Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

SEMINAR PERUBATAN ISLAM SIRI 1


Alhamdulillah, pada 13 Jun baru-baru ini, Seminar Perubatan Islam Siri 1 : Ke Arah Melahirkan Mu'allij Muda telah berjaya diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak. Seramai 58 orang muslimin dan muslimat telah mengikuti seminar ini bermula pukul 8.30 pagi sehingga 1 petang.


Antara kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz Suhaimi ialah :
  • Persediaan Menjadi Perawat (Mu'allij)
  • Panduan Mengenal Makhluk Halus


Juga turut diijazahkan sanad ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan zikir amalan bagi membenteng diri daripada gangguan makhluk halus. Di samping itu, sebagai bonus kepada para peserta yang benar-benar ingin mendalami bidang perubatan Islam ini, ustaz dengan rela hati memanjangkan tempoh seminar untuk memberi sanad minum air zam-zam dan pemeriksaan/scan percuma kepada para peserta yang berminat.




Seminar ini juga turut disertai oleh sahabat-sahabat kita dari Singapura dan Brunei. Pihak penganjur juga telah menerima pelbagai komentar membina daripada para peserta. Insyaallah untuk siri akan datang, pihak kami akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu dalam bidang perubatan Islam ini untuk manfaat kita bersama. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua staf DR dan para peserta seminar. Jazakumullahu Khairal Jaza'..

MERAWAT MELALUI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

Catat Ulasan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini