Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi
kekuatan,kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering
menggunakan singa sebagai jata mereka Namun, tahukah pembaca tentang
asal usul simbol singa ini?
Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini
penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini.
Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan
pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani
Israel iaitu suku
.
end typing
Ia bermula apabila Prophet Jacob
(Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya,iaitu Judah dengan gelaran
Gur Aryeh yang bermaksud
Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament,
Genesis 49:9
You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him?
Judah adalah anak Jacob melalui isterinya Leah. Ini tertera dalam kitab Old Tastement,
Genesis 35:23
The sons of Leah: Reuben the firstborn of Jacob, Simeon, Levi, Judah, Issachar and Zebulun.
Melalui keturunan Judah, Bani Israel telah menguasai wilayah Palestin
serta Kanaan dan seterusnya membentuk sebuah negara yang kuat yang
dikenali dengan
Kingdom of Judah. King Saul iaitu raja pertama Bani Israel adalah berasal daripada suku Judah. Kemudian, King Saul diganti pula King David
(Nabi Daud as),juga berasal daripada suku Judah. Selepas wafatnya King David, King Solomon
(Nabi Sulaiman as) telah menaiki takhta. King Solomon adalah anak kepada King David.
Bendera Kingdom of Judah pada ketika itu tertera lambang singa. Singa itulah
Lion of Judah. Ia digunakan dengan meluas di seluruh wilayah yang dikuasai Bani Israel pada waktu itu.
Antara negara yang menggunakan simbol yang sama adalah
Habsyah(sekarang dikenali Ethiopia). Diriwayatkan bahawa, anak kepada King Solomon hasil perkahwinannya dengan Ratu Sheba
(Ratu Balqis) iaitu
Menelik I
telah berhijrah ke Habsyah dan membentuk sebuah negara di sana.
Sehingga sekarang, Negara Ethiopia masih lagi menggunakan simbol
Lion of Judah. Oleh itu, jika pembaca melihat bendera Ethiopia, pembaca akan faham mengapa simbol singa diletakkan pada bendera negara ini.
Pada masa ini, jata Juruselam yang telah dikuasai rejim Zionis terpampang kemas simbol
Lion of Judah.
jata Juruselam tertera Lion of Judah
Simbol Singa menjadi simbol keagamaan dan politik
Simbol juga mengalami zaman evolusi. Jika dahulu, ia digunakan oleh Kingdom of Judah,namun sekarang, simbol
Lion of Judah
digunakan oleh pelbagai pihak. Kelaziman yang berlaku adalah orang
Yahudi sering menggunakannya bagi menunjukkan identiti bangsa mereka.
Namun, ini tidak bermakna hanya bangsa Yahudi sahaja menggunakannya.
Antara organisasi lain yang menggunakan secara meluas adalah Rastafari.
Rastafari
Rastafari sebenarnya adalah satu agama yang baru yang berasal dari Afrika. ‘Agama’ ini menggunakan simbol
Lion of Judah yang dianggap mereka sebagai lambang pemimpin agung mereka,
Haile Selassie I.
Mengikut kepercayaan mereka, Haile Selassie I mempunyai jalur keturunan
yang sampai kepada King David dan King Solomon. Ironinya, Haile
Selassie I adalah penganut Kristian Katholik yang taat. Beliau juga
menyangkal dakwaan golongan Rastafari yang mendakwa beliau adalah
jelmaan semula Jesus Christ.
Haile Selassie I bersama seekor singa yang digelar Lion of Judah
Iran
Iran sebelum Revolusi Islam pernah menggunakan
simbol Singa dan Matahari
daripada tahun 1429 hinggalah 1979. Simbol Singa dan Matahari ini
dipengaruhi oleh budaya Parsi, Arab, Turki, Mongol dan Yahudi. Ketika
pemerintah Safavid daripada dinasti Qajar, simbol singa dan matahari ini
lebih sinonim dengan ajaran Syiah. Mengikut kepercayaan mereka, simbol
singa memberi maksud
Imam Ali(Saidina Ali bin Abi Talib). Manakala simbol matahari di belakang singa memberi maksud
King Jamshid iaitu seorang raja yang amat dihormati oleh masyarakat Parsi suatu ketika dahulu.
Bendera Iran lama
Simbol Jesus Christ
Penganut Kristian mempercayai bahawa simbol
Lion of Judah adalah merujuk kepada
Jesus Christ. Penganut Kristian berlandaskan satu petikan ayat di dalam kitab suci mereka, iaitu Bible melalui
Book of Revelation 5:5:
Then one of the elders said to me, “Do not weep! See, the Lion of the tribe of Judah, the Root of David, has triumphed. He is able to open the scroll and its seven seals
Jesus Christ dipercayai mempunyai jalur keturunan daripada King
David, raja agung Bani Israel satu ketika dahulu. King David adalah
berketurunan suku Judah. Oleh sebab itu, sehingga kini , banyak negara
Kristian dan organisasi yang berlandaskan Kristian menggunakan simbol
singa secara meluas.
Antara negara yang menggunakan simbol singa adalah
Scotland, England, Armenia,Estonia,Denmark, Belanda dan
Finland.
Satu buku pada abad pertengahan yang popular di Eropah iaitu
Mediaval Bestiary menghuraikan
mengenai pelbagai jenis haiwan termasuk singa. Singa dalam buku
tersebut menurut mereka mempunyai sifat ‘ketuhanan’ seperti sentiasa
waspada dan tidak tidur. Sifat semulajadi Singa sentiasa membuka mata
miskipun ia sedang tidur mirip sifat ketuhanan iaitu sentiasa
berjaga-jaga dan tidak lalai.
Simbol singa juga menjadi simbol bagi seorang hawari Jesus Christ iaitu
Mark the Evangelist. Tetapi simbol singa Mark the Evangelist berlainan dengan
Lion of Judah kerana singa Mark mempunyai sayap.
Patung singa bersayap di Piazzetta,Venice mewakili Hawari Jesus Christ, Mark
Yang Kontroversi
Lions Club
Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh
Malvin Jones
di Amerika Syarikat pada 1917. Dipercayai Malvin Jones adalah seorang
Freemason. Lions Club ditubuhkan untuk membuat amal dan mengutip derma.
Pertubuhan ini telahpun tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Dicatatkan Lions Club telah bertapak di Malaysia sejak 1959 lagi.
Beberapa individu terkenal di tanah air sering menghadiri majlis anjuran
pertubuhan ini.
Lions Club International
Ramai mempercayai Lions Club adalah anak cawangan Freemason untuk
mengaburi mata masyarakat. Selain Lions Club, terdapat beberapa badan
pertubuhan yang dikaitkan dengan Freemason iaitu Rosarians, the Rotary
Club, Bilderberg Group, the Club of Rome, dan the Trilateral Commission.
Freemason sepertimana sedia maklum adalah pertubuhan yang berakar umbi
daripada Yahudi bermatlamat untuk membina kembali Kuil Haikal
(Solomon’s Tample).
Kenapa pertubuhan ini dinamakan Lions Club?fikir-fikirkanlah..
Mengapa Rabbi yahudi, ahli Freemason dan Lions Club berada dalam satu majlis?
Penutup
Apa yang pembaca perlu sedar adalah setiap simbol yang berunsurkan
singa mesti mempunyai kaitan rapat denga Yahudi dan Kristian. Sebaiknya,
kita perlu berhati-hati apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadilah
orang yang sentiasa mahu tahu dan ambil tahu. Umat Islam sentiasa ditipu
dengan dakyah-dakyah karut golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka
sebenarnya banyak mempengaruhi kita dalam setiap perlakuan harian. Jika
anda menonton filem Hollywood misalnya, anda mesti akan sedar gambar di
bawah ini bukan? Seekor singa mengaum. Tahukah anda siapakah di sebalik
singa mengaum ini?Mereka adalah pemilik
Metro Goldwyn-Mayer iaitu Samuel Goldwyn dan Louis B. Mayer. Mereka berdua adalah berketurunan Yahudi-Amerika.!
Petikan montaj produksi MGM
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..