Pada masa sama, walaupun ikan tuna itu tidak dinafikan bermutu tinggi, pembelian pada harga berkenaan sebenarnya lebih disebabkan suasana meriah bagi lelongan pertama tahun ini.
Pemenang bidaan ikan tuna berkenaan, Presiden Firma Kiyomura Co, Kiyoshi Kimura, sebuah rangkaian restoran sushi, berkata beliau mahu mencipta sesuatu yang lebih ceria di Jepun dan membantu negara itu pulih daripada kesan dilanda tsunami tahun lalu hingga melumpuhkan ekonomi, lapor media.
Ikan tuna itu ditangkap di luar pantai
Ikan tuna itu ditangkap di luar pantai Oma di daerah Aomori yang terletak di sebelah utara pantai yang teruk dilanda tsunami, 11 Mac 2011.
Tuna sirip biru amat berharga kerana daging merahnya yang lemak. Hirisan terbaik sirip tuna berlemak dipanggil ‘o-toro’ di sini boleh dijual pada harga 2,000 yen (RM81.83) sekeping di bar sushi di sini.
Ketika muncul dengan wajah ceria di televisyen, Kimura berkata, beliau mahu memastikan ikan itu terus ada di Jepun dan tidak dimiliki pembeli luar negara.”
Pemenang bidaan tahun lalu adalah usahawan Hong Kong, Richi Cheng, yang mengendalikan rangkaian Itamae Sushi berpusat di sana dan sebuah restoran mewah Jepun di daerah Giza di sini.
Rakyat Jepun memakan 80 peratus ikan tuna sirip biru yang ditangkap di Lautan Atlantik dan Pasifik, spesies paling digemari peminat sushi.
Nelayan Jepun, bagaimanapun, berdepan desakan supaya peraturan penangkapan ikan tuna diperketatkan kerana bekalan spesies itu semakin berkurangan di seluruh dunia.
Pada November 2010, ahli Suruhanjaya Antarabangsa untuk Pemuliharaan Tuna Atlantik mengundi untuk mengurangkan kuota penangkapan tuna sirip biru di timur Atlantik dan Mediterranean kepada kira-kira empat peratus daripada 13,500 kepada 12,900 tan metrik setahun.
Ia juga bersetuju terhadap langkah memperbaiki penguat kuasaan kuota tuna sirip biru. Keputusan itu dikritik keras oleh kumpulan alam sekitar yang menuntut penangkapan ikan tuna sirip biru digantung sementara atau dihentikan.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber
Catat Ulasan
1 comments:
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259