Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang
Ya Allah segala puji-pujian Tuhan , pentadbir seluruh jagatraya , dengan tidak terhingga dan terkata lagi terhadap keizinan Mu untuk kami diberi peluang untuk membina Pusat Rawatan Perubatan Islam yang diberi nama
PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH (DR).
Ku kirimkan salam selawat dan salam untuk mu , Ya Rasulullah sallallahu alaihi wa salam , penghulu umat dan rasul bongsu. Sesungguhnya kami amat terhutang budi kepadamu.Kerana berkatmu kami dapat beragama dan tatkala ini berhempas pulas menegakkannya .Tidak pula juga kami berselawat dan berkirim salam kepada keluargamu dan sekalian sahabatmu yang jejaknya kami susuli dengan penuh ketabahan.
Sejak akhir ini menggamit perhatian kita akan pelbagai kejadian gangguan makhluk halus dalam kehidupan manusia di era globalisasi .Ternyata penyakit misteri dan gangguan ganjil terjadi dan sentiasa sahaja berlaku di depan mata kita.Ia bukannya satu mitos tetapi realiti yang tidak dapat disangkal lagi.
Menyedari hakikat ini saya rasa terpanggil untuk menubuhkan Pusat Perubatan Islam Darul Ruqiyyah untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada sesiapa yang mengalami masalah tersebut.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang ikhlas bertungkus lumus membantu sehingga tercapainya hasrat tertubuhnya Pusat Rawatan tersebut.
Moga-moga usaha kecil ini dapat menjadi panduan kepada para mualij muda dan bakal muallij serta menjadi asbab hidayah kepada para muslimin dan muslimat khususnya di Malaysia dan umumnya di segenap alam.Moga-moga pandangan dalam kertas cadangan ini menjadi peritis perubatan islam dan kepada sekalian sahabat seperjuangan di dalam usaha yang gigih berjuang menyelamatkan insane yang terseksa dan menderita tanpa henti sehingga mengenepikan segala risiko yang ada demi kesejahteraan umat Muhammad saw yang lain Syabas!.
Moga-moga dinilai Rabbul Jalil sebagai persembahan amal soleh yang tulus ikhlas depannya dari hamba yang amay hina lagi banyak dosa lai tidak berguna ini.Amin.
ALLAH HU AKHBAR ! Hidayah seluruh Alam!!!
Baca Seterusnya.. »