Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Orang Kata Tempat Ni Berhantu, Betul Ker???

1. Georgetown, Penang

Simpang 3 yang terletak di sebelah Union High School, dikatakanbila anda memandu pada
larut malam ,anda tidak dapat mengawal kerendaan anda, & akan kemalangan. Di simpangtersebut telah banyak berlaku kemalangan di sana. beberapa orang mengatakanbahawa ada pohon kecil yang kelihatan seperti seorang wanita yang membawaseorang anak di sebelah jalan,. Sesia[a yang melaluikawasan tersebut akanmelihat eorang perempuan
membawa
seorang anak yang sedang menangis., perempuanitu dikatakan seorang bomoh yang menculik anak kakaknya setelah menculik anakkakaknya, perempuan itu telah hilang. Tetapi sesiapa
bertuah akan melihat perempuan itu di simpang3 tersebut…

nak tahu lagi klik di bawah


2. St Michael’s Institution, Ipoh

                   


3. Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak

menjadi lokasi kem penjajahan Jepun sepanjang perang duniakedua. Para penuntuk biasanya akan di kejutkan dengan susuk tubuh yang terapungdiatas katil sambil merenung mereka semasa tidur. Di wak tu malam jugaterdengar suara orang berkawat dari arah padang di samping bunyi rantai besi diseret..sebatangpokok
di kampus itu yang beradatepat di sebelah tiang elektrik akan menghasilkan bayangan manusia yangtergantung di pokok kelihatan pada bayangannya . kadang kala para pelajar jugadi kejutkan dengan penampakan benda putih yang terbang di kawasan kolejtersebut,


4. MARA Junior Science College, Kuala Kubu Bharu, Selangor

                  


5. Victoria Institution, Kuala Lumpur 


Sekolah khusus bagi pelajar lelaki yang terkenal di kualalumpur. Semasa pemerintaha
jepun padaperang dunia kedua, ramai tentera inggeris dan rakyat tempatan yang di seksasehingga mati di bahagian bawah tanah dan beberapa banggunan di kawasan sekolahberkenaan. Dikatakan
bahawa adapenampakan intiti di kawasan tersebut tidak mengira waktu siang mahupun malamdi samping kes kerasukan para pelajar oleh intiti tersebut




6. Tambun, Ipoh, Perak

Penampakan seorang perempuan tua di tepi jalan semasa mangsa memandu


7. Tambun Inn, Ipoh, Perak 
lampu di bahu jalan akan berkelip2 dan adaya ng mengatakanterdengar suara berbisik dari kawasan tersebut



8. Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Sebuah tempat yang menyeramkan. Bukit Tunku sebenarnyaadalah salah satu kawasan elit di daerah pemukiman di Kuala Lumpur. Tempat inimemiliki banyak pepohonan besar dan tinggi, kadang kala membuat perasaan seramdi malam hari mahupun di siang hari. Dikatakan bahawa beberapa tahun yang laludua orang pemuda telah berlumba di kawasan tersebut, salah seorang telahterbunuh di selekoh tajam. Menurut mangsa yang terselamat, dia dapati selekohtersebut hanya selekoh biasa sahaja. Sejak kejadian itu, ada yang pernahterserempak dengan motor yang di pandu laju di kawasan tersebut
dengan tiba2 hilang begitu sahaja.



9. Poliklinik Cheras, Kuala Lumpur
Digunakan sebagai hospital kerajaan tetapi ditinggalkantanpa alas an. saksi yang pernah melihat orang berjalan di kawasan tersebut. difahamkan bahawa penampakan
itu adalahpesakit yang mati di hospital tersebut.


10. Genting Highlands Resort, Pahang 

Puncak bukit yang terkenal dengan tempat peranginan dankasino. ramai orang yang membunuh diri di sana kerana kalah berjudi. Beberapapengunjung meninggalkan lobi hotel melaporkan melihat seorang lelaki memakaipakaian merah melompat dari bumbung rumahnya dan hilang apabila samapi ke tanah.Pihak pengurusan tidak mempedulikan aduan pengunjung hotel tersebut. samapi lanie hotel kat genting sentiasa di penuhi pengunjung dari serata dunia.



11. Highland Towers, Kuala Lumpur

                   


12. Balai Polis in Tras, Pahang 


                   
13. Kellies Castle, Perak


Kadang-kadang pintu akan terbuka sendiri dan banyak suara jeritan menakutkan boleh didengari.


14. Puchong House, Kuala Lumpur



Ada yang mengatakan wujud gambar hantu
di dinding salah sebuah rumah di situ.Penduduk percaya bahawa ada intiti berupa seorang wanita yang telah lamamenetap disitu sejak kawasan tersebut belum di bangunkan lagiperistiwa yangpaling menggemparkan penduduk apabila ada yang mendakwa terjumpa intiti wanitaberpakaian putih berjalan2 di dalam kediaman mereka menyebabkan mereka sentiasaberjaga malam selama berbulan2


15. S.K (1) Kuala Ampang, Selangor  

Adayang mendengar bunyi orang berjalan srta tandas digunakan di bahagian tandasserta penampakan intiti di beberapa block banggunan


16. penjara pudu

Penjara lama yang terpaksa di kosongkan setelah kawasansekitarnya menjadi empat komersil dan berprofile tinggiada laporan yangmengatakan terjumpa dengan lembaga lelaki india yang melalui lorong2 di penjaraberkennaan dan hilang di suatu sudut. Jeritan juga dapat di dingar dari kawasanbilik penggantungan untuk jenayah beratdi katakana kawasan sel2
mempunyai suhu yang lebih sejuk dai kawasan2yang lainpihak berkuasa tempatan terpaksa menempatkan semula penjenayah yangmempunyai jenayah ringandi sini kerana tiada satupun syarikat yang berminatuntuk membeli dan memajukan kawasan penjara tersebut kerana cerita2 seram yangtersebar dari mulut ke mulut. Pihak penjara juga ada membuat bilik tahanan dipenjara tersebut sebagai bilik tumpangan bagi sesiapa yang berminat untukmerasa kehidupan sebagai banduan di bilik tahanan mereka serta member merekamencuba merasakan sendiri pengalaman berada di dalam sel tahanan penjenayahberat. Sebenarnya kesalahan yang memerlukan penjenayah di gantung tidak dijalan kan di penjara pudu kecuali ada sesetengah penghuni penjara itu yangmembunuh diri
di dalam sel tahanan.Proses penggantungan akan di jalan kan di luar kawasan penjara pudu seperti dipenjara kajang dan penjara sungai besi. Kekerasan terhadap banduan seringkaliterjadi di sana. Bukan pihak
penjarayang bertindak demikian, tetapi penghuni penjara tersebut yang bertindak kasardengan memukul rakan mereka( dipercayai akibat dari kes dadah) sehingga mati.Ada segelintir penghuni yang di pindahkan dari kawasan penjara pudu berkenaaan.

sumber :  http://mforum.cari.com.my/

Baca Seterusnya.. »

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.
8. Buah tamar

sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”(An-Nahl: 68-69)
12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa
 selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.
22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.

Sumber : http://myibrah.com

Baca Seterusnya.. »

Pengijazahan Ayat-Ayat Ruqyah Yang Pertama Di Kedah


 SILA KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MAKLUMATLEBIH JELAS

Seminar Perubatan IslamTermurah Di ABAD INI..........
SEPARUH SESI RM100 =RM30
KESEMUA SESI RM200 =RM50 

PENDAFTARAN ADALAH SANGAT TERHAD. JOM DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT...!!!!

TERKINI : hampir 60 ORANG  sudah mendaftar 
Tentatif Program :-

Baca Seterusnya.. »

Manfaat Solat Dari Sudut Kesihatan

Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.
Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Jika anda tidak lupa dengan artikel Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat (baca di sini).Berikut adalah penjelasannya


TAKBIRATUL IHRAM

Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.
Manfaat:
Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.


RUKUK

Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
Manfaat:
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.
IKTIDAL

Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD

Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.
Manfaat:
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
DUDUK

Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.
Manfaat:
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM

Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Manfaat:
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.
Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat,Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan
Semoga Bermanfaat.
Posted @ www.isuhangat.net.

Baca Seterusnya.. »

Menyiasat kes kencing manis

"Analisa dari Al-Quran dan Hadith menunjukkan setiap bahan utama perubatan mempunyai EMPAT ciri utama iaitu pertama, keupayaan membunuh kuman, kedua, kemampuan membuang bahan-bahan keperluan tubuh yang berlebihan atau bahan-bahan merbahaya, ketiga, kebolehan membaik pulih sel-sel tubuh yang telah dirosakkan oleh penyakit, dan keempat, kewujudannya diterima baik oleh sel-sel tubuh - tidak ada kesan sampingan. Adakah ubat-ubatan saudara mempunyai keempat-empat ciri seperti yang disarankan oleh agama?

Jika semua ciri-ciri ini ada pada sesuatu ubat, Insya Allah bukan sahaja penyakit kencing manis yang akan pulih, malah semua jenis penyakit. Sementara itu, perhatikan dan fikirkan fakta-fakta di bawah ini:


1. Nabi bersabda habbatus sauda adalah ubat bagi SEMUA penyakit kecuali mati. Ini bermakna kencing manis boleh diubat dengan habbatus sauda. Sifat-sifat utama habbatus sauda ialah pertama, anti kuman, kedua membekal lebih dari 100 jenis bahan aktif yang sangat berguna untuk membuang toksid dan bahan-bahan lebihan dari tubuh, ketiga, kemampuan membaik pulih sel-sel yang rosak dan keempat, tidak mendatangkan kesan sampingan negatif.

2. Nabi bersabda berubatlah dengan Al-Quran dan madu. Ini bermakna madu juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis. Madu juga mempunyai semua keempat-empat ciri seperti yang disebutkan di atas untuk kesihatan manusia yang optimum. Saya katakan ia BOLEH digunakan untuk merawat kencing manis tetapi ia bukanlah pilihan terbaik. Ini adalah kerana kandungan glukosnya yang tinggi. Anda boleh awetkan bangkai semut atau lalat di dalam madu asli, dan Insya Allah bangkai serangga tersebut tidak akan rosak.

3. Nabi juga bersabda yang membawa maksud: "Air zam-zam mengandungi penawar untuk semua penyakit." (Hadhrat Abdullaah lbn Abbaas). Air zam-zam juga bersifat anti kuman dan mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan pelbagai. Semua bentuk dan jenis kuman tidak boleh hidup dalam air zam-zam. Malah air zam-zam pernah digunakan untuk membasuh jantung nabi semasa dibedah oleh Jibril. (sila semak sejarah Islam) . Kalau ada kuman, sudah tentu jantung nabi kena jangkitan.

4. Al-Quran juga menceritakan kebaikan dan keberkatan buah zaitun. Kajian saintifik juga menunjukkan buah zaitan adalah anti kuman seperti petikan di bawah:

"Recent work by the Seville team had already shown a very high level of anti microbial activity by olive oil poly phenols against various food borne pathogens" (JAFC, 2006, 54 (14): 4954-4961) http://www.oliveoilclubs.com/pepticulcers.html

Terjemahan: "Kajian terbaru yang dilakukan oleh kumpulan Seville telahpun menunjukkan kegiatan anti kuman pada tahap tinggi oleh bahan poly phenols dari minyak zaitun terhadap berbagai kuman di dalam makanan tercemar."

Seorang alim kontemporari iaitu Sheikh Nazim Al-Haqqani dari Turki diceritakan pernah bersuluk selama 1 tahun hanya berbekalkan buah zaitun dan air minuman biasa sahaja tetapi beliau mampu hidup dengan sihat. ref http://energienlightment.blogspot.com/2008/12/profil-mawlana-syaikh-nazim-adil-al.html

5. Di dalam Al-Quran, Allah bersumpah dengan buah Tiin. Kajian menunjukkan kepentingan dan manfaat buah Tiin terhadap kesihatan manusia. Kajian juga mendapati buah Tiin mempunyai tahap anti kuman yang tinggi. Baca kajian di sini: http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0168160509003316.

Fakta-fakta di atas yang dicedok dari sumber-sumber Islam mengaitkan keberkesanan habbatus sauda, madu, air zam-zam, buah zaitun dan  buah Tiin sebagai ubat kepada pelbagai penyakit. Semua bahan-bahan ini mengandungi keempat-empat ciri yang disebutkan di atas. Saudara boleh membuat analisa sendiri berhubung fakta-fakta di atas. Analisa saya ialah seperti di bawah:

1. Kebanyakan penyakit disebabkan oleh kuman, termasuklah penyakit kencing manis. Itulah sebabnya bahan-bahan perubatan yang dicadangkan oleh Al-Quran dan Hadith kebanyakannya adalah bersifat anti kuman. Sila lihat cara lain nak bunuh kuman DI SINI.

2. Bahan-bahan di atas semuanya mengandungi kandungan antioxidant, multivitamin dan mineral tertentu yang cukup tinggi bagi mengeluarkan bahan-bahan toksik yang disebabkan oleh kegiatan kuman di dalam tubuh dan bahan-bahan toksik yang datang dari makanan yang kita makan hari-harian. Malah bahan-bahan yang berguna untuk tubuh badan, jika diambil secara berlebihan juga akan menyebabkan keracunan. Sila lihat cara lain nak buang toksik DI SINI.

3. Bahan-bahan di atas mengandungi formula yang lengkap dan dalam kadar (ratio) seimbang untuk membaik pulih semula sel-sel yang rosak. Sila lihat cara lain nak bina semula sel-sel tubuh DI SINI dan DI SINI.

4. Kewujudan bahan-bahan di atas di dalam sel-sel tubuh diterima baik oleh sistem immune dan ia menghasilkan suasana harmoni di dalam tubuh kita - dengan lain perkataan tiada kesan sampingan.


sumber : http://www.tranungkite.net


Baca Seterusnya.. »

Lawak Aidiladha *Selamat Hari Raya Aidiladha*

Yang ni pulak hasil contengan member FB, Kartunis Gandum (Ariff Eye Ahmad)
Photobucket





Photobucket









Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Yang ni pulak hasil contengan member FB, Kartunis Gandum (Ariff Eye Ahmad)
Photobucket




Posted @ www.isuhangat.net.

