Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi
Memaparkan catatan dengan label Sihir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sihir. Papar semua catatan

Batin Merana Disihir Oleh Isteri Tua..Eksklusif.!!!!

jiwa terseksa, batin merana. Mungkin itu ungkapan tepat bagi menyelami penderitaan ditanggung Rafidah, 30, selepas hampir dua tahun menghidap penyakit ganjil akibat disihir madunya kerana dendam dan cemburu.
Lebih memburukkan keadaan, Rafidah turut mengalami masalah membuatkan dirinya berbau busuk ketika hendak mengadakan hubungan kelamin dengan suami iaitu kontraktor yang beristeri dan ada tiga cahaya mata.
Derita ini terpaksa ditanggung Rafidah selepas dua bulan mendirikan rumah tangga pada 2008.
Rafidah menyedari, hidup bermadu bukan mudah dilalui selepas dia nekad mengambil keputusan untuk hidup berpoligami. Namun, sedetik pun dia tidak menyangka, madu yang berkongsi hidup dengannya sanggup menggunakan ilmu hitam dipanggil sihir najis, semata-mata mahu meleraikan hubungannya bersama suami.
Perbuatan melampau madunya terbongkar apabila Rafidah yang mendapatkan khidmat rawatan perubatan secara Islam daripada Ustaz Mohd Suhaimi Rozali di Darul Ruqiyyah (DR), Gombak, dekat sini, .
“SEJAK terkena sihir madu, suami bukan saja enggan menyentuh saya lagi, malah
end typing
hubungan kami menjadi dingin dan dia seolah-olah membenci.
Ada masanya saya menjadi sangat tertekan dan ingin berpisah dengan suami, tetapi pada masa sama saya masih sayang serta tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan berpisah (bercerai).
Tambahan pula, kini saya tahu suami berbuat demikian angkara perbuatan jahat madu saya, Zaleha, oleh itu perpisahan bukan jalan penyelesaiannya.
Pada mulanya saya sering mengalami gangguan dan kesukaran tidur di waktu malam, kemudian apabila ingin bersama suami, badan mengeluarkan bau kurang menyenangkan ketika kami bersama.
Sekarang lagi teruk, dengan berlendir dan mengeluarkan cecair putih berbau busuk, saya tidak selesa, dan suami pula rimas dengan keadaan saya.
Kini dia jarang bersama saya lagi. Boleh katakan, dalam tempoh sebulan kami hanya berjumpa seminggu. Peliknya, semua ini hanya berlaku apabila bersama suami. Apabila kami berjauhan saya menjadi normal kembali.
Kebelakangan ini kelakuan suami juga banyak berubah dan sering marah tanpa sebab walaupun hanya membabitkan perkara remeh.
Adakalanya dia seperti ingin berjauhan dengan saya. Dia pernah berkata tinggal bersama isteri tuanya lebih aman berbanding tinggal dengan saya.
Saya sedih, isteri mana tidak kecewa jika diperlakukan begitu. Namun saya juga akur bagaimana hendak bersamanya jika keadaan saya begini.
Saya mengesyaki madu tergamak melakukan perbuatan sebegitu rupa untuk memisahkan kami.
Sihir itu dipanggil sihir najis iaitu benda najis daripada darah haid yang dijampi, kemudian dimasukkan ke dalam makanan, minuman atau minyak wangi yang dipakai dan suami.
Ia menyebabkan suami tidak boleh menyetubuhi isteri. Itu yang berlaku kepada saya. Suami juga kadangkala melihat saya dengan pandangan hodoh dan tidak berupa manusia seperti lazimnya.
Madu saya terlalu kuat cemburu dan tidak suka jika suami lebih banyak menghabiskan masa bersama saya.
Sedangkan ketika mula berkahwin dulu suami bahagikan masa dengan adil, tetapi Zaleha tidak bersetuju dan mahu masa lebih diluangkan kepadanya kerana dia isteri tua dan mempunyai anak. Itupun saya sudah mengalah.
Dia (Zaleha) sebenarnya tidak merestui hubungi kami tetapi terpaksa akur dengan keputusan suami yang ingin berkahwin dengan saya.
Sebab itu, apa saja yang saya lakukan bersama suami, dia pasti buat perangai.
Demi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan ingin berbaik dengan Zaleha, saya pernah mengajak madu duduk sebumbung, tetapi pelawaan saya ditolak.
Madu menuduh saya menyimpan niat jahat untuk tinggal bersama dan mengarahkan suami untuk tidak mengendahkan permintaan saya.
Banyak lagi perkara remeh diungkit Zaleha untuk mengeruhkan keadaan. Dia tidak senang kerana saya memiliki perniagaan, saya pernah dituduh cuba menggoda lelaki ketika menguruskan perniagaan.
Saya tidak mahu berdendam dan akan memaafkan Zaleha. Yang saya inginkan sekarang hanyalah suami, saya mahu rumah tangga yang saya dirikan ini diselamatkan.”

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
 

Baca Seterusnya.. »

Limau Nipis Ubat Santau

KUALA LUMPUR: Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau angin yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali (gambar) berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.
Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam, katanya.

Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil tuju itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.
Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak memakan diri sendiri atau keluarga terdekat mereka, katanya.
Katanya, santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.
Manakala cara kedua,
melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.
Semalam, Harian Metro melaporkan lima anggota polis yang menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan santau katak puru dan santau angin oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.
Mengulas kejadian itu, Suhaimi berkata, ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.
Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.
Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau, katanya.
Beliau berkata, antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.

Sumber : Harian Metro

Baca Seterusnya.. »

Ruqyah penawar gangguan











GELAGAT orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan menyambut kedatangan penulis ke Pusat Rawatan Darul Ruqyah, Sunway Batu Caves petang Jumaat itu. Walaupun hujan lebat di luar, semua itu tidak mengganggu penantian mereka, malah bilangan yang baru datang tetap bertambah. Semuanya dengan hajat yang sama - mencuba perubatan yang semakin menjadi sebutan ramai itu.







Pelbagai gaya dan ragam, ada yang membawa anak kecil dan ada juga yang kelihatan seperti sihat-sihat sahaja.
"Bulan puasa kurang sikit pengunjung. Kalau tidak, boleh mencecah 200 orang untuk tempoh dari pukul 3 hingga 10 malam. Mungkin syaitan dah banyak kena ikat, jadi gangguan pun kurang," seloroh Mohd. Suhaimi Rohani@Rozali memulakan perbualan.
Kebiasaannya, kata beliau, pesakit yang mendapatkan rawatan di situ mengalami gangguan makhluk halus seperti saka, sihir, santau, histeria dan juga gangguan psikologi seperti gila. Tidak terkecuali mereka yang mengalami sakit fizikal seperti diabetis, darah tinggi, jantung tersumbat, kanser, sawan dan pelbagai lagi. 

Beliau yang mesra disapa Ustaz Suhaimi berkata, biasanya pesakit menjadikan Darul Ruqyah sebagai destinasi terakhir berikhtiar sekiranya gagal sembuh dengan rawatan moden atau alternatif lain. Menurutnya, keadaan itu lebih memudahkan rawatan kerana pesakit biasanya sedar dengan penyakit yang dialami.
Kaedah ruqyah jelasnya menggunakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan ia memerlukan pesakit menjalani proses imbasan yang dilakukan pengamal perubatan bagi menentukan sama ada mereka mengalami gangguan atau tidak.
"Biasanya kalau seseorang itu mempunyai gangguan yang teruk seperti saka, dia akan mengalami histeria dan menjerit-jerit sejurus dilakukan imbasan," kata Ustaz Suhaimi yang berasal dari Pendang, Kedah.
Sebenarnya dalam perubatan Islam katanya, sebarang penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus dalam darah kita. Penyakit ini katanya tidak akan hilang dan ia hanya boleh diredakan melalui amalan dan ibadat. Namun begitu, ia tetap diwarisi kepada anak cucu pesakit kelak.
"Kalau kita fahami penyakit keturunan seperti talasemia, begitu juga dengan masalah gangguan dari segi perubatan Islam. Cuma untuk memberi penerangan yang lebih jelas agak sukar," katanya.
Kata Ustaz Suhaimi lagi, untuk mengenal pasti seseorang itu mengalami gangguan sebenarnya tidak sukar. Kebiasaannya individu tersebut cepat marah, lesu, letih manakala bagi wanita pula tanda-tanda seperti masalah haid yang tidak teratur.
Mantera
Penawar ruqyah kata Ustaz Suhaimi menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran bagi merawat semua jenis penyakit. Ruqyah bermaksud mantera atau jampi dan ia diajar oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengalami gangguan makhluk halus.
Selain bacaan ruqyah, rawatan itu menggabungkan terapi menggunakan air penawar (sumber air zamzam), limau purut dan garam bukit. Pesakit kata beliau, akan menjalani rawatan bersama pengamal dan kemudian dia akan dibekalkan dengan cakera padat bacaan ruqyah untuk dipasang di rumah. Pesakit juga dibekalkan terapi sampingan seperti minyak dan bahan mandian.
Menurutnya, terapi yang diberi bukan sebarangan kerana ia mengandungi bacaan ruqyah dan zikir yang telah diswastakan kepada pihak lain seperti pelajar tahfiz dan sekolah pondok.
"Pesakit terlalu ramai. Mustahil saya mampu membaca ruqyah dan berzikir untuk semua. Jadi dalam zaman serba moden ini, zikir pun secara online," katanya.
Beliau juga akan melakukan solat hajat berdasarkan masalah yang dialami pesakit pada borang yang ditulis ketika mendaftarkan diri.
Ustaz Suhaimi berkata, boleh dikatakan 80 peratus pesakit yang datang ke Darul Ruqyah sembuh dengan izin Allah kecuali penyakit serius yang berada di tahap akhir seperti kanser.
Bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah pula, dinasihatkan kedua-dua menjalani rawatan kerana ia saling berkait rapat. Begitu juga dengan penyakit yang dialami oleh kanak-kanak.
"Saya pernah merawat seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang mengalami sawan. Bukan kanak-kanak tadi yang menjalani rawatan sebaliknya hanya ibunya dan kemudian Alhamdulillah, penyakit itu hilang," kata beliau.
Kesempatan
Kepercayaan ramai terhadap keberkesanan rawatan Islam menyebabkan banyak pihak yang mengambil kesempatan sejak akhir-akhir ini, kata Ustaz Suhaimi.
Menurutnya, ada yang meletakkan harga tinggi untuk rawatan dan ada juga yang tidak menetapkan sebarang bayaran.
Berbeza dengan dirinya yang meletakkan harga pendaftaran sebanyak RM10 dan pengesanan juga dalam jumlah yang sama, beliau menjelaskan ia perlu kerana mahu melayan semua pesakit secara saksama serta tidak mahu terdetik sebarang perasaan dalam hati.
"Katakan ada yang bayar saya sampai beribu ringgit untuk merawat penyakitnya, tentu dalam hati saya nak merawat bersungguh-sungguh, berbeza pula layanan saya dengan orang yang memberi RM2 sahaja misalnya kerana bila ia menyentuh soal kepuasan hati, ia menjadi suatu perkara yang sukar untuk kita tentukan," katanya.
Selain daripada bayaran tadi, pesakit hanya perlu membayar mengikut jenis terapi yang diperlukan dan biasanya ia tidak melebihi RM100.
Menurutnya, pesakit walaupun datang daripada mereka yang berpendidikan namun apabila berada di tempat sebegitu mereka mudah terpedaya kerana percaya dengan janji untuk sembuh.
Justeru tidak hairanlah ramai yang tertipu dan tidak kurang juga percaya kepada perubatan berbentuk khurafat.
Menurutnya tidak sukar untuk mengetahui sama ada sesuatu perubatan itu khurafat iaitu melalui mantera (tidak menggunakan bacaan Al-Quran atau jika dalam bahasa lain berbunyi janggal), kemenyan, besi, benda berwarna (contoh kain kuning), batu dan juga memerlukan hari tertentu.

 kredit @ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Baca Seterusnya.. »

Antivirus Dalam Sihir IT *Wajib Baca*

Terbaru kita dikejutkan dengan insiden yang berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir dimana kisah tersebut dilaporkan oleh  akhbar terkemuka tanah air pada 12 September 2011.

Mengenai perkara ini sejauhmana kebenarannya?. Adakah seseorang boleh disihir hanya melalui gambar?. InsyAllah topik ini akan dikupas lebih lanjut oleh Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali dalam Racangan Wanita Hari Ini (WHI) dalam slot perubatan pada 23 September 2011 Jam 12 tengahari.

Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan yang Allah berikan untuk sebagai salah satu usaha mengembalikan masyarakat dalam mengamalkan Islam secara keseluruhannya.



Setengah masyarakat kini menganggap bahawa perkara ini merupakan satu omongan kosong yang hanya direka-reka untuk menakutkan masyarakat. Walhah ini merupakan satu perkara yang benar-benar terjadi. Sihir waktu kini boleh kita umpamakan seperti virus yang wujud dalam komputer. Virus walaupun tidak mampu melihatnya serta tidak mengetahui bila menyerang namun kesan terhadap komputer dapat dirasai dengan kerosakan fail-fail data, kerosakkan kepada komputer, maklumat dalam komputer, memperlahankan rangkaian dan menggunakan komputer anda untuk menyebarkan kepada orang lain termasuk pengguna internet di seluruh dunia dan sebagainya. 

Yang mana virus tersebut dapat diatasi dengan mengguanakan software antivirus yang betul-betul ampuh dan up to date. Berikut beberapa antivirus dalam sihir dunia IT
 
1.       1-Sentiasa mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhannya di dalam kehidupan

2.     2Membaca ayat di atas surah An-Naml ayat 30 sebanyak sekali

Dan pada ayat yang digaris hendaklah diulang sebanyak 21 kali

*Ayat ini hendaklah dibaca setiap kali lepas solat fardhu* tidak semestinya atas tikar sejadah.

3.   3- Tidak meletakkan gambar di dalam laman sosial, gambar yang tidak menutup aurat serta tidak mengikut syarak *adalah sebaiknya dicadangkan tidak meletakkan gambar terus lagi selamat*

4.    4- Tidak meletakkan gambar penuh dari kepala hingga kaki di dalam laman sosial.

5.      5-Tidak meletakkan nama penuh dan nama penuh ibu atau nama ayah di dalam laman sosial.

6.   6- Memastikan tiada di dalam badan anda jin asal.. jika jin ini ada di dalam badan adalah sangat mudah orang menyihir kita. kerana ia telah membuka pintu utk si penyihir. dan jin ini adalah jenis yang susah utk keluar kerana telah bertapak lama dalam badan *utk memastikan ada atau tidak boleh dtg ke pusat rawaan Darul Ruqiyyah atau pusat rawatan Islam yg lain*.

Kita yang disihir suka menyalahkan orang menyihir kita.. padahal Sihir takkan berlaku kecuali dengan izin Allah. Firman Allah dalam surah al-baqarah sebahagian ayat 102 yang bermaksud  padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. Sihir merupakan satu ujian kepada kita supaya kita bertambah betaqwa & beriman kepada Allah. Pernahkah kita terfikir kenapa Allah mengizinkan kita disihir tidak orang lain????

“Dengan Islam Anda Sihat”.

Baca Seterusnya.. »

Sihir Pengasih


Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Guna-guna atau Sihir Pemikat

Tanda-tanda :
  1. Asmara cinta yang keterlaluan
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka
  3. Cenderung melakukan perbuatan seksual
  4. Sukar mengawal cinta
  5. Rindu bayang berlebihan
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab :
  • Timbulnya pelbagai perselisihan antara suami isteri
  • Mencuba dan ingin tahu
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya
  • Melariskan perniagaan
  • Mendapatkan pengikut
Kesan-kesannya :
  1. Adakalanya suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama
  2. Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetengah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut
  3. Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

Baca Seterusnya.. »

Angkara Sihir & Kesannya

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut :
  1. Sihir Pemisah
  2. Sihir Pengasih / Sihir Pemikat / Ilmu Guna-guna
  3. Silap Mata
  4. Sihir Gila
  5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
  6. Sihir Mendengar Panggilan
  7. Sihir Membuat Penyakit
  8. Sihir Pendarahan
  9. Sihir Menahan Pernikahan
  10. Sihir Pukau
****Ingatlah bahawa tukang sihir atau orang yang menggunakan sihir kepada seseorang akan menyebabkan aqidahnya tersasar kerana :
  • meminta pertolongan dan menyerahkan ketaatan selain daripada Allah (menjurus kepada perbuatan mensyirikkan Allah)
  • melakukan kezaliman sesama manusia

Baca Seterusnya.. »

Zikir untuk amalan

9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

(Surah Yaasin)
Kaedah baca :

1. Setelah baris pertama dibaca, niatkan untuk pendinding di hadapan
2. Setelah baris kedua dibaca, niatkan untuk pendinding di belakang
3. 20x setiap kali solat 5 waktu
4. Dibuat selama 10 hari
5. Jumlah sebanyak 1000
6. Jadikan zikir harian walaupun telah sembuh

Baca Seterusnya.. »

Tanda-tanda Gangguan


Bagaimanakah saya ingin tahu bahawa saya telah mengalami gangguan? Apakah simptom atau tanda-tandanya?

Ketika Tidur

  • Susah tidur
  • Mudah terjaga malam
  • Mimpi binatang berbisa seperti ular, singa, unta dll
  • Ketawa, menangis, menjerit, bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • Mimpi jatuh tempat tinggi
  • Melihat benda tajam
  • Mimpi melihat budak kecil (bayi)
  • Mimpi salib atau paderi
Ketika Jaga
  • Lesu, malas, hilang semangat
  • Sesak nafas, gila
  • Lenguh sendi-sendi utama
  • Ketumbuhan (cancer)
  • Selalu mengantuk
  • Mudah marah, hilang darah
  • Agresif dan bertindak liar
DR : Sekiranya terdapat tanda-tanda berikut, segeralah ke Pusat Rawatan untuk pemeriksaan selanjutnya

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

sebarang komen sila tinggalkan nama samaran. 

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini