Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Prosedur Rawatan

Baca Seterusnya.. »

Sihir Pengasih


Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Guna-guna atau Sihir Pemikat

Tanda-tanda :
  1. Asmara cinta yang keterlaluan
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka
  3. Cenderung melakukan perbuatan seksual
  4. Sukar mengawal cinta
  5. Rindu bayang berlebihan
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab :
  • Timbulnya pelbagai perselisihan antara suami isteri
  • Mencuba dan ingin tahu
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya
  • Melariskan perniagaan
  • Mendapatkan pengikut
Kesan-kesannya :
  1. Adakalanya suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama
  2. Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetengah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut
  3. Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

Baca Seterusnya.. »

Angkara Sihir & Kesannya

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut :
  1. Sihir Pemisah
  2. Sihir Pengasih / Sihir Pemikat / Ilmu Guna-guna
  3. Silap Mata
  4. Sihir Gila
  5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
  6. Sihir Mendengar Panggilan
  7. Sihir Membuat Penyakit
  8. Sihir Pendarahan
  9. Sihir Menahan Pernikahan
  10. Sihir Pukau
****Ingatlah bahawa tukang sihir atau orang yang menggunakan sihir kepada seseorang akan menyebabkan aqidahnya tersasar kerana :
  • meminta pertolongan dan menyerahkan ketaatan selain daripada Allah (menjurus kepada perbuatan mensyirikkan Allah)
  • melakukan kezaliman sesama manusia

Baca Seterusnya.. »

Ayat Amalan II



70. Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan[862], Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.


[862]. Maksudnya: Allah memudahkan bagi anak Adam pengangkutan-pengangkutan di daratan dan di lautan untuk memperoleh penghidupan.

(Surah Al-Israa' : 70)

Kaedah baca :

  1. 20x setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu
  2. Dibuat selama 10 hari
  3. Jumlah sebanyak 1000
  4. Jadikan zikir harian walaupun telah sembuh

Baca Seterusnya.. »

Ahlan Ya Ramadhan...

Kami warga Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak 1431H kepada semua kaum keluarga, pesakit kami beserta ahli keluarga mereka dan pengunjung blog ini. Gunakan 'Madrasah/Universiti Ramadhan' ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Moga Allah mengurniakan kesihatan kepada kita agar mudah beribadah dan merebut ganjaran yang ditawarkan pada bulan ini. Ameen Ya Rabb..


Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini