PADANG – Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji.
Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan.
Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan
pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam.
Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang.
“Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari,” kata. – AGENSI
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @ http://darulruqiyyah.blogspot.com
Catat Ulasan
3 comments:
Assalamualaikum w.b.t.
Berita terbaru saudara Muhammad Alif sudah selamat singgah ke Masjid Lukut , Port Dickson , Negeri Sembilan , Malaysia.
Untuk gambar-gambar beliau , klik http://www.facebook.com/profile.php?id=100003222475480 .
http://www.facebook.com/profile.php?id=100003222475480
Assalamualaikum w.b.t.
Berita terbaru saudara Muhammad Alif sudah selamat singgah ke Masjid Lukut , Port Dickson , Negeri Sembilan , Malaysia.
Untuk gambar-gambar beliau , klik http://www.facebook.com/profile.php?id=100003222475480 .