Perubatan Islam 100% patuh syariah berasaskan Al Quran, sunnah dan ijtima para ulama.

  • Kata-kata aluan

    Selamat datang kepada para pengunjung.Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat rawatan kami, terus sahaja ke pusat rawatan TANPA perlu temujanji ATAU menggunakan bahan kami terlebih dahulu (melalui pembelian online) seterusnya rawatan susulan.Untuk info lanjut mengenai kami....

  • Jom tonton!!

    Koleksi video dari Expose Mistik dan Wanita Hari Ini...Selamat menonton..

  • Halaqah Ilmu

    Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)

  • Sharing Moments

    Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."(21:83) Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, (26:80)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


MAKLUMAN

Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)

SOALAN LAZIM


1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?
=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik sini.

2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak

3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.

4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik sini


#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525


WANGIAN BIDADARI DUNIA

WANGIAN BIDADARI DUNIA
Produk terbaru khas bagi wanita menterapikan diri sendiri agar dapat menaikkan aura diri di samping bau yang sgt harum dan eksklusif terbaru dari Dato Seri Dr Ustaz Hj Mohamad Suhaimi

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H


Moga Fitrah Islam Subur Di Hati Kita

Penyakit-penyakit utama di bulan Syawal
 


Sakit perut dan cirit-birit
Masuk saja ke bulan Syawal, kejadian sakit perut, muntah dan cirit-birit adalah gejala yang sangat kerap berlaku. Ramai di kalangan kita yang mengidap acute gastro-enteritis (keracunan makanan), gastrik dan perut yang meragam akibat pengambilan juadah hari raya tanpa tabiat mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kencing manis (diabetes)
Pada bulan Syawal juga ramai pesakit diabetes yang perlu dimasukkan ke hospital kerana kandungan gula di dalam darahnya yang meningkat di luar kawalan. Namun begitu, ada juga pesakit baru yang dikesan mengidap diabetes kerana tabiat pemakanannya yang tidak sihat di sepanjang Ramadhan dan Syawal.

Kegemukan (obesiti)
Sekiranya budaya rumah terbuka tidak diikuti dengan disiplin pemakanan yang baik, maka fenomena 'seluar longgar' dek keberkatan Ramadhan dan akan digantikan oleh gejala 'seluar sendat' dek kedahsyatan pesta makanan yang berpanjangan di sepanjang Syawal.
Kehebatan seseorang yang berjaya menurunkan berat badannya di bulan Ramadhan hanya boleh dipuji sekiranya dia berjaya mengekalkan berat badan tersebut sehingga di penghunjung Syawal setelah melepasi ujian marathon jamuan demi jamuan tersebut.

Malas untuk beramal
Biasanya kita mudah untuk membaca al-Quran dan solat berjamaah di bulan Ramadhan tetapi lain pula situasinya di bulan Syawal. Surau dan masjid yang biasanya penuh di bulan puasa akan kelihatan kosong dan kurang dikunjungi selepas Ramadhan. Al-Quran yang menjadi teman sehinggakan budaya mengkhatamkannya di sepanjang bulan Ramadhan akan berubah sekelip mata sehinggakan jarang sekali dibeleknya sebagai bekalan hidup dengan berlalunya Ramadhan.

Penyakit lidah
Umumnya adalah lebih mudah bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan untuk menjaga lidahnya daripada tabiat mengumpat, suka berdebat dan kutuk mengutuk di antara satu sama lain. Namun keadaannya berubah setelah berlalunya bulan berkat dan bulan ibadah ini.
Ramai di kalangan kita yang melupai disiplin menjaga lidah dan mulut menjelang berlalunya Ramadhan. Lebih menyedihkan lagi apabila gelanggang rumah terbuka ini mungkin menjadi medan mengumpat atau pesta yang bercampur-baur tanpa batasan.

Tabiat-tabiat lama
Taqwa adalah merupakan objektif dan hikmah puasa itu sendiri. Ia boleh diukur apabila melihat diri seseorang atau keluarganya semakin baik dan cemerlang setelah melalui medan tarbiyah selama sebulan di bulan Ramadhan.
Lebih menyedihkan buat seseorang individu mahupun umat Islam umumnya apabila penyakit-penyakit lama yang telah sebati di dalam dirinya datang kembali malahan semakin membarah dengan berlalunya Ramadhan.
Bagaimana mengatasi fenomena ini?
  1. Bersederhana di dalam mengendalikan rumah terbuka
  2. Melakukan amalan ziarah menziarahi secara terancang
  3. Menjaga disiplin pemakanan
  4. Bermuhasabah diri dan mendidik keluarga serta masyarakat mengenai amalan berhari-raya menurut syara'
  5. Mengamalkan puasa enam di bulan Syawal
  6. Menjadikan riadah sebagai acara regular mingguan
  7. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
  8. Banyak berdoa memohon pertolongan dari Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal, maka dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun." (Hadis shahih riwayat Muslim)
Akhir kalam,
Ramadhan tunduk mengundurkan diri,
Syawal bergegas datang mengganti,
Semoga taqwa mekar di hati,
Amalan soleh kukuh membumi.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.

Posted @ http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3582-penyakit-penyakit-syawal.html

Baca Seterusnya.. »

Syaitan di Bulan Ramadhan

Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:
Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.
al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw :
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)
Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :
Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”
Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :
Maksudnya : “Maka dibuka pintu-pintu rahmat.”
Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka.
Al-Imam al-Qurthubiy pula berkata : “Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.”
Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab :
“Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”

Baca Seterusnya.. »

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Kami warga Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak 1432H kepada semua kaum keluarga, pesakit kami beserta ahli keluarga mereka dan pengunjung blog ini. Gunakan 'Madrasah/Universiti Ramadhan' ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Moga Allah mengurniakan kesihatan kepada kita agar mudah beribadah dan merebut ganjaran yang ditawarkan pada bulan ini. Ameen Ya Rabb..
end typing

Baca Seterusnya.. »

Sihir Busung Digeruni

JIKA dilihat dari segi fizikalnya, pasti ramai yang beranggapan dia hamil tujuh bulan dan bakal melahirkan anak. Ternyata itulah pandangan masyarakat apabila pertama kali bertemu dengan Nur, 44.
Setiap kali ditanya, pasti dia akan mengiakan sahaja pandangan orang yang menganggap dirinya hamil kerana malas membuka cerita tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Setiap pelanggan yang datang ke kedai runcitnya menyangka Nur hamil disebabkan keadaan perutnya itu.
Pada mulanya, dia ada juga menjelaskan punca dia jadi begitu tetapi lama-kelamaan dia malas bercerita kerana tidak semua orang faham akan situasi yang dialaminya.
Mengulas lanjut, Nur berkata, ada yang mengatakan dia terkena buatan orang yang menyebabkannya perutnya membesar seperti wanita hamil atau lebih dikenali sebagai busung.
“Saya tidak mahu menuduh sesiapa kerana tiada bukti untuk saya berbuat demikian.
“Penyakit saya mula serius sejak lima tahun lepas atau 60 bulan lalu. Ia menjadi parah setiap kali menjelangnya hari Khamis malam Jumaat.
“Sukar dibayangkan keadaan ketika itu kerana seluruh badan menjadi lemah, berpeluh serta kadangkala perut akan membuncit seakan-akan hendak pecah. Saya terpaksa
end typing
merangkak untuk berjalan.
“Sudah bermacam cara saya cuba untuk mengubati penyakit ini baik menggunakan perubatan tradisional mahupun moden, tetapi tiada sebarang perubahan,” ujar ibu kepada empat orang anak ini.
Menurut Nur, memikirkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu, dia berusaha melawan penyakit itu dengan sedaya upayanya.
Tambahnya, dia reda dengan ujian Tuhan. Setiap kali kesakitan itu menyerang, dia tidak dapat berbuat apa-apa selain berdoa supaya dipanjangkan umur.
Berubat
“Kebiasaannya, apabila sakit itu datang menyerang, muka saya akan kelihatan seolah-olah lebam.
“Pernah sekali pandangan mata saya menjadi gelap. Saya sangkakan saya sudah buta, tetapi berkat doa keadaan kembali pulih,” ujarnya.
Secara luaran, orang yang tidak mengenalinya akan melihat Nur sebagai seorang wanita periang, namun pahit yang terpaksa ditelan tidak terkira kerana dia dan suami terpaksa berbelanja hampir ratusan ribu ringgit semata-mata untuk berubat.
“Saat paling sedih ialah apabila setiap pengamal perubatan tradisional yang ditemui mengatakan saya disihir oleh orang yang cukup saya kenali.
“Pada mulanya susah untuk saya percaya, namun saya pasrah dengan keadaan ini.
“Sehingga ke hari ini, saya masih berusaha untuk berubat tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Cakap sahaja pusat perubatan terkenal mana yang saya tidak pernah pergi, kesemuanya sudah saya lakukan tetapi masih tidak menunjukkan perubahan," jelasnya.
Tuturnya, selagi hayat dikandung badan, dia akan berusaha melawan penyakit yang dideritainya.
Perjuangannya itu membawa dia ke banyak tempat termasuk sehingga ke Indonesia yang dikatakan mempunyai bomoh handalan.
“Bukan sahaja bomoh, doktor yang diiktiraf turut gagal menemui penawar untuk penyakit busung saya.
“Pernah sekali saya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila mendapati keadaan perut yang semakin membuncit.
“Hasil pemeriksaan, doktor mengatakan saya menghidap komplikasi kencing kotor dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.
“Namun, sebaliknya yang berlaku kemudian apabila saya disahkan tidak menghidap penyakit kencing kotor pula.
“Setelah itu, doktor menyarankan saya melakukan pemeriksaan imbasan seluruh badan, tetapi gagal juga menemui sebarang penyakit malah saya disahkan sihat,” katanya.
Tambahnya, doktor pernah menasihatinya supaya menjalani pembedahan tetapi dia menolak kerana baginya, apa gunanya pembedahan jika punca keadaannya itu tidak diketahui.
Sepanjang menemui pengamal perubatan tradisional, ada yang mengatakan dia terkena busung batu, busung air dan busung katak.
Nur memberitahu, dia pernah dibedah secara batin sebanyak dua kali ketika menjalani rawatan tradisional, tetapi penyakitnya tidak juga pulih.
“Sewaktu menjalani pembedahan batin, keadaan ketika itu amat menyeksakan. Orang selalu cakap pembedahan ini tidak sakit, tetapi Tuhan sahaja tahu kesakitan yang terpaksa saya tanggung.
“Selain itu, pelbagai peristiwa pelik berlaku ketika melakukan rawatan tradisional, antaranya insang ikan dan batu keluar daripada perut saya apabila dijampi dengan menggunakan potongan limau nipis.
“Sejadah yang digunakan untuk rawatan juga terbakar dengan sendirinya. Rambut serta darah keluar daripada belakang badan saya.

AMALAN sihir didakwa terus popular kerana ia terus dipromosikan oleh penayangan filem berunsurkan tahyul.


Perubatan Islam
“Saya sendiri musykil dengan penyakit ini, tetapi satu sahaja harapan saya supaya penyakit ini elok,” beritahu beliau yang tinggal di Klang, Selangor.
Ujar Nur, keadaan perutnya sekarang sedikit menyusut berbanding ketika mula-mula dia terkena penyakit itu.
Jika dahulu dia tidak boleh bergerak dan hanya terlantar selain perlu merangkak, tetapi kini dia sudah boleh memandu kereta.
“Saya tidak minta lebih cukuplah sekadar boleh bergerak dan melakukan kerja seharian,” tambahnya.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Mohd. Suhaimi Rozali, busung boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu busung biasa dan busung keturunan.
Busung biasa ialah busung yang dikirim orang tertentu (sihir) manakala busung keturunan adalah disebabkan ia diwarisi turun-temurun.
“Busung mempunyai kaitan dengan saraf di dalam badan. Sekiranya busung dapat dikesan pada peringkat awal, perut pesakit boleh surut dengan kadar segera.
“Tetapi jika busung itu sudah di peringkat kritikal, ia akan mengambil masa sedikit untuk surut, bergantung kepada keadaan seseorang pesakit.
“Selalunya busung boleh terkena di bahagian anggota badan seperti tengkuk, perut, muka dan kaki.
“Jika terkena di bahagian perut, pesakit akan mendapati perut mereka seakan-akan membesar sedikit demi sedikit dan mengeras seperti batu,” katanya kepada Jurnal.
Jelasnya, setakat ini, kira-kira 10 kes pesakit busung berjaya diselesaikan olehnya. Kesemua pesakit itu beransur pulih selepas menjalani terapi yang menggunakan bahan asas seperti air penawar, mandian dan minyak.
Menurut Pakar Gastroenterologi dan Endosonologi Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dr. M. Jeeta, tidak semua penyakit busung disebabkan terkena buatan orang seperti yang menjadi kepercayaan masyarakat selama ini.
“Dalam bidang perubatan, terdapat enam kemungkinan yang menyebabkan perut seseorang itu kelihatan membesar iaitu najis, angin, bayi, kandungan cecair di dalam badan dan lemak yang terkumpul di bahagian perut atau usus dan ketumbuhan (tumor).
“Selalunya apabila berdepan dengan situasi begini, pesakit disaran menjalani ujian tertentu bagi menentukan tahap penyakit yang dialami mereka sama ada masih di peringkat awal mahupun kritikal,” ujarnya yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang itu.

JEETA menunjukkan bahagian dalam perut yang memainkan fungsinya yang tersendiri.


Akta Sihir
Secara umum, kepercayaan bahawa busung disebabkan perbuatan sihir tidak boleh ditolak mentah-mentah.
Ini kerana, percaya atau tidak lima daripada 10 orang Melayu didakwa terbabit menggunakan khidmat bomoh untuk melakukan sihir disebabkan mereka tidak berpuas hati pada seseorang individu sama ada dikenali atau tidak.
Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan selepas mendapati terdapat peningkatan aduan kepada pihaknya daripada orang ramai mengenai perkara tersebut.
“Jika dahulu kurang daripada lima kes kita terima, tetapi sejak kebelakangan ini ia meningkat sekali ganda sehingga 10 kes aduan sebulan,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Dakwanya lagi, budaya tidak sihat itu kembali popular dalam kalangan orang Melayu dipercayai berkait rapat dengan pengaruh drama berunsur tahyul di kaca televisyen.
“Tengok sahaja slot-slot drama di kaca televisyen sejak kebelakangan ini yang kerap memaparkan cerita berunsur sihir,” ujarnya.
Katanya, budaya sihir ini bukan sahaja tidak sihat malah dilihat boleh meruntuhkan institusi sesebuah masyarakat jika tidak dibendung segera.
Beliau memberi contoh membabitkan perniagaan apabila ramai peniaga yang mendakwa sering menjadi mangsa sihir sehingga terpaksa gulung tikar.
“Ada juga kes yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga,” jelasnya.
Katanya, sihir sudah terbukti wujud dan masyarakat sendiri sedar mengenai elemen tersebut sejak sekian lama tetapi sehingga kini belum ada satu medium berkesan yang boleh mengekangnya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu panel khas dibentuk bagi meneliti perkara tersebut seterusnya mewujudkan satu akta khusus untuk menanganinya.
“Kita lihat ada keperluan bagi mewujudkan Akta Sihir sama seperti akta yang diguna pakai bagi menangani ajaran sesat,” katanya.
Ujarnya, akta itu akan bertindak sebagai alat untuk melindungi pengguna yang disihir dan membawa pengamal sihir ke muka pengadilan.

sumber 

Baca Seterusnya.. »

PROMOSI Rawatan di Pendang Kedah Dilanjutkan


DR1M
(D Ruqyah 1 Malaysia)


Harap Maklum Kepada Semua Warga Utara

Promosi Rawatan Pada Bulan MEI  ini sehingga 100%


15 orang pertama = scan hanya Percuma harga asal = RM 10

Air Penawar Ruqyah + Mandian Ruqyah = RM 50 harga asal = RM 70

Bahan Rawatan Pagar Rumah = RM 70 harga asal = RM 100


*DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA WARGA UTARA. PROMOSI INI SUDAH TAMAT* 
end typing

Baca Seterusnya.. »

Pembukaan HQ Pusat Rawatan Di Pendang Kedah

Di maklumkan kepada semua sahabat Darul Ruqyah Alhamdulillah dengan dengan izin kami telah membuka sebuah pusat rawatan di Pendang Kedah yang mana merupakan HQ bagi pusat rawatan untuk memberi keselesaan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. moga usaha sekecil ini mendapat keberkatan Allah.
 tempat rawatan

 Dewan Seminar

 Bilik Pengarah Urusan
lagi gambar lebih menarik di bawah
end typing







Baca Seterusnya.. »

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERMERKOSAAN VISUAL)


Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

end typing


Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau Ibu anda.
Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)
Klik "SHARE" dan Jom Dakwah!!! ^_^b

PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi. 

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
 

Posted @
 http://darulruqiyyah.blogspot.com
 

Baca Seterusnya.. »

Kenapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau

Walaupun sukar hendak dipastikan kenapa warna hijau jadi popular kerana alasan ini, hijau memang sesuai pada doktor untuk melihat dengan lebih baik di dewan bedah, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.
Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.

Alasan lain adalah,
end typing
apabila dengan terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penlihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com

 


Baca Seterusnya.. »

HATI-HATI : Mazhab Kristian Yang 'mirip' Islam

Sebelum saya meneruskan artikel ini, aku berdoa kepada Allah untuk melindungi aku dari terpesong dari Islam.Aminn!

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba.. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.. Bezanya,
end typing
,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran..... Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............. Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject .

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua.... Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
wallahualammmubissawab.......


PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.

TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..


Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
 
 

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Mungkin Juga Meminati Dengan Artikel Di Bawah Ini