dikongsi oleh :
mohd_khairuddin@jabil.com
Setiap
perkara di dunia ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya
semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya murid
sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan
bertolak dan macam macam lagi.Anggota
badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri.
Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu:
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru
– Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat
lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber
tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta
bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan
boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus
Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi
masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk
diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
end typing
Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa
– Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada
waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan
keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada
pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung
– Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya
melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon
dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya
pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit
jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding
pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah
Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian.
Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini
adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja
sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring
dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau
bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah
ringkasan jadual waktu badan manusia. Tak pasti pula sejauh mana
kebenarannya tetapi bolehlah jadikan sebagai panduan am kehidupan
seharian.
PERHATIAN:- Jika anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter anda,sila klik butang kongsi di tepi.
TERIMA KASIH KERANA KONGSI KANDUNGAN INI DENGAN RAKAN ANDA..
Posted @
http://darulruqiyyah.blogspot.com
Catat Ulasan
0 comments: