada..banyak pulak tu..saya jadi stress.. bahu kanan saya sakit sangat.. Tapak kaki selalu sakit dan bengkak-bengkak ..kulit kepala kering dan byk kelemumur walaupun hampir setiap hari saya syampoo.. saya rasa diri terlalu kotor.. sampai was2 dan x boleh nak solat dan baca Al-Quran.. saya jadi malas, rumah saya tak terurus..saya jadi terlalu letih, balik kerja terus baring dan tidur, saya jadi cepat marah walaupun perkara kecil.. sedih sangat.. (T_T) Adakah saya sedang diganggu makhluk halus...