Baca Seterusnya.. »

Ceramah - Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman 1


Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman Mukasurat 21-22

Oleh : Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah : Syed Ahmad Semait
Penceramah : Ust. Mohd Suhaimi Rozali

Membimbing pembaca untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari akidah Islamiah dan hukum-hakamnya, serta
ciri-ciri akhlak yang mulia. Ia juga menunjukkan cara-cara berdakwah ke jalan Allah Ta'ala, dengan berdalilkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis.

Download Audio MP3:

Baca Seterusnya.. »

Tip Servis & Pilih Tayar kereta


Pertanyaan yang diajukan
Guest salam bro
Guest ade tip nak wat servis & penjagaan taya kete X?
Guest boleh tau caner nk tukar taya kete 2 biji botak bleh ker X?
Jawapan kami
Thanks pada Guest ( tah tak tau nama pun) sebab bertanya.. Berkenaan tayar tu saya cuba kongsi sedikit pandangan seperti di bawah..
Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..
Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..

Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan


1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

_______________________________


1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.Semak catatan tarikh tayar dikilangkan.Sebelum membeli tayar di kedai tayar seharusnya anda membelek tayar yang nak di beli itu..Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..
_______________________________


2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
Tayar toreh dibuat secara haram dan tidak mengikut sebarang piawaian. Ia dikenali sebagai ‘industri belakang rumah’. Tanpa pengawasan dan pemeriksaan terhadap keselamatan dan kualitinya,
Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar. kerajaan telah memutuskan untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan tayar toreh.
_______________________________


3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.Bila kita campur jadi rojak tayar tersebut nanti tak boleh rasa kesan tayar sebenar bila memandu..Setiap model tayar berlainan fungsinya, termasuklah kesan tahap cengkaman pada jalan raya.. Jadi kurang sesuailah jika kita mengunakan model tayar berlainan jenis pada setiap sisi kereta..Ramai org suka tukar tayar 2 biji (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..
_______________________________


4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.Penggunaan rim yang terlalu besar dan berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci. Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan pick-up jadi perlahan manakala tekanan lonjakan juga terjejas.
_______________________________


5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta andaRim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam._______________________________


6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
_______________________________



7) Jangan guna tayar benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang.._______________________________
Tekanan Angin Tayar
Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan.

**** Mengikut tekanan angin yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa.
So tengok meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau "-" .
Butang yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.Sentiasa pastikan angin tayar betul.Lepas dah set just cucuk je tayar tu. Senang je. Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan angin dah cukup seperti yang dah di set) " kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi..


Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.
Sekiranya haus di bahagian luar sahaja tayar tu terlalu mencapah dan jika haus di bahagian dalam tayar mencapah keluar.. Ini perlu buat alligment tayar balik..Tetapi jika tayar bunganya haus tak sekata ( turun naik) Berkemungkinan absober dah rosak..
_______________________________


Buat alignment Tayar
Teknik dimana dua tayar di depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the road.
Ada dua jenis iatu
castor dan camber
1) castor yg pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepastu dia adjust nut utk bagi selaras balik.

2) camber pulak pula adalah teknik tambah screw di absorber utk bagi pemberat kpd tayar
kalau tgk tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu.
Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. haa tu kena buat alignment la tu(tapi tanya mekanik la dulu maybe ada sbb lain) kalau tak buat ada effecnya akan berlaku -tayar botak tak sekata
-jalan kena selalu pegang steering
-memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
**** Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________


Buat balancing tayar
bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing sbb tayar kita berpusing tak seragam. means tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
**** Adalah disarankan setiap enam bulan.
_______________________________


Buat Rotation Tayar
Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km..
Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

Baca Seterusnya.. »

Speed trap terbaru PLUS di bawah flyover.

Speed trap terbaru di bawah flyover….




Speed trap terbaru PLUS di bawah flyover
Ada 3 kamera untuk 3 lane. Walau bagaimanapun saya tak pasti ini betul-betul kamera speed trap atau kamera CCTV untuk mengesan kesesakan trafik. Kalau betul-betul kamera speed trap, memang lepas ni tak boleh pecut la atas highway. Jika ada pembaca isuhangat yang dari kakitangan Polis trafik atau PLUS boleh share info ya.
Ini kerana memang ada CCTV yang dipasang oleh untuk mengesan kesesakan trafik. Kita pun boleh tengok view dari CCTV tersebut di website LLM di sini
Di bawah ni adalah list yang banyak dikongsi di blog/fb dan sebagainya.
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
Posted @ www.isuhangat.net.

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini