Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Bengkel Ayat

"BENGKEL AYAT"

ANJURAN :
PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

TARIKH :
25 JULAI 2010 (AHAD)

MASA :
8.30 PAGI - 5.00 PETANG

TEMPAT :
PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC),
BANDAR TUN ABDUL RAZAK
(BERDEKATAN HUKM)

Pengenalan Ringkas Program
  • Diskusi ayat-ayat ruqiyyah (ayat-ayat yang digunakan dalam rawatan Islam)
  • Mengetahui serba sedikit asbab nuzul ayat tersebut dan kaedah bacaan di dalam rawatan
  • Sanad/ijazah turut diberi
Syarat Penyertaan
  • Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
  • Sekiranya berminat, sila emelkan nama penuh, IC, alamat, no telefon kepada alsalsabil@hotmail.com
  • Yuran sebanyak RM 70. (termasuk makan dan kertas kerja)
  • Pembayaran hendaklah dibuat melalui bank in ke akaun Darul Ruqiyyah Enterprise (Maybank - 502120114453). Sila simpan dan kemukakan slip/resit semasa hari pendaftaran. Nama perlu ditulis pada resit untuk memudahkan pihak pendaftaran.
  • Untuk pengesahan pendaftaran, sila sms pada no 0173727252 setelah pembayaran dibuat.
Pesanan
  • Bagi peserta Seminar Perubatan Islam Siri 1, hanya perlu maklumkan kehadiran pada nombor perhubungan sebelum ini dan pembayaran boleh dibuat seperti biasa.
  • Para peserta diminta membawa Al-Quran Terjemahan masing-masing semasa hari program.
  • Tarikh tutup penyertaan pada 17 Julai 2010
  • Terhad kepada 100 orang sahaja.

Baca Seterusnya.. »

SEMINAR PERUBATAN ISLAM SIRI 1


Alhamdulillah, pada 13 Jun baru-baru ini, Seminar Perubatan Islam Siri 1 : Ke Arah Melahirkan Mu'allij Muda telah berjaya diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak. Seramai 58 orang muslimin dan muslimat telah mengikuti seminar ini bermula pukul 8.30 pagi sehingga 1 petang.


Antara kertas kerja yang dibentangkan oleh Ustaz Suhaimi ialah :
  • Persediaan Menjadi Perawat (Mu'allij)
  • Panduan Mengenal Makhluk Halus


Juga turut diijazahkan sanad ayat-ayat Al-Quran untuk dijadikan zikir amalan bagi membenteng diri daripada gangguan makhluk halus. Di samping itu, sebagai bonus kepada para peserta yang benar-benar ingin mendalami bidang perubatan Islam ini, ustaz dengan rela hati memanjangkan tempoh seminar untuk memberi sanad minum air zam-zam dan pemeriksaan/scan percuma kepada para peserta yang berminat.




Seminar ini juga turut disertai oleh sahabat-sahabat kita dari Singapura dan Brunei. Pihak penganjur juga telah menerima pelbagai komentar membina daripada para peserta. Insyaallah untuk siri akan datang, pihak kami akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan berkongsi sebanyak mungkin ilmu dalam bidang perubatan Islam ini untuk manfaat kita bersama. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua staf DR dan para peserta seminar. Jazakumullahu Khairal Jaza'..

MERAWAT MELALUI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

Baca Seterusnya.. »

Ayat/Zikir Amalan




Baca Seterusnya.. »

Tahniah...Mabruk

Mabruk dan tahniah buat staf Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah yang telah menempuh secebis daripada beribu-ribu kenikmatan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT baru-baru ini.

Kelahiran Qurratul 'Ain (cahaya mata)
  • Ustaz Mohd Ashrul Anuar

Ucapan : Moga 'orang baru' tersebut tergolong di kalangan anak-anak soleh/ah...bakal perawat muda juga ke ust? =)

Walimatul 'Urus
  • Ustaz Mazlin


Ucapan : Selamat Pengantin Baru...Barakallahu lakuma wabarakallahu 'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair...jangan cuti lama2 sangat...ramai yang masih memerlukan khidmat ustaz... =)

Baca Seterusnya.. »

Info berkenaan Pukau

1) Dimana boleh saya membeli minyak kasturi putih ?
Boleh dibeli di Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah. Terdapat juga di tempat lain namun keasliannya perlu diteliti terlebih dahulu kerana terdapat minyak kasturi tiruan atau tidak asli.

2) Berapa harga minyak kasturi putih?
Sekitar RM40-50. Di PRIDR harganya RM50

3) Semasa memkainya adakah membaca apa-apa?
Al Fatihah, selawat dan ayatul Kursi.

4) Perubatan pukau menggunakan limau, adakah tertakluk kepada limau kasturi / nipis / purut ?
Tidak tertakluk pada benda, hanya usaha dan ikhtiar.

5) Mengapa perubatan tradisional banyak menggunakan limau?
Sifat limau dapat membantu menyakitkan tubuh jin.

6) Bagaimana limau bekerja dengan bantuan Allah untuk mengubati sesuatu penyakit. Adakah dimaklumkan dalam Al-Quran?
Khasiat limau itu sendiri namun tiada dalil dalam Al-Quran. Namun segala yang diciptakan oleh Allah pasti ada kelebihannya dan tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia.

7) Ciri-ciri orang yang ada ilmu pukau?
Orang yang mengamalkan ilmu pukau biasanya tidak mampu merenung mata orang lain secara langsung.

8) Baru-baru ini kehilangan barangan yang berharga dalam rumah tanpa dimasuki pencuri. Tiada seorang pun ahli rumah yang mengakui mengambil barang tersebut dan pencarian barang di rumah telah di buat namun tidak jumpa. Bagaimana boleh membantu masaalah mengetahui kedudukan barang tersebut dan siapa yang mengambilnya.
Solat hajat dan bacaan yasin secara berjemaah (sekeluarga).

DR : Sejak tajuk ‘Pukau Moden’ dalam Wanita Hari Ini disiarkan, ramai yang bertanyakan mengenai minyak kasturi tersebut. Cuma pesanan kami, janganlah bergantung pada sesuatu benda semata-mata kerana benda ini hanyalah wasilah/asbab sahaja tetapi keyakinan dan pergantungan kita hanyalah pada Allah. Ayat Al-Quran sebaik-baik syifa’ (penyembuh).

Baca Seterusnya.. »

Rahsia Selamat dan Menyelamatkan


VCD TERBARU!!!!

(Rawatan Islam vs Bomoh &
Rawatan Islam : Rahsia Selamat dan Menyelamatkan)


SEM. M'SIA : RM 19.90
BORNEO : RM 22.90


Berminat, sila hubungi :
Boleh Dapatkannya Di
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
Yang Berdekatan

Baca Seterusnya.. »

Rawatan Islam vs Bomoh


VCD TERBARU!!!!

(Rawatan Islam vs Bomoh &
Rawatan Islam : Rahsia Selamat dan Menyelamatkan)


SEM. M'SIA : RM 19.90
BORNEO : RM 22.90



Berminat, sila hubungi :
Boleh Dapatkannya Di
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
Yang Berdekatan

Baca Seterusnya.. »

Soal Jawab SAKA Siri 1

Kami mendapat pelbagai soalan berkenaan saka. Secara ringkas, jawapannya adalah seperti berikut :

1. Apa itu saka?
=> Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang daripada keturunannya.

2. Dari manakah asal usul saka?
=> Saka adalah berkait rapat dengan jin. Kerana jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. Jin tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Dalam masyrakat Melayu, jin-jin ini dikenali dengan nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan pelbagai nama lagi. Namun hakikatnya sama iaitu makhluk Allah yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

3. Adakah dalil yang menceritakan mengenai saka ini?
=> Bentuk persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk khadam ini yang akhirnya boleh diperturunkan antara satu keturunan ke satu keturunan dan dari satu generasi ke satu generasi dinyatakan di dalam Al Quran. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud:

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindunagn (1523) kepada beberapa orang lelaki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

(1523) Ada di antara orang-orang Arab bila mereka melintasi tempat yang sunyi, maka mereka minta perlindungankepada jin yang mereka anggap berkuasa di tempat itu.
( Surah Al-Jin 72:6)

6. Tanda-tanda seseorang mempunyai saka?
=> Klik sini

7. Saya mempunyai kebolehan mengubat orang secara semulajadi. Adakah ini satu anugerah atau bagaimana?
=> Secara umumnya orang-orang yang memiliki saka akan mempunyai kepandaian kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariatnya. Antaranya :
  • Kebanyakan mempunyai kebolehan berubat dengan kaedah 'menurun'. Bentuknya adalah jin terebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar para waliyullah dan orang-orang soleh. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka. Sesungguhnya syaitan bis amenyerupai sesiapa sahaja kecuali Sayyiduna Rasulillah SAW.b.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
  • Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang tidak dapat diketahui atau difahami maksudnya.
  • Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
8. Apa yang perlu dilakukan apabila memiliki saka?
=> Saka perlulah dibuang kerana ia melibatkan keturunan. Selagi tidak dibuang, ia akan diwarisi kepada generasi seterusnya sama ada secara diketahui ataupun tidak.

9. Boleh nyatakan kesan/akibat jika memiliki saka?
=> Banyak antaranya :
  • Sukar untuk mendapat anak
  • Penyakit yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden
  • Kehidupan tidak ceria dan sentiasa tegang
  • Anak cucu suka melawan cakap ibu bapa
  • Banyak perkara ganjil berlaku dalam kehidupan
11. Adakah saka yang baik atau boleh dimiliki?
=> Sebenarnya tidak terdapat pun sebarang saka yang baik. Walaupun ia berkaitan dengan kebolehan mengubat yang diwarisi secara keturunan. Kebolehan ini terus terang membawa keburukan kerana campur tangan jin dan perbuatan syirik yang bercanggah dengan syariat Islam. Sesungguhnya, di dalam Islam, "matlamat tidak menghalalkan cara". Justeru tiada istilah saka yang baik dan boleh dimiliki.

*** Jawapan di atas diambil daripada kertas kerja Seminar Perubatan Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Suhaimi At-Tobibi sendiri.

DR : Untuk penerangan lebih terperinci, boleh mengikuti SEMINAR PERUBATAN ISLAM yang akan dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah (PRI DR). Klik sini.

Baca Seterusnya.. »

Panduan Mengesan Makhluk Halus



VCD TERBARU!!!!

(Dunia Jin & Panduan Mengesan Makhluk Halus)


SEM. M'SIA : RM 19.90
BORNEO : RM 22.90


Berminat, sila hubungi :
Boleh Dapatkannya Di
Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah
Yang Berdekatan

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini