Ketika kita tidak larat menghabiskan makanan yang berlebihan di rumah kita…. ada manusia yang sedang kebuluran
Ketika kita membuang sisa makanan yang tidak habis dimakan ke dalam tong sampah…. ada manusia yang sedang kebuluran
Ketika anak kita tidak larat menghabiskan makanan yang kita masakkan untuknya…….ada manusia yang sedang kebuluran….
Ketika anak kita merungut-rungut kerana perut penuh kekenyangan dan tak mampu menghabiskan pizza ,kfc….western food…burger….chicken chop…..ada manusia yang sedang kebuluran
Ketika kita mengadakan kenduri kahwin anak kita..banyak gulai dan lauk pauk yang tak habis dimakan kita buangkan ke longkang dan sungai…ada manusia yang
Ketika kita mengadakan kenduri kahwin anak kita..banyak gulai dan lauk pauk yang tak habis dimakan kita buangkan ke longkang dan sungai…ada manusia yang sedang kebuluran….
Ketika kita boleh memilih apa yang hendak dimakan..di kedai…di gerai…di restoran..ada manusia yang sedang kebuluran.
Ketika kita mengadakan majlis keraian..rumah terbuka..doa selamat….. hari jadi …kita menjemput tetamu yang hadir makan dengan hidangan yang pelbagai…ada manusia yang sedang kebuluran….
Ketika kita merungut marah kepada isteri …mengapa hidangan hari ini tidak mengikut selera kita….ada manusia yang sedang kebuluran…..
Ketika kita membiarkan lauk pauk basi tidak dimakan lantaran banyaknya makanan…ada manusia yang sedang kebuluran…….
Ketika kita tidak berjimat membeli apa sahaja mengikut selera dan nafsu kita…….ada manusia yang sedang kebuluran
Ketika kita diberikan nikmat yang berganda dan melimpah ruah…… adakah kita ingat dan bersyukur pada Allah yang mengurniakan nikmatnya kepada kita?
Ingatlah di luar sana ada manusia yang mengutip sisa-sisa makanan yang pada pandangan kita ianya adalah sampah…tetapi bagi mereka yang kebuluran itulah rezeki yang disuap masuk ke mulut yang paling enak untuk dinikmati…….
Ingatlah…..sebelum Allah menarik balik rezekinya kepada kita….janganlah melawan Allah…… JANGANLAH MEMBAZIRKAN NIKMATNYA!!
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
sumber
Catat Ulasan
1 comments:
bersyukur dengan apa yg diberikanNYA skg :)