Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Susuk Amalan Khurafat


Mereka yang menggunakan susuk atau sihir bagi menzahirkan kekuatan untuk beribadah boleh membawa implikasi besar terhadap akidah mereka.

“Bahkan, jika tidak dikeluarkan susuk itu daripada tubuh badan, ia akan memudaratkan diri terutama ketika menghadapi saat nazak sakaratulmaut.

“Susuk ialah amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan kelebihan sama ada secara nyata mahupun ghaib.

“Antara jenis susuk yang nyata adalah seperti susuk emas yang paling banyak digunakan untuk ilmu pengasih, susuk geliga buaya untuk tujuan pelacuran, susu beruang untuk ilmu kebal dan susuk buluh perindu untuk memerdukan suara atau menggoda,” katanya.start typing
end typing
 Beliau berkata, tujuan memakai susuk itu untuk menaikkan seri wajah, hebat dalam hubungan seksual, kebal, pelaris perniagaan dan juga sebagai kekuatan tenaga termasuk mendirikan solat.

“Pantang larang bagi pemakai susuk antaranya mereka tidak boleh memakan pisang emas, buah kundur, labu, makanan bercucuk seperti sate dan tidak boleh melihat cermin dalam tempoh tertentu dan dilarang menghadiri majlis pengebumian atau pergi ke tanah perkuburan.

“Amalan ini masih menjadi amalan segelintir masyarakat disebabkan kedangkalan mereka. Jelas ia membawa syirik kepada Allah,” katanya.

Mohd Fakhrurrazi berkata, terdapat banyak kes pemakai golongan muda disebabkan ibu atau nenek mereka memaksa memakai susuk sejak kecil bagi tujuan kecantikan.

“Lebih malang, pemakai tidak menyedari terdapat bendasing dalam tubuh mereka sehingga membawa kepada bertahun-tahun lamanya.

“Malah mereka melakukan ibadat seperti solat, puasa dan pergi menunaikan haji dalam keadaan bersusuk,” katanya.

Beliau berkata, hukum mendatangi pengamal atau menggunakan susuk adalah haram.
“Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi, menilik nasib dan bertemu pawang atau bomoh maka dihukumkan kafir.

“Kedua, menggunakan susuk atau cara amalan yang tidak dipastikan kesahihan ibadat itu sehingga terdengar ada suara ghaib menyuruh seseorang mendirikan solat dan berbuat amal kebajikan disepakati haram.

“Ini berdasarkan tarjih ulama, amalan sesuatu ibadat ini tidak boleh diamalkan sehingga terdapat dalil pengharusan atau membolehkan ibadat dilakukan.
“Masyarakat kita juga sering dibelenggu pengamalan ayat tertentu sehingga didatangi ‘khadam’ atau penjaga.

“Hukumnya tetap haram dan membawa kepada syirik sehingga merosakkan akidah. Terdapat kisah ketua wali sheikh Qadir al-Jailani hampir ditipu iblis yang datang dalam bentuk cahaya gilang gemilang dan memaklumkan kepadanya sudah sampai ke peringkat tertinggi sehingga tidak diwajibkan untuk bersolat.

“Namun ia dihidu Sheikh Qadir dan melemparkan sepatunya dengan menyebut ‘auzubillahi mina syaitonirrojim’ supaya dapat berlindung daripada hasutan iblis yang sering memperdayakan manusia,” katanya.

Mohd Fakhrurrazi berkata, bagi pesalah yang melakukan amalan khurafat itu, mereka perlulah segera bertaubat dengan sebenar-benarnya.

“Pemakai susuk perlu membuang bahan yang dimasukkan itu ke dalam mana-mana anggota badan. Rawatan ini boleh didapati daripada mana-mana pengamal perubatan alternatif yang diiktiraf dan berpengalaman.

“Akidah pesalah juga perlulah dibimbing semula oleh pembimbing yang diiktiraf seperti dari Jabatan Mufti negeri yang mempunyai bahagian pemantapan akidah yang mampu menjalankan tugas berkenaan.

“Di sinilah hikmah mengapa kita seringkali mengulangi bacaan surah al-Fatihah memohon supaya sentiasa dibimbing ke arah jalan yang lurus,” katanya.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber

Baca Seterusnya.. »

Video Kanak-Kanak Diserang Siamang (1 gambar & 1 Video)



“Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.
Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

end typing
Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.
“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.

“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.

“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.

“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.

Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.

“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.

“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.

“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.

Baca Seterusnya.. »

PIM : Simptom ala penyakit jantung

Sindrom prolaps injap mitral (mitral valve prolapse) yang utama ialah degupan jantung tidak sekata, sakit dada, serangan panik/keresahan, lesu melampau dan migrain. Prolaps injap mitral (PIM) biasanya tidak mengancam nyawa, namun ia dikatakan menimbulkan pelbagai simptom yang sebahagian daripadanya kelihatan tidak mempunyai kaitan langsung dengan PIM.

Simptom yang dikaitkan dengan PIM termasuk rasa sakit, peka dengan degupan jantung, sukar bernafas, kemurungan, sukar memfokuskan, sukar untuk tidur lena, rasa melayang-layang dan menggigil. Simptom lain ialah lesu, sindrom rengsa usus, tidak tahan bersenam lama, migrain, serangan panik/keresahan dan taraf kesihatan menurun.

Beberapa simptom yang jarang anda dengar tetapi dikaitkan dengan PIM ialah mudah mengalami masalah ketumbuhan (fibrocystic) pada payudara, sakit sendi, fibromyalgia, simdrom premenstruasi, kemurungan menurut musim, mabuk tempat tinggi dan mabuk laut.
end typing
Masalah sendi temporomandibular juga dipercayai ada kaitan dengan PIM dengan simptom sakit kepala, sakit telinga, rasa melayang-layang, telinga tersumbat dan telinga berdengung.

Ketidakseimbangan

Sindrom PIM dipercayai terhasil daripada gabungan PIM dengan dysautonimia. PIM ialah kelainan injap jantung yang menyebabkan pada keadaan tertentu sedikit darah berpatah balik ke belakang ke arah serambi kiri jantung. Menterjemah istilah prolapse sebagai jatuh tidak tepat kerana jatuh mengarah ke bawah namun injap mitral berpatah balik ke atas iaitu ke arah serambi jantung.

Dysautonimia pula merujuk kepada ketidakseimbangan sistem saraf autonomik (SSA). Jika kedua-dua keadaan PIM dan dysautonimia berlaku serentak, kadang-kadang ia menimbulkan beberapa simptom seakan-akan serangan jantung seperti sukar bernafas nafas, sakit dada, degupan jantung deras, rasa lesu, pitam, pitam, kebas/mencucuk-cucuk di hujung jari-jari kaki/tangan dan rasa seakan-akan diambang kematian.

Simptom lain ialah sukar untuk mengawal diri, berpeluh dan tubuh berasa dingin. Keadaan ini menyebabkan seseorang dikejarkan ke hospital kerana simptom yang dialami serupa dengan serangan jantung.

 Penghidap PIM yang disyaki mengalami ‘serangan jantung’ ini sebenarnya mengalami serangan panik/keresahan. Kebanyakan doktor dikatakan akan mendiagnosis penghidap PIM tetapi biasanya mereka akan menangani sebahagian kecil dari simptom yang dialami.

Jika tekanan darah didapati tinggi doktor akan mempreskripsikan ubat anti tekanan darah tinggi. Jika kolesterolnya tinggi pesakit akan dipreskeripsi ubat anti kolesterol. Jika ini yang sering berlaku maka semakin ramai penghidap serangan panik/keresahan menerima padah tersalah diagnosis sebagai pesakit jantung atau berpotensi untuk mengalami serangan jantung.

Tersalah diagnos

Pesakit yang telah tersalah diagnos sentiasa bimbang akan mengalami ‘serangan jantung’ lagi pada masa akan datang. Kebimbangan semakin bertambah dari masa ke masa. Keadaan ini sendiri dapat menyebabkan simptom serangan panik/keresahan semakin teruk atau ketara pada masa akan datang.

Itulah sebabnya betapa penting melengkapkan diri dengan ilmu dan informasi. Penghidap PIM yang mengadu semua jenis simptom yang dialaminya akan memudahkan doktor untuk menjalankan diagnosis.

Kebanyakan penghidap PIM dikatakan tidak mengalami penyakit atau masalah jantung. Sindrom PIM iaitu simptom yang berlaku akibat PIM semata-mata atau bergabung dengan dysautonimia sebenarnya berpunca daripada satu punca.Apakah puncanya? Puncanya ialah ketidakseimbangan sistem saraf autonomik (SSA). SSA terbahagi dua iaitu sistem saraf simpatetik (SSS) dan sistem saraf parasimpatetik (SSP).

SSS perlu ketika tubuh mengalami ketakutan atau stres fizikal seperti melakukan kerja berat atau senaman. SSS mengecutkan arteri lalu meningkatkan tekanan darah. Jantung akan berdenyut pantas dan paru-paru bekerja keras bernafas serta otot menjadi pendek/kecut.

SSP pula membantu tubuh untuk tugas-tugas rehat dan hadam. Ketika ini arteri rehat dan tekanan darah normal. Jantung berdenyut normal. Paru-paru menjalankan tugas secara normal dan otot dalam keadaan rehat.

Kekurangan magnesium dikatakan antara punca utama ketidakseimbangan SSA dan seterusnya menimbulkan sindrom PIM. Pada keadaan normal terdapat lebih banyak magnesium dalam sel berbanding di luar sel.

Kekurangan magnesium secara ketara menyebabkan otot menjadi pendek atau kurang anjal. Injap mitral pada penghidap PIM dikatakan menjadi keras dan kurang anjal. Dysautonimia yang menyemarakkan simptom PIM juga dipercayai berpunca dari kekurangan magnesium.

Keperluan magnesium

Magnesium amat penting untuk tubuh. Ia merupakan elemen utama membantu tubuh menjana tenaga. Ia digunakan dalam proses detoks dan pelbagai jenis metabolisme tubuh. Punca kekurangan magnesium banyak termasuk yang utama mengalami stres emosi secara berpanjangan, mengalami trauma dan sering makan ubat-ubatan moden.

Tubuh bertoksin, kerap makan ubat-ubatan moden, merokok, minum alkohol juga menyebabkan kekurangan magnesium. Sayur-sayuran hijau kaya dengan magnesium. Malang sekali semakin ramai orang kurang makan sayur hijau. Teknik pertanian moden hari ini juga menyebabkan paras magnesium tidak setara dengan paras magnesium dalam sayur-sayuran ditanam secara organik. Makanan terproses, makanan merapu (junk food), makan berlebihan, ketagih makanan manis juga menyebabkan kekurangan magnesium dalam tubuh.

Pada keadaan tertentu doktor akan mencadangkan pembedahan injap mitral. Biasanya PIM tidak akan berulang lagi. Namun harus diingat, jantung ialah antara organ terpenting tubuh. Tiada sebarang pembedahan jantung yang tidak terdedah kepada risiko tinggi kegagalan jantung. Proses mengembalikan elemen magnesium secara berterusan boleh membantu. Ia meredakan tindakan SSS yang terlalu dominan dan mengembalikan keanjalan injap mitral.

Sebanyak ½ camca teh magnesium sulfate (Epsom salt, beli di kedai farmasi) diambil dengan satu cawan air setiap kali dengan kekerapan tiga kali sehari boleh membantu. Ambil juga vitamin B kompleks setiap hari, ½ biji pagi dan ½ biji petang.

Cuba ambil rebusan pokok semalu. Sediakan dari sepohon pokok semalu dengan akar sekali ditumbuk separuh lumat dan direbus dengan empat cawan air hingga berkurangan kepada dua cawan. Minum secawan pagi dan secawan petang. Amalkan secara berterusan.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi
sumber

Baca Seterusnya.. »

Penangan Minyak Pengasih

“Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.
end typing
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.


Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepisumber
 

Baca Seterusnya.. »

Hizib Nawawi *rugi kalau tidak diamalkan* warisan para ulama silam



Hizib ini telah di ijazahkan pada seminar first aid yang lalu dengan doa rihul ahmar serta selawat syifa.. hizib ini sangat bagus diamalkan pada setiap pagi dan petang.amalan tersebut hendaklah istiqamah (berterusan).insyAllah manfaat sangat besar bagi sesiapa yang mengamalkannya kerana dalam hizib ini terdapat 15 bismillah..berikut hizib tersebut
end typing










PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Baca Seterusnya.. »

Penemuan Kembar Bumi

PENYELIDIKAN untuk membuktikan kewujudan makhluk asing seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood seperti E.T. dan Avatar sudah lama dimulakan. Begitupun, belum ada bukti yang dapat menyokong teori itu.
Malah, hidupan lain seperti bakteria dan tumbuh-tumbuhan di bulan atau planet lain juga tidak diketahui kewujudannya.
Bagaimanapun, penemuan sebuah planet baharu yang mempunyai banyak persamaan dengan bumi awal minggu ini oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat memberi dimensi baru dalam penyelidikan tentang kehidupan di angkasa lepas.
Diberi nama Kepler -22b, planet yang terletak di luar sistem suria bumi itu berada di dalam zon boleh dihuni.
Ia mempunyai suhu selesa yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk seakan musim bunga iaitu sekitar 22 darjah Celcius.
Bahkan, keadaan geofizikalnya yang mempunyai air dan tanah melengkapkan lagi potensi terbaik planet tersebut untuk menampung kehidupan.
Dengan saiz 2.4 kali lebih besar berbanding bumi, planet itu ditemui melalui teleskop Kepler milik NASA yang dilancarkan pada tahun 2009 untuk mencari planet-planet baru.
"Penemuan Kepler -22b adalah satu sejarah baharu manusia.
"Sebelum ini pakar astronomi pernah menjumpai dua planet
end typing
di dalam zon sama tetapi ia tidak mampu menampung kehidupan," ujar Profesor Astronomi di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS), Geoff Marcy. Persamaan
Geoff yang juga perintis usaha mencari planet di luar sistem suria bumi menjelaskan, penemuan planet baharu ini membuktikan penerokaan NASA untuk mencari planet serupa bumi tidak sia-sia.
"Walaupun perlu meneroka jauh di luar angkasa, kita sebenarnya semakin hampir dengan matlamat itu," katanya.
Selain suhu yang selesa, tanah dan air, Kepler -22b yang jaraknya dikatakan 15 peratus lebih dekat dengan bintang seakan matahari berbanding bumi.
Kepler turut mengelilingi 'bintang matahari' itu dalam tempoh 290 hari setahun iaitu hampir menyamai 365 hari setahun di bumi.
Sejak dilancarkan pada akhir 2009, Geoff dan Pasukan Teleskop Angkasa Lepas Kepler telah berjaya mengenal pasti 1,200 planet namun penemuan sebelum ini dikenal pasti tidak mempunyai ciri sesuai untuk dihuni.
Misi yang menelan berbilion dolar itu dilancarkan untuk mencari planet seakan bumi dengan merentasi permukaan bintang asing.


TELESKOP Kepler yang meneroka angkasa luar.


Oktober lalu, NASA mendedahkan sebuah kapal angkasa miliknya telah menjumpai sistem tiga planet luar biasa yang mengandungi satu planet Super Bumi dan dua planet bersaiz Neptun mengorbit bintang seakan matahari kita.
"Teleskop Angkasa Kepler menemui tiga planet di sekitar bintang Kepler-18, yang 10 peratus lebih besar daripada matahari kita dan mengandungi 97 peratus jisim matahari," ujar Bill Cochran, ketua pengkaji di Universiti Texas.
Jelasnya, sistem asing juga boleh menjadi perumah kepada lebih banyak planet daripada apa yang telah ditemui setakat ini.
Kesemua tiga planet yang diberikan nama Kepler-18b, c dan d itu mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya berbanding Utarid mengelilingi matahari.
Calon planet
Bagaimanapun, planet Kepler-18b mengorbit lebih dekat dengan bintang induknya, iaitu mengambil hanya 3.5 hari untuk melengkapkan putarannya.
"Planet yang mempunyai jisim kira-kira enam kali jisim bumi dan dua kali saiz planet kita, menjadikan planet Kepler-18b sebagai Super Bumi," jelasnya.
Kepler-18c pula mengambil masa 7.6 hari untuk mengorbit bintang induknya dan 5.5 kali lebih besar daripada bumi, dan mempunyai jisim yang hampir sama dengan 17 buah bumi.
Kepler-18d mengambil masa 14.9 untuk mengorbit dan kira-kira tujuh kali lebih besar daripada bumi dengan jisim 16 kali jisim bumi.
Berdasarkan anggaran ini, planet c dan d adalah layak sebagai dunia 'Kelas Neptun' berketumpatan rendah.
Sementara itu, menurut Ketua Penyiasat Sains Misi Kepler NASA, William Borucki, planet-planet di sekeliling Kepler-18 membantu ahli astronomi kerana aktiviti orbit antara Kepler-18c dan Kepler-18d menunjukkan bahawa mereka mestilah berada di dalam sistem planet yang sama.
"Tetapi untuk membuktikan identiti Kepler-18b sebagai Super Bumi merupakan sesuatu yang rumit," katanya.
Sehingga kini, Kepler telah menemui 1,235 'calon' planet yang sedang menunggu pengesahan melalui pemerhatian susulan.
Daripada jumlah itu, 54 planet dikenal pasti berada dalam zon Goldilocks.


ASTEROID Lutetia yang dikatakan material asal yang membentuk Bumi, Zuhrah dan Utarid.


Misi utama Kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet mana yang mempunyai hidupan namun ia sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenai planet yang berpotensi untuk hidupan.
Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 50 bilion planet di dalam galaksi Bima Sakti dengan lebih kurang 500 juta daripadanya terletak di zon Goldilocks yang mempunyai iklim sesuai untuk hidupan.
"Satu daripada empat bintang yang serupa dengan matahari dalam galaksi Bima Sakti didapati menempatkan banyak planet bersaiz bumi sekali gus mencadangkan bahawa sistem yang menampung kehidupan seperti di bumi mungkin lebih banyak terdapat berbanding jangkaan sebelum ini," ujar Borucki.
Boleh dihuni
Dia turut memberitahu, pasukan penyelidiknya telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.
Saintis mengambil masa bertahun-tahun bagi mengenal pasti terdapat 100 bilion bintang di dalam Bima Sakti.
Namun, pada tahun lepas di Yale, saintis mendapati jumlah tersebut menghampiri 300 bilion bintang.
Saintis Kepler, Natalie Batalha berkata, jumlah tersebut melibatkan galaksi Bima Sakti sahaja dan terdapat 100 bilion galaksi.
"Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui.
Walaupun jarak Kepler -22b itu jauhnya 600 tahun atau 5,760 trilion kilometer dari bumi, keadaan itu bukan halangan untuk para saintis angkasa lepas mengkaji tentangnya," kata Natalie.

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

sumber

Baca Seterusnya.. »

Dan 14 abad selepas kejadian itu. Roket-roket dicipta dan mereka dapat melintasi jarak yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam.

Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan
syeikh Abdul Majid Al-Zandaney

Melalui Google earth, kita boleh melihat bumi dari satelit. Dan kita boleh melihat wilayah Sana'a dan kemudian di zoom in sehingga nampak sebuah Masjid besar (mesjid agung) yang dibelakangnya terdapat masjid Sana'a yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.


Dalam video itu kita dapat melihat pilar Masmoorah, yang dipelihara penduduk Yaman dan tepat diseberangnya adalah pilar lain yang disebut Manq'urah. Kemudian ditampilkan kiblat dari arah luar masjid. Setelah itu kita dapat lihat masjid yang berada di antara menara menara tersebut. Kemudian skrin di zoom out sehingga nampaknya wilayah Sana'a dengan masjid agung di pusatnya.


Kemudian kita dibawa untuk melihat foto satelit

end typing
Gunung Deyn, sehingga bergeserlah foto satelit bumi itu ke arah barat laut ke arah gunung yang dimaksud oleh Rasulullah saw, di mana ia memerintahkan kepada Wabribn Yuhanas untuk mengarahkan kiblat masjid ke arah Gunung Deyn dan untuk membangun masjid di kanan dari Gunung Deyn.

Kemudian video di zoom in sehingga nampak jelaslah puncak gunung Deyn, sekarang diatasnya terdapat kem tentera dengan sebuah stesen pemancar televisyen.

Kemudian video di pusing kedudukannya sehingga kita dapat melihat puncak Gunung Deyn secara horizontal. Nampaklah puncak gunung Deyn beserta jalan yang menghubungkannya dengan Sana'a dan wilayah Amran.

Kemudian kita diajak kembali ke gambar satelit wilayah Sana'a, sehingga kita dapat memulai dari masjid yang dibangun atas perintah Rasulullah saw. Dibuatkan garis halus (digambarkan sebuah garis kuning) yang dimulai dari kiblat masjid Sana'a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat masjid Sana'a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan nampak garis itu melalui kem tentera. Maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana'a ke PUNCAK gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk memanjangkan arah garis kuning itu lurus ( benar-benar garis lurus ) terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. Ternyata Garis itu menuju ke Mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain, garis itu tepat menuju Kabah tanpa menjauhi arah pusat Kabah.

Kalau diteliti secara terbalik ( bermula dari arah tenggara ), nampaklah sebuah garis lurus dari pusat Kabah ke puncak gunung Deyn, ke masjid agung, dan ke mesjid Sana'a, iaitu tepat ke kiblat yang arahnya ditentukan oleh Rasulullah saw. Jadi tempat ibadah di masjid yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw di Sana'a itu yang mengarah kepuncak gunung Deyn, ternyata terus merentasi menuju pusat Kabah, melalui sebuah garis lurus.

Jarak antara Sana'a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada seorang pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh, kecuali dengan bantuan peta yang sangat terperinci, yang sekarang dapat dikaji dengan adanya pesawat terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur / garis lintang / ketinggian tanah dan lain lain. Dan Rasulullah saw, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.


Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan. 
(Al-Baqarah : 144)

Pada tahun kedua hijrah, ketika semua arah kiblat mengarah ke Baitul Maqdis, Rasulullah Muhammad SAW yang ketika itu berada di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT supaya kiblat harus diubah kepada menghadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak waktu itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua umat Islam dan sejak saat itu Islam terus tersebar. Dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan ramai yang memeluk Islam ketika itu termasuk orang orang Yaman

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajar mereka tentang agama. Maka Rasulullah saw mengirim Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan mengirim Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan utusan ke Sana'a. Dan diantara utusan utusan itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana'a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu'jamAl-Awsat berkata : "Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : "Rasulullahsaw berkata padaku : " jika kamu membangun masjid Sana'a, bangunlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn." Al-Hafez Al-Rahzey dalam bukunya "History of Sana'a" mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana'a untuk menjadi pelindung berkata " Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan / untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai Solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu, bangunlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batudi Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn." dan Al-Rahzey berkata: " Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangun dinding Bathan masjid dan membuatnya dari posisi dasar batu, dan mengarah ke Deyn."




Subhanallah.



Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi


sumber

Baca Seterusnya.. »

Bila Muncul Gerhana Bulan, Raikannya Dengan Solat Sunat Gerhana Bulan

Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, esok. Kita berpeluang menyaksikannya bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
Jom…kita raikannya dengan solat sunat gerhana bulan. Rasullullah S.A.W bersabda, Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda
end typing
kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad – مؤكدة
CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
WAKTU
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
TEMPAT
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :Assolatuljamiah!!
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan.
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
        (2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan-سر, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring- جهر

Penerangan Solat Sunat Gerhana Rujuk JHEAT dan Lingkudau
Penerangan Terperinci Gerhana Bulan Rujuk Falak-Online

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

sumber

Baca Seterusnya.. »

VIDEO KLIP PENEMUAN BAHTERA NABI NUH


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Video dibawah ini menunjukkan penemuan Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam di Gunung Ararat,Turki.

end typing
 
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi ditepi

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini