Sindrom prolaps injap mitral (mitral valve prolapse) yang utama ialah
degupan jantung tidak sekata, sakit dada, serangan panik/keresahan, lesu
melampau dan migrain. Prolaps injap mitral (PIM) biasanya tidak
mengancam nyawa, namun ia dikatakan menimbulkan pelbagai simptom yang
sebahagian daripadanya kelihatan tidak mempunyai kaitan langsung dengan
PIM.
Simptom yang dikaitkan dengan PIM termasuk rasa sakit, peka dengan
degupan jantung, sukar bernafas, kemurungan, sukar memfokuskan, sukar
untuk tidur lena, rasa melayang-layang dan menggigil. Simptom lain ialah
lesu, sindrom rengsa usus, tidak tahan bersenam lama, migrain, serangan
panik/keresahan dan taraf kesihatan menurun.
Beberapa simptom yang jarang anda dengar tetapi dikaitkan dengan PIM
ialah mudah mengalami masalah ketumbuhan (fibrocystic) pada payudara,
sakit sendi, fibromyalgia, simdrom premenstruasi, kemurungan menurut
musim, mabuk tempat tinggi dan mabuk laut.
end typing
Masalah sendi temporomandibular juga dipercayai ada kaitan dengan PIM
dengan simptom sakit kepala, sakit telinga, rasa melayang-layang,
telinga tersumbat dan telinga berdengung.
Ketidakseimbangan
Sindrom PIM dipercayai terhasil daripada gabungan PIM dengan
dysautonimia. PIM ialah kelainan injap jantung yang menyebabkan pada
keadaan tertentu sedikit darah berpatah balik ke belakang ke arah
serambi kiri jantung. Menterjemah istilah prolapse sebagai jatuh tidak
tepat kerana jatuh mengarah ke bawah namun injap mitral berpatah balik
ke atas iaitu ke arah serambi jantung.
Dysautonimia pula merujuk kepada ketidakseimbangan sistem saraf
autonomik (SSA). Jika kedua-dua keadaan PIM dan dysautonimia berlaku
serentak, kadang-kadang ia menimbulkan beberapa simptom seakan-akan
serangan jantung seperti sukar bernafas nafas, sakit dada, degupan
jantung deras, rasa lesu, pitam, pitam, kebas/mencucuk-cucuk di hujung
jari-jari kaki/tangan dan rasa seakan-akan diambang kematian.
Simptom lain ialah sukar untuk mengawal diri, berpeluh dan tubuh berasa
dingin. Keadaan ini menyebabkan seseorang dikejarkan ke hospital kerana
simptom yang dialami serupa dengan serangan jantung.
Penghidap PIM yang disyaki mengalami ‘serangan jantung’ ini sebenarnya
mengalami serangan panik/keresahan. Kebanyakan doktor dikatakan akan
mendiagnosis penghidap PIM tetapi biasanya mereka akan menangani
sebahagian kecil dari simptom yang dialami.
Jika tekanan darah didapati tinggi doktor akan mempreskripsikan ubat
anti tekanan darah tinggi. Jika kolesterolnya tinggi pesakit akan
dipreskeripsi ubat anti kolesterol. Jika ini yang sering berlaku maka
semakin ramai penghidap serangan panik/keresahan menerima padah tersalah
diagnosis sebagai pesakit jantung atau berpotensi untuk mengalami
serangan jantung.
Tersalah diagnos
Pesakit yang telah tersalah diagnos sentiasa bimbang akan mengalami
‘serangan jantung’ lagi pada masa akan datang. Kebimbangan semakin
bertambah dari masa ke masa. Keadaan ini sendiri dapat menyebabkan
simptom serangan panik/keresahan semakin teruk atau ketara pada masa
akan datang.
Itulah sebabnya betapa penting melengkapkan diri dengan ilmu dan
informasi. Penghidap PIM yang mengadu semua jenis simptom yang
dialaminya akan memudahkan doktor untuk menjalankan diagnosis.
Kebanyakan penghidap PIM dikatakan tidak mengalami penyakit atau
masalah jantung. Sindrom PIM iaitu simptom yang berlaku akibat PIM
semata-mata atau bergabung dengan dysautonimia sebenarnya berpunca
daripada satu punca.Apakah puncanya? Puncanya ialah ketidakseimbangan
sistem saraf autonomik (SSA). SSA terbahagi dua iaitu sistem saraf
simpatetik (SSS) dan sistem saraf parasimpatetik (SSP).
SSS perlu ketika tubuh mengalami ketakutan atau stres fizikal seperti
melakukan kerja berat atau senaman. SSS mengecutkan arteri lalu
meningkatkan tekanan darah. Jantung akan berdenyut pantas dan paru-paru
bekerja keras bernafas serta otot menjadi pendek/kecut.
SSP pula membantu tubuh untuk tugas-tugas rehat dan hadam. Ketika ini
arteri rehat dan tekanan darah normal. Jantung berdenyut normal.
Paru-paru menjalankan tugas secara normal dan otot dalam keadaan rehat.
Kekurangan magnesium dikatakan antara punca utama ketidakseimbangan SSA
dan seterusnya menimbulkan sindrom PIM. Pada keadaan normal terdapat
lebih banyak magnesium dalam sel berbanding di luar sel.
Kekurangan magnesium secara ketara menyebabkan otot menjadi pendek atau
kurang anjal. Injap mitral pada penghidap PIM dikatakan menjadi keras
dan kurang anjal. Dysautonimia yang menyemarakkan simptom PIM juga
dipercayai berpunca dari kekurangan magnesium.
Keperluan magnesium
Magnesium amat penting untuk tubuh. Ia merupakan elemen utama membantu
tubuh menjana tenaga. Ia digunakan dalam proses detoks dan pelbagai
jenis metabolisme tubuh. Punca kekurangan magnesium banyak termasuk yang
utama mengalami stres emosi secara berpanjangan, mengalami trauma dan
sering makan ubat-ubatan moden.
Tubuh bertoksin, kerap makan ubat-ubatan moden, merokok, minum alkohol
juga menyebabkan kekurangan magnesium. Sayur-sayuran hijau kaya dengan
magnesium. Malang sekali semakin ramai orang kurang makan sayur hijau.
Teknik pertanian moden hari ini juga menyebabkan paras magnesium tidak
setara dengan paras magnesium dalam sayur-sayuran ditanam secara
organik. Makanan terproses, makanan merapu (junk food), makan
berlebihan, ketagih makanan manis juga menyebabkan kekurangan magnesium
dalam tubuh.
Pada keadaan tertentu doktor akan mencadangkan pembedahan injap mitral.
Biasanya PIM tidak akan berulang lagi. Namun harus diingat, jantung
ialah antara organ terpenting tubuh. Tiada sebarang pembedahan jantung
yang tidak terdedah kepada risiko tinggi kegagalan jantung. Proses
mengembalikan elemen magnesium secara berterusan boleh membantu. Ia
meredakan tindakan SSS yang terlalu dominan dan mengembalikan keanjalan
injap mitral.
Sebanyak ½ camca teh magnesium sulfate (Epsom salt, beli di kedai
farmasi) diambil dengan satu cawan air setiap kali dengan kekerapan tiga
kali sehari boleh membantu. Ambil juga vitamin B kompleks setiap hari, ½
biji pagi dan ½ biji petang.
Cuba ambil rebusan pokok semalu. Sediakan dari sepohon pokok semalu
dengan akar sekali ditumbuk separuh lumat dan direbus dengan empat cawan
air hingga berkurangan kepada dua cawan. Minum secawan pagi dan secawan
petang. Amalkan secara berterusan.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber