DARUL RUQYAH HANYA ADA DUA CAWANGAN SAHAJA.
KAMI TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA CAWANGAN ATAU EJEN JUALAN KEPADA PRODUK KAMI.SEBARANG MASALAH KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB! JIKA ADA SEBARANG PENYAMARAN ATAU JUALAN PRODUK MENGGUNAKAN NAMA DARUL RUQYAH ATAU D RUQYAH SOLUTIONS PIHAK KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENGAMBIL TINDAKKAN UNDANG-UNDANG.
SEBARANG MASALAH BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN:
019-2691525
019-3081525
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
MAKLUMAN
SOALAN LAZIM
1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
WANGIAN BIDADARI DUNIA
SUNWAY BATU CAVE WAKTU RAWATAN HARI SABTU SAHAJA 10 PAGI-6 PETANG
PENDANG KEDAH WAKTU RAWATAN AHAD,ISNIN DAN JUMAAT SAHAJA 10 PAGI- 6 PETANG
SEBARANG PETANYAAN:
019-2691525 @ 019-3081525 @ 04-7591525
Kerajaan setuju masukkan dalam rang undang-undang perubatan tradisional
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan perubatan Islam dalam Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 ketika pembentangan bacaan kali kedua di Parlimen semalam selepas mendapat persetujuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua Jabatan Agama Islam negeri.
Berikutan itu, pengamal perubatan Islam, tradisional, termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pengamal perubatan tradisional.
Notis pindaan
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-ndang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini.
“Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan JAKIM tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja JAKIM, malah Jabatan Agama Islam negeri,” katanya di lobi Parlimen selepas membentangkan rang undang-undang itu.
Liow juga berkata, kementerian dengan kerjasama JAKIM akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan Islam, tradisional Melayu, Cina dan India.
Beliau berkata, pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan mendaftar boleh dikenakan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 atau penjara dua tahun.
“Semua pengamal perubatan Islam tidak terlepas daripada tindakan tegas jika menipu dan melanggar undang-undang selepas Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 diluluskan,” katanya.
Kelmarin, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta Kementerian Kesihatan memasukkan perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, tambahan pula sering berlaku kes pesakit tidak sembuh selepas menerima rawatan di hospital dan beralih mencuba kaedah perubatan Islam atau tradisional.
Perkara sama disuarakan Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa kerana bimbang masa depan amalan perubatan itu bagi merawat pelbagai penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa.
Strategi maju perubatan
Terdahulu, Liow berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merangka strategi untuk membangunkan industri itu.
“Di Malaysia permintaan terhadap perubatan ini makin meningkat serta berkembang pesat dan banyak aduan diterima mengenainya. Selain itu, negara sering digemparkan dengan pelbagai berita membabitkan pengamal perubatan ini,” katanya.
Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum Sarawak, Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Bharu).
Sakit perut dan cirit-birit
Masuk saja ke bulan Syawal, kejadian sakit perut, muntah dan cirit-birit adalah gejala yang sangat kerap berlaku. Ramai di kalangan kita yang mengidap acute gastro-enteritis (keracunan makanan), gastrik dan perut yang meragam akibat pengambilan juadah hari raya tanpa tabiat mengamalkan pemakanan yang sihat.
Kencing manis (diabetes)
Pada bulan Syawal juga ramai pesakit diabetes yang perlu dimasukkan ke hospital kerana kandungan gula di dalam darahnya yang meningkat di luar kawalan. Namun begitu, ada juga pesakit baru yang dikesan mengidap diabetes kerana tabiat pemakanannya yang tidak sihat di sepanjang Ramadhan dan Syawal.
Kegemukan (obesiti)
Sekiranya budaya rumah terbuka tidak diikuti dengan disiplin pemakanan yang baik, maka fenomena 'seluar longgar' dek keberkatan Ramadhan dan akan digantikan oleh gejala 'seluar sendat' dek kedahsyatan pesta makanan yang berpanjangan di sepanjang Syawal.
Kehebatan seseorang yang berjaya menurunkan berat badannya di bulan Ramadhan hanya boleh dipuji sekiranya dia berjaya mengekalkan berat badan tersebut sehingga di penghunjung Syawal setelah melepasi ujian marathon jamuan demi jamuan tersebut.
Malas untuk beramal
Biasanya kita mudah untuk membaca al-Quran dan solat berjamaah di bulan Ramadhan tetapi lain pula situasinya di bulan Syawal. Surau dan masjid yang biasanya penuh di bulan puasa akan kelihatan kosong dan kurang dikunjungi selepas Ramadhan. Al-Quran yang menjadi teman sehinggakan budaya mengkhatamkannya di sepanjang bulan Ramadhan akan berubah sekelip mata sehinggakan jarang sekali dibeleknya sebagai bekalan hidup dengan berlalunya Ramadhan.
Penyakit lidah
Umumnya adalah lebih mudah bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan untuk menjaga lidahnya daripada tabiat mengumpat, suka berdebat dan kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Namun keadaannya berubah setelah berlalunya bulan berkat dan bulan ibadah ini.
Ramai di kalangan kita yang melupai disiplin menjaga lidah dan mulut menjelang berlalunya Ramadhan. Lebih menyedihkan lagi apabila gelanggang rumah terbuka ini mungkin menjadi medan mengumpat atau pesta yang bercampur-baur tanpa batasan.
Tabiat-tabiat lama
Taqwa adalah merupakan objektif dan hikmah puasa itu sendiri. Ia boleh diukur apabila melihat diri seseorang atau keluarganya semakin baik dan cemerlang setelah melalui medan tarbiyah selama sebulan di bulan Ramadhan.
Lebih menyedihkan buat seseorang individu mahupun umat Islam umumnya apabila penyakit-penyakit lama yang telah sebati di dalam dirinya datang kembali malahan semakin membarah dengan berlalunya Ramadhan.
Bagaimana mengatasi fenomena ini?
- Bersederhana di dalam mengendalikan rumah terbuka
- Melakukan amalan ziarah menziarahi secara terancang
- Menjaga disiplin pemakanan
- Bermuhasabah diri dan mendidik keluarga serta masyarakat mengenai amalan berhari-raya menurut syara'
- Mengamalkan puasa enam di bulan Syawal
- Menjadikan riadah sebagai acara regular mingguan
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Banyak berdoa memohon pertolongan dari Allah s.w.t
"Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, maka dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun." (Hadis shahih riwayat Muslim)
Akhir kalam,
Ramadhan tunduk mengundurkan diri,
Syawal bergegas datang mengganti,
Semoga taqwa mekar di hati,
Amalan soleh kukuh membumi.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.Posted @ http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3582-penyakit-penyakit-syawal.html
Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda: Setiap kali ditanya, pasti dia akan mengiakan sahaja pandangan orang yang menganggap dirinya hamil kerana malas membuka cerita tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Setiap pelanggan yang datang ke kedai runcitnya menyangka Nur hamil disebabkan keadaan perutnya itu.
Pada mulanya, dia ada juga menjelaskan punca dia jadi begitu tetapi lama-kelamaan dia malas bercerita kerana tidak semua orang faham akan situasi yang dialaminya.
Mengulas lanjut, Nur berkata, ada yang mengatakan dia terkena buatan orang yang menyebabkannya perutnya membesar seperti wanita hamil atau lebih dikenali sebagai busung.
“Saya tidak mahu menuduh sesiapa kerana tiada bukti untuk saya berbuat demikian.
“Penyakit saya mula serius sejak lima tahun lepas atau 60 bulan lalu. Ia menjadi parah setiap kali menjelangnya hari Khamis malam Jumaat.
“Sukar dibayangkan keadaan ketika itu kerana seluruh badan menjadi lemah, berpeluh serta kadangkala perut akan membuncit seakan-akan hendak pecah. Saya terpaksa
merangkak untuk berjalan.
“Sudah bermacam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini baik menggunakan perubatan tradisional mahupun moden, tetapi tiada sebarang perubahan,” ujar ibu kepada empat orang anak ini.
Menurut Nur, memikirkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu, dia berusaha melawan penyakit itu dengan sedaya upayanya.
Tambahnya, dia reda dengan ujian Tuhan. Setiap kali kesakitan itu menyerang, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain berdoa supaya dipanjangkan umur.
Berubat
“Kebiasaannya, apabila sakit itu datang menyerang, muka saya akan kelihatan seolah-olah lebam.
“Pernah sekali pandangan mata saya menjadi gelap. Saya sangkakan saya sudah buta, tetapi berkat doa keadaan kembali pulih,” ujarnya.
Secara luaran, orang yang tidak mengenalinya akan melihat Nur sebagai seorang wanita periang, namun pahit yang terpaksa ditelan tidak terkira kerana dia dan suami terpaksa berbelanja hampir ratusan ribu ringgit semata-mata untuk berubat.
“Saat paling sedih ialah apabila setiap pengamal perubatan tradisional yang ditemui mengatakan saya disihir oleh orang yang cukup saya kenali.
“Pada mulanya susah untuk saya percaya, namun saya pasrah dengan keadaan ini.
“Sehingga ke hari ini, saya masih berusaha untuk berubat tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Cakap sahaja pusat perubatan terkenal mana yang saya tidak pernah pergi, kesemuanya sudah saya lakukan tetapi masih tidak menunjukkan perubahan," jelasnya.
Tuturnya, selagi hayat dikandung badan, dia akan berusaha melawan penyakit yang dideritainya.
Perjuangannya itu membawa dia ke banyak tempat termasuk sehingga ke Indonesia yang dikatakan mempunyai bomoh handalan.
“Bukan sahaja bomoh, doktor yang diiktiraf turut gagal menemui penawar untuk penyakit busung saya.
“Pernah sekali saya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila mendapati keadaan perut yang semakin membuncit.
“Hasil pemeriksaan, doktor mengatakan saya menghidap komplikasi kencing kotor dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
“Namun, sebaliknya yang berlaku kemudian apabila saya disahkan tidak menghidap penyakit kencing kotor pula.
“Setelah itu, doktor menyarankan saya melakukan pemeriksaan imbasan seluruh badan, tetapi gagal juga menemui sebarang penyakit malah saya disahkan sihat,” katanya.
Tambahnya, doktor pernah menasihatinya supaya menjalani pembedahan tetapi dia menolak kerana baginya, apa gunanya pembedahan jika punca keadaannya itu tidak diketahui.
Sepanjang menemui pengamal perubatan tradisional, ada yang mengatakan dia terkena busung batu, busung air dan busung katak.
Nur memberitahu, dia pernah dibedah secara batin sebanyak dua kali ketika menjalani rawatan tradisional, tetapi penyakitnya tidak juga pulih.
“Sewaktu menjalani pembedahan batin, keadaan ketika itu amat menyeksakan. Orang selalu cakap pembedahan ini tidak sakit, tetapi Tuhan sahaja tahu kesakitan yang terpaksa saya tanggung.
“Selain itu, pelbagai peristiwa pelik berlaku ketika melakukan rawatan tradisional, antaranya insang ikan dan batu keluar daripada perut saya apabila dijampi dengan menggunakan potongan limau nipis.
“Sejadah yang digunakan untuk rawatan juga terbakar dengan sendirinya. Rambut serta darah keluar daripada belakang badan saya.
Perubatan Islam
“Saya sendiri musykil dengan penyakit ini, tetapi satu sahaja harapan saya supaya penyakit ini elok,” beritahu beliau yang tinggal di Klang, Selangor.
Ujar Nur, keadaan perutnya sekarang sedikit menyusut berbanding ketika mula-mula dia terkena penyakit itu.
Jika dahulu dia tidak boleh bergerak dan hanya terlantar selain perlu merangkak, tetapi kini dia sudah boleh memandu kereta.
“Saya tidak minta lebih cukuplah sekadar boleh bergerak dan melakukan kerja seharian,” tambahnya.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Mohd. Suhaimi Rozali, busung boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu busung biasa dan busung keturunan.
Busung biasa ialah busung yang dikirim orang tertentu (sihir) manakala busung keturunan adalah disebabkan ia diwarisi turun-temurun.
“Busung mempunyai kaitan dengan saraf di dalam badan. Sekiranya busung dapat dikesan pada peringkat awal, perut pesakit boleh surut dengan kadar segera.
“Tetapi jika busung itu sudah di peringkat kritikal, ia akan mengambil masa sedikit untuk surut, bergantung kepada keadaan seseorang pesakit.
“Selalunya busung boleh terkena di bahagian anggota badan seperti tengkuk, perut, muka dan kaki.
“Jika terkena di bahagian perut, pesakit akan mendapati perut mereka seakan-akan membesar sedikit demi sedikit dan mengeras seperti batu,” katanya kepada Jurnal.
Jelasnya, setakat ini, kira-kira 10 kes pesakit busung berjaya diselesaikan olehnya. Kesemua pesakit itu beransur pulih selepas menjalani terapi yang menggunakan bahan asas seperti air penawar, mandian dan minyak.
Menurut Pakar Gastroenterologi dan Endosonologi Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr. M. Jeeta, tidak semua penyakit busung disebabkan terkena buatan orang seperti yang menjadi kepercayaan masyarakat selama ini.
“Dalam bidang perubatan, terdapat enam kemungkinan yang menyebabkan perut seseorang itu kelihatan membesar iaitu najis, angin, bayi, kandungan cecair di dalam badan dan lemak yang terkumpul di bahagian perut atau usus dan ketumbuhan (tumor).
“Selalunya apabila berdepan dengan situasi begini, pesakit disaran menjalani ujian tertentu bagi menentukan tahap penyakit yang dialami mereka sama ada masih di peringkat awal mahupun kritikal,” ujarnya yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang itu.
Akta Sihir
Secara umum, kepercayaan bahawa busung disebabkan perbuatan sihir tidak boleh ditolak mentah-mentah.
Ini kerana, percaya atau tidak lima daripada 10 orang Melayu didakwa terbabit menggunakan khidmat bomoh untuk melakukan sihir disebabkan mereka tidak berpuas hati pada seseorang individu sama ada dikenali atau tidak.
Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan selepas mendapati terdapat peningkatan aduan kepada pihaknya daripada orang ramai mengenai perkara tersebut.
“Jika dahulu kurang daripada lima kes kita terima, tetapi sejak kebelakangan ini ia meningkat sekali ganda sehingga 10 kes aduan sebulan,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Dakwanya lagi, budaya tidak sihat itu kembali popular dalam kalangan orang Melayu dipercayai berkait rapat dengan pengaruh drama berunsur tahyul di kaca televisyen.
“Tengok sahaja slot-slot drama di kaca televisyen sejak kebelakangan ini yang kerap memaparkan cerita berunsur sihir,” ujarnya.
Katanya, budaya sihir ini bukan sahaja tidak sihat malah dilihat boleh meruntuhkan institusi sesebuah masyarakat jika tidak dibendung segera.
Beliau memberi contoh membabitkan perniagaan apabila ramai peniaga yang mendakwa sering menjadi mangsa sihir sehingga terpaksa gulung tikar.
“Ada juga kes yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga,” jelasnya.
Katanya, sihir sudah terbukti wujud dan masyarakat sendiri sedar mengenai elemen tersebut sejak sekian lama tetapi sehingga kini belum ada satu medium berkesan yang boleh mengekangnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu panel khas dibentuk bagi meneliti perkara tersebut seterusnya mewujudkan satu akta khusus untuk menanganinya.
“Kita lihat ada keperluan bagi mewujudkan Akta Sihir sama seperti akta yang diguna pakai bagi menangani ajaran sesat,” katanya.
Ujarnya, akta itu akan bertindak sebagai alat untuk melindungi pengguna yang disihir dan membawa pengamal sihir ke muka pengadilan.
sumber
Baca Seterusnya.. »






