Assalamualaikum & Salam Sejahtera
MAKLUMAN
Darul Ruqyah hanya mempunyai 2 cawangan sahaja (setakat September 2020) iaitu di Pendang, Kedah dan Batu Caves, Selangor.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA KAMI SEDANG MENCARI AGENT-AGENT DAN STOKIS-STOKIS NEGERI YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA KELUARGA BESAR DARUL RUQIYYAH SEBAGAI USAHAWAN ONLINE PERUBATAN ISLAM
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian :
0125081525 (WhatsApp sahaja)
SOALAN LAZIM1.Bagaimana untuk dapatkan rawatan di DR?=>Datang terus untuk scan terlebih dahulu. Info tempat dan waktu operasi, klik
sini.
2.Perlu buat temujanji?
=>Tidak
3. Jika terlalu uzur dan mempunyai penyakit kronik sehingga tidak mampu berjalan?
=>Tidak perlu hadir ke pusat rawatan. Hanya waris keluarga sahaja yang berjumpa ustaz.
4.Lokasi DR di Batu Caves terlalu tinggi dan menyukarkan pesakit.
=>Pihak kami cuba untuk memberi kemudahan terbaik untuk pesakit/pengunjung. Doakan agar dipermudahkan urusan oleh Allah untuk dapat tempat yang lebih selesa. Sangat dialu-alukan jika ada solusi mengenainya. klik
sini
#Jemputan untuk mengadakan ceramah/kursus/seminar, bolehlah menghubungi kami di talian 0193081525
Catat Ulasan
10 comments:
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada seorang adik perempuan yang kini berusia 25 tahun. Masalah yang adik saya hadapi ialah sejak 5/6 tahun yang lalu dia mengalami pendarahan seperti darah haid yang tidak berhenti.Saya serta keluarga pernah membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan, tetapi tiada sebarang masalah. harap Ustaz dapat membantu.Wassalam.
asalamualaikum,
saye mahukan kepastian dari ustaz ttg tuan saka yg menganggu kami adik beradik..harap ustaz dapat membantu kami
Assalammualaikum Ustaz,
Saya ade masalah berkenaan penyakit ibu saya. Untuk pengetahuan ustaz ibu saya berusia 56 tahun. Menurut dari cerita ibu saya sendiri, dia menghidapi penyakit yang boleh dikatakan agak misteri ini dari zaman muda lagi. tapi pada masa itu penyakit ini jarang menyerang ibu saya. cuma dua tahun kebelakangan ini penyakit itu kerap menyerang ibu saya.kalau dulu penyakit ini datang menyerang ibu saya 6 bulan sekali tapi kini keadaannya semakin teruk apabila dalam seminggu tubuh badan ibu amat lemah serta menggigil.tapi kami sekeluarga tak dapat melihat dengan jelas bagaimana dia menggigil sebab bila saya menyentuh tubuhnya tiada apa apa yang terjadi. ibu saya berkata kepada saya, bila penyakit itu menyerang, dada dia terasa panas, jantung dia berdegup dengan kencang dan perasaan tidak tentu arah. ibu saya berkata lagi tubuh badan dia akan panas, menggigil dan terasa badannya bagai dicucuk cucuk. kami sudah puas pergi ke hospital juga klinik tapi jawapan yang kami terima semua sama. para doktor mengatakan yang ibu saya sihat. Saya amat berharap ustaz dapat menolong saya kerana saya tak sanggup melihat penderitaan dia.Wassalam.
dari linda. email add: njigm2@gmail.com
Assalamualakum Ustaz, sy ada mslh yang berat untuk saya bertanya pada ustaz, tentang ibu saya, masalah tentang ibu saya ni da lama berlaku sejak 1 thn slps adik saya dilahirkan, ibu sya jd seorang yang pelik sangat macam2 yang dia buat, ia juga membencikan jiran saya padahal waktu dulu kami sentiasa baik dengan jiran sebelah rumah,tolonglah ustaz bantu saya menyelesaikan masalah saya ni.
salam.. sebagai membantu.. byk lagi web2 perawat.. sebagai rujukan bleh layari...
anda boleh memilih mana2 perawat yang anda yakini khidmat mereka.
http://perawat-islam.blogspot.com/
Assalamualaikum...
ustaz boleh x bagi pada sy ayat yg boleh sy amalkan bg hindari dr makhluk2 halus ni?
askum ustaz.tanda2 berkaitn gngguan blh d katakn hampitr semua sy ada. dah bnyk tmpt saya prgi berubt tp semua x ada perbhn.sy elalu rasa tkut,sdh,sayu sgt2 kalu bercrta pasal saka sampai kndng2 sy hlng kwalan,,, tp bl nk berubt kdng2 sy rasa mcm sayng sgt2 x tau bnda apa yg sy syng rsa x sanggp berpisah,sy jg x blh dgr orng bc ayt2 suci sy jd berdebar2 kkalau ada yng tegur ms 2 menti saya akn hlng kawalan.
Kepada semua yang mempunyai masalah berkaitan gangguan atau berhadapan dengan situasi seperti di atas, saya syorkan untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam yang terdekat.
Suka saya mengingatkan bahawa selaku insan yang lemah, kita perlu ikhtiar dan serahkan pada Allah Yang Maha Berkuasa. Kami tidak menjanjikan kesembuhan namun kami akan cuba membantu selagi boleh dengan izinNya.
Syaitan tidak akan berputus asa dalam mengganggu manusia. Berubatlah untuk memudahkan kita melakukan ibadah kepada Allah. Untuk berubat juga pasti akan berhadapan dengan halangan dan dugaan. Bersabarlah dan sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka yang bersabar.
assalamualaykum ustaz.
dua hari sebelum saya bermimpi ini, saya ada buat istikharah. mimpi saya membuatkan saya terjaga dari tidur yg mana waktu itu setengah jam sebelum subuh. saya bermimpi saya seolah2 dirasuk, ada 'sesuatu' dalam badan saya sampaikan tak boleh bergerak, family ada disekeliling saya dan cuba ikhtiar macam2 tapi gagal. Dala keadaan cuba melawan dan tidak bergerak itu akhirnya saya cuba azan dan sangat jelas saya azan..akhirnya saya kembali normal.
apakah mimpi itu cuma mainan atau punya sebarang petanda? buat makluman ustaz, saya sendiri masih mengikuti perubatan secara islam disebabkan ada sedikit 'gangguan'.
bantu saya ustaz sebab saya asyik memikirkan mimpi ini...
syukran
Wallahua'lam
Tafsiran mimpi ada pelbagai. Namun yang penting, dapat azan dalam mimpi merupakan pertahanan yang baik..mungkin juga disebabkan amalan-amalan ketika jaga seperti solat sunat dan lain-lain. Teruskan rawatan.
-wakil DR