Dalam kehidupan seharian yang serba canggih sekarang ini, lapangan terbang boleh jadi tempat yang paling sibuk di dunia. Setiap minit pesawat berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang berbeza di seluruh dunia. Ada banyak lapangan terbang di mana para-para juruterbang merasa selamat saat sampai di sana. Namun, tidak semua lapangan terbang menjadi tujuan yang menyenangkan bagi juruterbang, berikut ada beberapa banda yang merupakan mimpi buruk bagi mereka.
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai
2. Lapangan Terbang Madeira
end typing
Lokasi: Santa Cruz, Portugal
Tahun Dibina: 1964
Madeira
Airport adalah sebuah lapangan terbang antarabangsa. Lapangan terbang
ini pernah terkenal dengan landasan pacu pendek yang dikelilingi oleh
pergunungan tinggi dan laut yang membuat pendaratan sukar hanya untuk
juruterbang berpengalaman. Landasan yang asli hanya 1,400 meter,
namun kemudian dilanjutkan 400 meter.
Panjang landasan
diperbaharui dua kali pada tahun 2003 hingga di atas lautan. Kerana
dibina menggunakan sampah, panjangnya dibina di atas 180 tiang yang
tingginya dalam 70m.
3. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin
Lokasi: Saba, Belanda
Tahun Dibina: 1963
Lapangan
Terbang Juancho E. Yrausquin adalah satu-satunya lapangan terbang di
pulau Caribbean, Saba, di Antiles Belanda. Lapangan terbang ini
mencangkupi seluruh lokasi di pulau kecil ini. Terlepas dari kenyataan
bahawa belum ada tragedi besar yang pernah berlaku di sini. Beberapa
ahli masi menganggap bahawa ini adalah salah satu lapangan terbang yang
paling berbahaya di dunia.
Yang membuat lapangan terbang
ini berbahaya adalah bahawa kedua-dua hujung landasan pacu tersebut
ditahan oleh tebing yang akhirnya terus ke laut sementara satu sisinya
ditutupi dengan bukit-bukit tinggi. Ini berkemungkinan pesawat yang
terbang untuk overshoot berakhir di tebing laut.
4. Landasan Terbang Es
Lokasi: Pulau Ross, Antartika
Tahun Dibina: Tak dapat dikesan
Landasan
terbang ES adalah salah satu daripada tiga landasan utama yang
digunakan untuk mengangkut barang ke antartika. Tidak ada landasan
berturap di sini. Semua pesawat harus mendarat di sepanjang ais dan
salji. Pendaratan harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Salah
satu cabaran yang juruterbang akan hadapi adalah untuk mengarahkan
pesawat ke bahagian tanah agar pesawat tidak terjebak ke dalam salji.
5. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana
Lokasi: Saint Maarten, Caribbean Timur
Tahun Dibina: 1942
Lapangan
Terbang Princess Juliana adalah lapangan terbang tersibuk kedua di
Caribbean Timur. Lapangan terbang ini dinamakan Juliana dari Belanda,
seorang putrimahkota yang telah mendarat di sini tahun 1944.
Lapangan
terbang ini memiliki landasan yang sangat pendek, kira-kira 2.180
meter yang membuatkannya ia menjadi sangat terkenal. Kerana pendeknya
landasan ini, pesawat terpaksa menghampiri pulau dengan membuat
penerbangan yang sangat rendah. Pelbagai gambar-gambar kapal terbang
yang terbang di atas 10-20 meter atau 30-60 kaki di atas pulau ini
difikirkan ia adalah palsu tetapi ia adalah benar sama sekali.
6. Lapangan Terbang Courchevel
Chourchevel
adalah nama daerah salji terbesar di Perancis. Daerah ini mempunyai
lapangan terbang dengan landasan pacu yang sangat pendek sehingga
juruterbang perlu mendarat di sebuah strip pelambat dan lepas landas di
jalur penolak untuk mendapatkan kelajuan yang cukup. Hanya pesawat
peribadi atau charter dan helikopter dibenarkan mendarat.
7. Lapangan Terbang Antarabangsa Barra
Lokasi: Barra, Scotland
Tahun Dibina: 1975
Lapangan
Terbang Barra adalah satu-satunya lapangan terbang di dunia di mana
pesawat perlu mendarat di pantai. Lapangan terbang ini terletak di
pantai di Pulau Barra, Scotland yang sangat luas.
8. Lapangan Terbang Lukla
Lokasi: Nepal
Tahun berdiri: Tida dapar dikesan
Lapangan
Terbang Lukla adalah lapangan terbang terkecil di Kota Lukla di Nepal
Timur. Lapangan terbang ini terletak pada ketinggian 2.900 meter dan
cukup popular kerana mempunyai gunung yang sangat besar di satu sisinya
dan 1000 meter turunan di sisi lain. Pada tahun 2008, nama lapangan
terbang ini diubah demi menghormati Sir Edmund Hillary yang merupakan
orang pertama yang mencapai puncak Gunung Everest.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com